Karya Sulung Blogger Syazni Rahim - Terkaitnya Kita

Karya Sulung Blogger Syazni Rahim - Terkaitnya Kita | Rakan-rakan blogger yang gemar blogwalking mesti kenal blogger Syazni Rahim. Syaz ni suka menulis, dalam beberapa bulan kebelakangan ni Syaz mula masukkan penulisan dalam bentuk cerpen kat blog dia. Ciksun pernah baca antara karya terawal dia, terus jatuh cinta dan rasa Syaz ni memang berbakat dalam penulisan.

Baru-baru ni Syaz ada announce tentang karya sulung dia yang dah diterbitkan dalam bentuk novel paperback. Woww, kagum dan bangga gila tauu dengan berita ni. Ciksun apa lagi, terus lah order dengan dia. First cetakan da habis kuota dahhhh, but still boleh order on demand. Uols boleh order dari Syaz kat SINI.

Semalam novel Syaz dah pun sampai, J&T hantar. Ciksun pelik bila terima whatsapp dari J&T tunjuk parcel kat atas kereta. Aik, ciksun order apa pulak ni? Tengok gambar dari J&T tu terus terfikir pasal novel Syaz. Laju gakk haa diorang cetak, ingatkan kena tunggu lama lagi. Hihi.

Karya Sulung Blogger Syazni Rahim - Terkaitnya Kita

Karya Sulung Blogger Syazni Rahim - Terkaitnya Kita

Karya Sulung Blogger Syazni Rahim - Terkaitnya Kita

"Percayalah sesungguhnya semua kisah hidup ini ada perkaitannya. Sama ada kita percaya atau pun tak saja." - Syaz Eym, Terkaitnya Kita, 2020
Ciksun baru baca dua cerpen yang pertama. First cerpen, ciksun dah terkono, adeiii! Geram betul dengan Syaz ni tau! Sanggup permainkan perasaan ciksun yang dah menyampah dan bengang dengan watak utama cerpen tu! Sampai housemate ciksun pun semua terkejut dengar ciksun jerit "WHATTTTT?!!" kuat-kuat 🤣🤣🤣

Ciksun percaya, dalam cerpen-cerpen seterusnya ada lagi kejutan yang akan ciksun dapat. Kalau uols nak tahu kenapa ciksun menyampah gila tu, pergi laaa dapatkan sendiri novel ni! Untuk Syaz, tahniah tau! Teruskan tulis yang best-best dan bermanfaat untuk semua.

Ok bye, ciksun nak sambung baca!

13 comments:

  1. yeay, dapat dah ye. Selamat membaca. kita pun jatuh hati membaca penulisan Kak Syaz :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih cik sun ❤️❤️❤️
    Maaf atas kekurangan penulis amatur ini, semoga terhibur hendaknya 😘

    ReplyDelete
  3. yes. bersyukur krn kenal syaz melalui media blog ni.
    semakin ramai rakan blogger yg terjebak ke bidang penulisan novel :)
    terbaik.

    ReplyDelete
  4. baru dapat buku ni dari kak syaz, tak sempat belek lagi..hehe

    ReplyDelete
  5. ada few bloggers dah baca n review.
    nampak menariklah buku ni.

    ReplyDelete
  6. Selalu baca kat blog. Kali ni baca kat buku boleh lah simpan buat kenangan.

    Sunah bila nak start menulis novel. Hahah

    ReplyDelete
  7. Alamak dah macam drama ke haaaa...

    ReplyDelete
  8. Kmk geram ngn nani ya... rupanyaaaa 🤦‍♀️🤦‍♀️

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com