Lunch Menu Peranakan di Bibik's Kitchen @ JO Hotel, Johor Bahru

Lunch Menu Peranakan di Bibik's Kitchen @ JO Hotel, Johor Bahru | Unik betul nama restoran ni, Bibik's Kitchen. Ciksun pergi makan tengahari kat sini hujung minggu lepas dengan rakan-rakan JDT Blogger. Dah lama tak kumpul makan reramai, sesekali kan, teringin juga try menu baru sama-sama di restoran yang tak pernah dijejaki.

Lunch Menu Peranakan di Bibik's Kitchen @ JO Hotel, Johor Bahru

Bibik's Kitchen ni nama restoran dalam JO Hotel, Johor Bahru, dibuka sejak 6 September 2020. Lokasinya di ground floor, sama aras dengan lobi hotel. Depan restoran boleh nampak ada mini stall sekadar hiasan, khas untuk penyambut tetamu restoran greet guests yang nak datang makan kat sini. Nak check in MySejahtera pun kat mini stall ni.

Lunch Menu Peranakan di Bibik's Kitchen @ JO Hotel, Johor Bahru

Lunch Menu Peranakan di Bibik's Kitchen @ JO Hotel, Johor Bahru

Then masuk dalam restoran, tapi tak duduk kat dining hall biasa tu. Kitorang masuk ke Thia Besar Hall, dewan makan khas bertemakan dekorasi baba nyonya. Meja makan disusun memanjang, dipanggil sebagai "Tok Panjang". "Tok" dalam loghat Hokkien adalah meja, manakala "Panjang" diambil daripada bahasa Melayu. Susunan meja makan macam ni merupakan budaya biasa bagi masyarakat Peranakan.

Lunch Menu Peranakan di Bibik's Kitchen @ JO Hotel, Johor Bahru

Atas keramahan masyarakat Peranakan serta gabungan pengaruh Cina dan Melayu, jamuan yang disediakan di atas meja panjang biasanya dipenuhi dengan pelbagai hidangan lengkap dari pembuka selera kepada pencuci mulut, memberi peluang kepada para tetamu, keluarga dan rakan-rakan untuk mencuba aneka masakan yang ada.

Antara menu yang wajib dicuba kat sini adalah Kueh Pai Tee (RM6), Assam Pedas Kepala Ikan (RM35), Assam Pedas Ikan Pari (RM20), Ayam Buah Keluak (RM15), Nyonya Chap Chye (RM6), Udang Masak Lemak Nenas (RM18) dan Cincalok Telur Dadar (RM10). Kuih-muih tradisional pun ada setiap hari, antaranya Pulut Tekan, Nyonya Seri Muka, Kuih Koci dan Klepon (ondeh-ondeh), sesuai sangat untuk minum petang.

Lunch Menu Peranakan di Bibik's Kitchen @ JO Hotel, Johor Bahru

Lunch Menu Peranakan di Bibik's Kitchen @ JO Hotel, Johor Bahru

Lunch Menu Peranakan di Bibik's Kitchen @ JO Hotel, Johor Bahru

Lunch Menu Peranakan di Bibik's Kitchen @ JO Hotel, Johor Bahru

Ciksun dah cuba hampir kesemua menu ala carte kat perenggan atas tu, kecuali Udang Masak Lemak Nenas. Hari tu, kitorang makan Sambal Udang Petai, pun sedap jugak tau! Udang dia fresh sangat, walau ciksun tak makan petai, tapi mana boleh tak cuba sambal udang sebab tu febret ciksun tanpa petai. Haha!

Lunch Menu Peranakan di Bibik's Kitchen @ JO Hotel, Johor Bahru

Paling sedap antara semua adalah Assam Pedas Kepala Ikan tu, fuhhh puas hati sangat hirup kuah dia! Berasa segala rempah ratusnya, walaupun pedas tapi tetap nak ceduk banyak kali. Jarang nak suka asam pedas ikan ni, tapi yang kat Bibik's Kitchen ni nyata dah menolak jauh-jauh fakta citarasa ciksun tentang asam pedas ikan.

Ayam Kapitan adalah menu nombor dua ciksun suka lepas Assam Pedas Kepala Ikan. Sedap hokeyyyy, kari stail nyonya memang jarang lah mengecewakan ciksun. Semangkuk besar kitorang makan berlapan, memang licinnn! Alhamdulillah.

