Makan-makan Minggu Ini

Makan-makan Minggu Ini | Takde idea nak buat entri apa, kita share gambar-gambar makanan ciksun minggu ni lah ya. Ni juga antara punca kenapa susah nak diet kat office, hahaha! Ramai orang baik suka kongsi makanan. Sebab tu susah sikit nak turun berat ni 😝

Kek Marble Jelita

Kek Marble Jelita, baru first time rasa. Ni tenant yang bagi, dia order dari baker Bandar Tenggara. Sedap jugak kek ni, lembut sangat dan ada kepingan coklat kat dasar kek. Tak tahu la kalau tu coklat yang tak sempat cair ke apa, tapi belah dalam kek tu ada satu lapisan kaler coklat kat tengah kek. Lupa pulak ambil gambar yang dah dipotong, tapi dari luar tu pun boleh nampak kat ade lapisan coklat.

Kuih Keria Gula Melaka

Kuih Keria Gula Melaka, dah lama gila tak makan ni. Tenant yang sama jugak belikan, bawak pergi meeting kat office. Walau kita cakap da makan, dia akan kasi jugak. Adoii, susah nak tolak kalo da sedap sangat ni. Hahaha! Nasib baik share dua orang dengan staff sorang lagi.

Chicken Grill dengan Sweet Potato

Ni bekal ciksun sendiri lah, nampak tak, bersungguh-sungguh benar nak diet tu. Chicken Grill dengan Sweet Potato rebus, Salad dan Tomato. Belakang tu buah jambu batu dengan buah lai. Sekali-sekali je ciksun rajin nak buat pagi-pagi camni. Kalau tak rajin, buat Chicken Wrap macam biasa je.

Mee Kolok De' Chintarasa Cafe U-Mall Skudai

Mee Kolok dekat De' Chintarasa Cafe kat U-Mall, Taman Pulai Utama. Cafe ni biasa memang fokus khas menu-menu ala Sarawak. Sedap juga Mee Kolok dia tapi ciksun lagi suka Mee Kolok macam dekat Hijau Daun Katering lagi. Dalam gambar tu tak nampak ek Mee Kolok dia sebab dah tertutup dengan segala topping tu haha! Kat sini ada jugak Mee Jawa, Laksa Sarawak, Mee Goreng dan lain-lain. Laksa Sarawak dia ciksun rekemen uols try, sedap macam guna pes Haji Manan 😆

Assorted Baked Nuts

Pagi-pagi tadi ciksun sempat bakar kekacang ni nak bawak ke office. Beli 250 gram dekat kedai barang kek, then bakar dalam oven aje. Dah siap bakar, biar sejuk kejap sebelum masukkan dalam bekas kaca ni. Dapat satu bekas setengah. Boleh lah buat kudap-kudapan bila rasa nak mengunyah sesuatu.

Hari ni pulak ciksun bawak bekal Chicken Wrap siap-siap, tak payah lah share gambar ek sama aje dengan sebelum ni. Haha. Tapi hari ni ciksun half day je sebab petang nanti ade orang datang nak amek brownies dekat rumah. So nanti mungkin makan awal sikit atau entah-entah ciksun bawak balik rumah semula. Hahahah!

Ape pulak cerita makan-makan uols minggu ni? Nanti ciksun check masa blogwalking tau!

15 comments:

  1. nang viral kek marble jelita ya koh... kmk penah juak order dolok sbb kacakkkk gilak... hihihi... bila ada org² yg suka embak mknn ya nang xpat nk diet.. kimsalam jak diet.. hihihi

    ReplyDelete
  2. wah pg2 sempat bakar kacang bw ke opis..senang nk kunyah2 kn..mau tk sedar abis sebalang sambil wat kj

    ReplyDelete
  3. nak cikit kek marble tu!!
    Dah lama ngidam ni hahaha...

    ReplyDelete
  4. Semua sedap ya semua makanan tu termasuk menu diet tu. Hehe. Alhamdulillah rezeki awak.. :)

    ReplyDelete
  5. Adore gila dengan pembuat kek marble jelita tu. Suka tengok kek lawa camtu. Bagus sangat bawa bekal ke office. eat clean pulak tu. Chaiyuk chaiyuk semoga berjaya. kekacang tu sekali hadap habis terus. sedap!

    ReplyDelete
  6. Lama dah mengidam mee kolok... belum jumpa lagi hihihii.

    ReplyDelete
  7. Takde makan nasik ke minggu ni.
    Wak kalau takde nasik, tak bermayalah.

    ReplyDelete
  8. Perghh kek tu macam Cik Nom punya resepi aku tengok kat Youtube laaa..mesti sedap...

    ReplyDelete
  9. Akak pernah try buat Kek marble jelita tu.Memula dia naik elok je. sekali dah sejuk tuurn ke bawah. Geram betul rasa. Lain kali nak cuba buat lagi.

    ReplyDelete
  10. Goodluck diet sis! Mantapppp!
    Baru tahu ko tgh diet ekkk.. kah kahhh... Tapi kalau dah rezeki sesedap semua, kena merasa gak

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com