Shimmy Dah Takde

Shimmy Dah Takde | Balik dari vet Khamis lepas, sawan Shimmy datang dan pergi. Ada masanya dia langsung tak respon, ada masanya dia ok dan bersemangat nak makan. Cuma dia kadang-kadang nampak macam hilang sense of direction. Berjalan pun kadang-kadang macam nak tumbang. Agaknya kesan dari sawan tu kepada otaknya, Shimmy dah jadi tak berapa betul. Dia jadi agak sensitif bila kita pegang dia, mudah terkejut dengan apa-apa pergerakan sekeliling dia.

Shimmy Dah Takde
Gambar terakhir Shimmy tanpa serangan sawan Ahad lepas 22.11.2020 

Hari Ahad, hari dia nampak paling normal sejak jatuh sakit. Lepas makan pagi tu, dia sawan sekali aje. Then pukul 10.30 pagi, ciksun bagi dia pil anti-convulsant mengikut arahan vet. Lepas makan ubat, ciksun kurung dia semula takut sawannya datang lagi. Tapi lama jugak dia diam dalam tu, siap kami buka pintu cage nya dan dia lepak-lepak kat ruang tamu. Siap jilat-jilat bersihkan bulunya dan keluar ke laman depan sekejap sebelum ciksun panggil dia masuk.

Pukul 3 petang baru sawannya datang balik. Tapi berbeza dengan sebelum-sebelum ni, dia dah tak melompat-lompat ke sana-sini bila sawan datang. Dia hanya terus tergolek dengan kakinya naik ke atas terkayuh-kayuh. Cuma, sejak Ahad tu, dia mula bersuara dan menderam bila sawan menyerang. Ciksun tengah nak masak kat belakang, dengar suara dia menderam, terus ciksun lari gi ruang tamu bawak towel, kak Ajan selimutkan dia. Bila sawan dia redha, dia baring aje dengan selimut tu, dak Poppy pun duduk baring sebelah dia. Sampai pukul 5 petang, boleh kira dengan jari sebelah tangan, berapa kali aje dia sawan hari Ahad tu.

Sebelah malamnya, lepas Isyak ke atas, sawannya mula menjadi lebih teruk dan lebih kerap. Jeritannya pun semakin kuat sampai ke tingkat atas dengar. Tak mustahil, jiran-jiran pun dengar, bunyi macam kucing bergaduh. Bilik ciksun pulak kat tingkat bawah, sangkar Shimmy luar bilik ciksun aje. Dari pukul 2 pagi, ciksun dah tak boleh tidur sebab sawan dia datang dalam 1 minit 30 saat, dan terus berulang-ulang tanpa henti. Bayangkan, setiap kali sawan tu slow down, ia datang semula, Shimmy pun menjerit sama menderam-deram, meronta-ronta. Jujur cakap, masa tu ciksun asyik fikir macam mana nak bagi dia mati cepat. Sebab kesian betul tengok dia terseksa macam tu, sampai Subuh. Allahu.

Bagai mendengar isi hati ciksun, dengan takdir Allah swt., pukul 6 pagi semalam, Shimmy mula lemah. Sawan masih datang, tapi dia dah tak bersuara, dan kalau meronta pun perlahan aje. Dah tak respon apa-apa, dah tak nak makan dan minum. Urat biru dekat leher dia nampak tegangnya sebab bulu kat leher dia dah gugur lama masa Shimmy selsema lagi. Kadang-kadang ciksun letak air dalam mulut dia dengan syringe bila nampak dia terjilat-jilat dan tertelan-telan air liur.

Shimmy Dah Takde

Poppy mula temankan Shimmy dalam cage. Nak bising pun tak guna, sayang betul Poppy dengan kakak Shimmy dia. Kucing kan, mana boleh berfikir macam manusia. Dia ingat Shimmy baring aje, kejap-kejap nanti dia usik Shimmy, gigit-gigit ekor dia bila Shimmy gerakkan ekornya sikit masa sawan datang. Tapi lebih banyak waktu, Poppy hanya duduk dan bersandar pada Shimmy, letak kepala dia atas leher Shimmy.

Sampai ke pagi tadi, Nada cakap, Poppy setia temankan Shimmy yang dah kaku.

Ya, Shimmy dah takde. Alhamdulillah, itu yang pertama sekali ciksun ucap bila Nada cakap Shimmy dah tak bergerak. Ciksun keluarkan dia dari cage dan letak atas selimut dia sebelum balut elok-elok. Itu pun Poppy masih lagi usik Shimmy yang terbaring tanpa nyawa.

"Kakak da takde, sayang...dah lah tu..."

Shimmy Dah Takde

Terima kasih kepada semua yang mendoakan Shimmy, alhamdulillah dah berakhir penderitaan dia. Kalau dikira sejak PKP Shimmy datang, 8 bulan aje jodoh kami bersamanya. Mungkin sekarang ni Shimmy tengah berlari-lari dengan gembira kat sebelah sana. Kakak semua sayang Shimmy tau!

Selamat tinggal sayang.

16 comments:

  1. sedih eh... kmk pun br juak kehilangan mael ari ya... mati sbb virus parvo... bye shimmy.. dah ajal nya tedah

    ReplyDelete
  2. takmo baca... baca sambil menitis air mata... macam boleh rasa betapa seksa nya dia
    kesian sgt sampai kita doakan moga Allah cepat ambil nyawanya...

    ReplyDelete
  3. sedihnya.. Tapi bila tengok dia tersiksa sebab sawan tu rasanya dia pergi lagi baik.Tak sanggup tengok dia tersiksa macam tu.Ada tempat yang lebih baik untuk Shimmy..

    ReplyDelete
  4. Ada rasa lega kerana dah tak derita dia. Tapi rasa sedih lebih besar dan dalam. Rehat ya Shimmy.

    ReplyDelete
  5. Ala sedih la baca. Tapi tula, dari dia tersiksa, mungkin mati itu lebih baik untuk Shimmy. Kesian Poppy

    ReplyDelete
  6. Sedihnyaaaa.. mesti korg n poppy pun rasa kehilangan yakmat.. hmmmm.. tenanglah poppy d sana

    ReplyDelete
  7. Huhuhu RIP buat Shimmy...
    Moga dia tenang di di sana.. dari menanggung kesakitan...

    ReplyDelete
  8. ini berat rasa kalau membela binatang. sakit kehilangan depa..
    pergila Shimmy berehat disana.. tabah ya Kakak Sunah..

    ReplyDelete
  9. sedihnya baca ni.. pergilah dia berehat di sana

    ReplyDelete
  10. Rehatlah Shimmy.
    Alahaii sedihnya T__T

    ReplyDelete
  11. Sedihnya ­čśó teringat kucing zumal nama Jenny, dia pun ada sawan tapi dia pergi time dah tua, 12 tahun umur dia masa tu

    ReplyDelete
  12. adoi, sayu nya...
    aida ni x membela haiwan apa2, Sun.
    tapi bila da citer gini, sayu rasa hati...
    haiwan ni bila da bela, sayangnya mcm anak sendiri, kan?
    dia pergi, bwk separuh jiwa kita ni hah.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com