Pencarian Pasangan Hidup yang Berkekalan Bermula dengan Hawaya

Pencarian Pasangan Hidup yang Berkekalan Bermula dengan Hawaya | Aplikasi cari jodoh untuk membantu lelaki dan wanita Muslim membina hidup berkeluarga telah tiba di Malaysia | “Inilah cinta pandang pertama”. “Kamu melengkapkan diri saya.” Inilah ungkapan yang sering didengari oleh sesiapa yang sedang dilamun cinta, tidak kiralah samada melalui filem romantik komedi mahupun di dunia sebenar. Hollywood telah membentuk imej dan definisi cinta bagi jutaan orang di seluruh dunia. Biarpun seseorang itu dikira si romantis ataupun seorang yang lebih pragmatik, kisah-kisah cinta ini menimbulkan kemahuan setiap individu untuk mencari pasangan hidup masing-masing.

Sudah menjadi kebiasaan di kalangan rakyat Malaysia mengikuti kisah kisah romantis yang unik, istimewa dan lain daripada yang lain. Baru-baru ini, orang ramai mendengar sebuah kisah seorang jejaka meletakkan poster-poster di sekitar kawasan kediamannya dengan niat untuk mencari seorang suri hati, dan ada juga jejaka yang menggunakan laman Twitter mereka dan meletakkan resume untuk mencari jodoh diiringi dengan harapan agar ianya berkekalan. Tambahan pula, satu kajian yang dijalankan pada tahun 2017 mendapati bahawa seramai 3 daripada 10 rakyat Malaysia adalah mereka yang masih aktif menggunakan ataupun pernah menggunakan aplikasi mencari jodoh dalam talian. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa 29% rakyat Malaysia lebih cenderung untuk mencari bakal pasangan mereka menerusi penggunaan aplikasi dalam talian. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sudah lama bersedia dalam menggunakan teknologi sebagai cara untuk mencari pasangan hidup. 

Pencarian Pasangan Hidup yang Berkekalan Bermula dengan Hawaya

Inilah yang menjadi inspirasi lahirnya Hawaya, aplikasi mencari jodoh dari Mesir. Hawaya diambil dari perkataan “Hawa”, yang membawa maksud “Cinta” dalam bahasa Arab. Hawaya diilhamkan oleh Sameh Saleh pada tahun 2017, sebagai cara untuk membantu adik perempuannya mencari jodoh dengan cara yang mudah, selamat, dan selesa. Sebagai platform mencari jodoh, Hawaya bertujuan untuk memperkasa umat Islam yang belum berpasangan bagi membina hubungan yang bermakna dan #carijodohdenganHawaya, disamping menghormati budaya dan tradisi agama Islam.

“Kami amat gembira membawakan Hawaya kepada masyarakat Islam di Malaysia. Menyemai silaturahim yang berkekalan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai, dan ianya juga memerlukan komitmen yang tinggi. Kami faham cabaran yang dihadapi oleh jejaka-jejaka dan kaum Hawa dalam mencari pasangan hidup, dan kami mahu membantu mereka mencari ‘si dia’. Dari saat pertemuan hinggalah ke hubungan yang berkekalan terjalin, Hawaya memastikan platform kami selamat untuk digunakan, di samping menitikberatkan dan menghormati kehendak budaya dan tradisi Islam,” kata Sameh Saleh, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Hawaya

Pencarian Pasangan Hidup yang Berkekalan Bermula dengan Hawaya

Hawaya menggunakan teknologi dan pendekatan saintifik untuk membina platform mencari jodoh yang sesuai dengan agama dan budaya. Pengguna yang log masuk ke aplikasi Hawaya perlu menjawab beberapa soalan mengenai pendidikan atau sektor pekerjaan, serta soalan-soalan berkenaan pilihan peribadi seperti hobi dan minat. 