Lunch Menu Peranakan di Bibik's Kitchen @ JO Hotel, Johor Bahru

Selain dari menu ala carte, diorang jugak ada Nyonya Set Lunch yang berharga RM35nett untuk dua orang makan. Macam yang ciksun makan dengan kawan ciksun ni, ada ikan Caru Sumbat Sambal, Chap Chye, Ayam Pongteh, Cincalok Telur Dadar, Ulam Bendi dengan Sambal, dan hirisan buah tembikai. Berbaloi-baloi makan dua orang, lengkap dengan nasi putih. In case uols nak makan nasi campur aje, pun ada jugak, RM10nett harganya.

Lunch Menu Peranakan di Bibik's Kitchen @ JO Hotel, Johor Bahru
Itik Tim, menu istimewa di Bibik's Kitchen @ JO Hotel, Johor Bahru

Lunch Menu Peranakan di Bibik's Kitchen @ JO Hotel, Johor Bahru
Ciksun jugak cuba Cendol diorang, sedap uiksss!

Dengar kata, Krismas ni nanti diorang ada buat promo jugak. 24 dengan 25 Disember 2020, uols boleh makan Bibik Style Christmas Dinner pada harga RM80nett untuk dua orang, hidangan menunya merangkumi Goh Hiong Roll, Roasted Chicken with Keluak Sauce, Steamed Fish with Nyonya Sauce, Pulut Kuning, Sago Gula Melaka dan Lemongrass Drink. Kalau nak menikmati hidangan special ni, uols kena book awal ya!

In case nak buat event ke, boleh jugak uols guna Thia Besar Hall tempat ciksun makan ni, atau nak guna Kapur Hall, Meranti Hall dan Chengal Hall kat level 4 pun boleh sangattt! Terus aje contact diorang: +607 288 8688.

Bibik's Kitchen
Ground Floor,
JO Hotel Johor Bahru
15, Jalan Gereja

Waktu perniagaan:
7.00 - 10.30 am (sarapan pagi)
12.00 - 9.00 pm (makan tengahari & malam)
*last order @ 8.30 pm


24 comments:

  1. Sedap nya ciksun makan makan ye...

    ReplyDelete
  2. Ada pai tee ke tu Ciksun? Sedapnya lahai...

    ReplyDelete
  3. masakan nyonya memang sedapp rinduu nak makan lagi hehe

    ReplyDelete
  4. Saya sangat suka masakan peranakan. Sangat sedap. Setiap hari pun boleh makan

    ReplyDelete
  5. Kat JB ni banyk sungguh restoran yang bole di exlpore kan? Sis Lin pun selalu up mengenai food... dah lama tak ke JB..

    ReplyDelete
  6. Entah kenapa baca bibiks kitchen teringat dengan cibiuk restaurant. Dua nama unik macam nak sama pulak. hihi..menyelerakan betul hidangan yang terhidang. mahu tak sedap asam pedas tu, tengok gambar pun terliur sudah. huhu

    ReplyDelete
  7. Bestnya makan masakan authentic nyonya. Harga pun murah je untuk set 2 orang tu.

    ReplyDelete
  8. eh eh ada Sis Lin lah kat situ. Allahu kenapalah buka entri pasal makanan malam2 mcm nie. terus jadi lapar. uwaaaaaaa

    ReplyDelete
  9. Lama dah nak try masakan peranakan ni sebab nak tahu jugak apa perbezaan rasa dia ....tapi saya jenis tak kisah yang penting sedap sudah....

    Dan satu saya perasan di mana ciksun disitu ada sislin ....ehehehe

    ReplyDelete
  10. Teringat-ingat aku smabal udang petai dia...sedapnyaaaa, jom sesekali kita pekena jommm..

    ReplyDelete
  11. Menarik pula bila dengar menu peranakan. Boleh juga ajak suami minggu depan cuba menu peranakan kat sini

    ReplyDelete
  12. Asam buah kuak nampak unik dan sedap. Jarang dapat makan beria kalau ke johor. Nanti boleh try mkn kat sini

    ReplyDelete
  13. Wow.. baru lagi restaurant ni.. menarik juga menu2 dia kan.. next time jalan2 kat Johor boleh try ni.. :)

    ReplyDelete
  14. Kita baca nama restoran pun mula2 dh pelik kok ada bibik.. Hehehe.. Unik nama restoran ni... Boleh try nanti kalau trun jnis

    ReplyDelete
  15. Ni nad kalau sampai sana. Tak tau nak makan apa.. Hahaha.. Dah ciksun kata semua sedp. Tengok gambar pun dh mengiurkan

    ReplyDelete
  16. This looks so yum! Tapi ni kat JB, when I go to JB I will definitely visit this place!

    ReplyDelete
  17. Boleh ajak mak ayah makan sini bila balik JB xD

    ReplyDelete
  18. look at all those foods... so delicious and mouthwatering. who la can tahan seeing all this!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com