Aplikasi ini juga mementingkan keselamatan pengguna. Setiap profil perlu disahkan melalui proses ‘pengesahan selfie’ untuk menapis profil-profil palsu. Sebagai tambahan, pengguna juga boleh mengaktifkan fungsi ‘Guardian’ untuk mengajak dan melibatkan ahli keluarga atau rakan yang dipercayai untuk turut serta dalam perbualan dengan pengguna yang lain dalam aplikasi Hawaya

Antara fungsi lain yang disediakan Hawaya termasuklah: 
  • ‘Blur Option’: Pengguna wanita mempunyai pilihan untuk mendedahkan gambar mereka hanya kepada pengguna yang mereka selesa menghubungi. 
  • ‘Exclusive Mode’: Apabila dua pengguna dipadankan, mereka boleh memilih untuk memulakan perbualan eksklusif. Ini sekaligus akan menyahaktifkan semua perbualan mereka bersama pengguna-pengguna lain di dalam aplikasi. Melalui ‘exclusive mode’, pengguna mempunyai peluang untuk memberi tumpuan, berkenalan, dan berbual dengan lebih mendalam dengan hanya satu orang pada satu-satu masa. 
  • Dengan niat untuk bina hubungan yang tulen dan jujur, Hawaya juga membantu dengan memberikan topik-topik pengenalan dan perbualan permulaan yang diperibadikan untuk membantu pengguna mengambil langkah pertama. 

Dalam budaya Islam di Malaysia, ahli keluarga dan masyarakat akan menyarankan lelaki dan wanita mencari pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga. Ianya sudah menjadi suatu kebiasaan, terutama sekali bagi lelaki dan perempuan yang sudah mencecah usia 30-an. 

Untuk membantu kaum Adam dan Hawa dalam mencari pasangan yang tepat untuk membina hidup bersama, Hawaya akan memperkenalkan inisiatif yang dikenali sebagai program #sisterinhearts, dengan tujuan memudahkan perbincangan mengenai pencarian cinta dan pasangan yang tepat di dunia moden ini, sambil memberikan tumpuan utama kepada nila-nilai tradisi Islam dan adat Melayu serta menghormatinya. 

“Dalam masyarakat dan budaya Islam, kita meletakkan kepentingan untuk memulakan kehidupan berkeluarga sebaik saja mencapai umur yang sesuai. Tetapi, untuk membina sebuah institusi perkahwinan, setiap individu selalunya melalui proses kenal mengenal antara satu sama lain. Hawaya ingin membantu dengan menemukan setiap individu yang mempunyai pemikiran yang selari dengan nilai budaya yang sama, untuk bertemu dan berhubung secara bebas dalam persekitaran yang selamat melalui platform kami,” tambah Sameh. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Hawaya, sila layari: 

Mulakan perjalanan #carijodohdenganhawaya anda untuk membina hubungan berkekalan dengan memuat turun Hawaya di Apple App Store dan Google Play Store.

10 comments:

  1. Moga setiap individu yang sedang berusaha mencari jodoh dipermudahkan oleh Allah SWY. Ini adalah salah satu usaha dan perantaranya. Paling penting jangan jemu berdoa minta dengan Allah SWT.

    ReplyDelete
  2. Yang jodoh tak sampai2 tu boleh la cuba. Mana tahu kat sini rupanya Jodoh dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..saya ada juga kawan yang bertemu dan bernikah, bahagia sampai sekarang kerana platform macam ni..

      Delete
  3. semoga dipermudahkan semua pencari jodoh., aminn

    ReplyDelete
  4. Siap ada apps tu ha....menarik..ehem..ehem..nak cuba la...

    ReplyDelete
  5. Ada banyak apps cari jodoh dah ye sekarang. Semoga bermanfaat apps yang ada dapat membantu mereka cari jodoh. salah satu usaha untuk mereka juga ni.

    ReplyDelete
  6. Ermmm.. Ok tu je nak komen. Haha

    ReplyDelete
  7. Awak jangan download plak tau hahahahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com