Ticker

6/recent/ticker-posts

Oh, Poslaju Dah Guna E-Consignment Rupanya!

Oh, Poslaju Dah Guna E-Consignment Rupanya! | Hari ni, lepas meeting dengan supervisors, ciksun pergi Bank Islam dekat Bandar Baru Uda. Setelkan akaun yang dah dormant lebih setahun. Boleh pulak semalam masa nak transfer duit dari Maybank untuk duit kereta, terpilih akaun Bank Islam ciksun dalam Favorite tu. Adeii. Lupa nak remove akaun tu bila dah lama tak guna. Panik sekejap ciksun dibuatnya, sedih pun ya, entah macam mana boleh tersilap. Rushing punya pasal. Dah lah urgent nak bayar kereta. Boleh pulak tersalah. Adeii.

Maka tadi pergi BIMB kejap setelkan akaun tu. Alhamdulillah just perlu aktifkan semula aje dengan buat transaksi minima RM20, then tunggu kejap, diorang tukar kad baru sekali sebab kad bank lama dah expired bulan Jun tahun lepas. Dahsyat betul ketidak-pedulian ciksun dengan akaun BIMB ni ek. Haha. Sebab memang niat tak nak guna dah. Tu yang biarkan aje. Tetiba berlaku kes gini, aktifkan balik aje lah. Walaupun hakikatnya boleh aje ciksun terus close akaun tu. Rasa macam sayang pulak nak close, maka kita biarkan aje lah dulu. Buat jadi tabung kecemasan ke, kannn.

Then dah setel kat bank, balik ke Taman Pulai Utama, nak pos kek lapis dekat kiosk Poslaju U-Mall. Takde orang berbaris. Kosong aje, alhamdulillah tak yah tunggu lama. Dalam hati dah gembira, terus pergi kaunter and mintak borang poslaju.

"Sekarang dah takde borang, kak. Kita pakai e-consignment start 17 November 2020."

Adik kat kaunter tu tunjuk pamplet kat atas kaunter. Eh, laaa. Dah takde borang dah rupanya. Boleh terlepas kapal pulak ciksun. Untuk sesiapa yang tak tahu, uols hanya perlu pakai apps PosMobile aje lepas ni kalau nak pos barang guna Poslaju. Boleh dowload aplikasi ni dekat Google Play atau App Store.

Oh, Poslaju Dah Guna E-Consignment Rupanya!

Tanpa perlu sign up, terus pilih New Consignment, then Continue as Guest kalau tak nak signup (tapi kalau buat kat rumah, better signup lah untuk track balik rekod item uols) Isi details penghantar dan penerima, untuk berat tu kalau tak sure, just letak aje 1 kilogram dulu. Sebab nanti kat post office diorang akan timbang semula. Lepas tu siappp, tinggal pergi post office dan scan QR Code dekat post office untuk keluarkan sticker nota konsainan.

Oh, Poslaju Dah Guna E-Consignment Rupanya!

Haa gini rupa sticker dia, jangan lupa ambil gambar sticker ni untuk bagi pada penerima barang uols nanti. Mudah kerja staff post office kalau ada benda ni, diorang tak perlu nak key in apa-apa dah, dan tak risau tersalah key in sebab kita yang akan bertanggungjawab dengan kesilapan tu. Wakakakaka. Diorang tinggal timbang dan tampal sticker aje.

Awal-awal tu rasa macam leceh jugak sebab staff apps dia tak berapa user friendly, kita dah la nak cepat, tak tahu nak start tekan mana sebab dalam pamplet takde sebut pun. Kena tanya staff dia satu per satu nak isi macam mana. Huhu. Mula-mula adik tu macam tak nak layan, tapi lama-lama baru dia tunjuk kat ciksun apa fungsi button-button dalam apps tu. Maceh adik, maaf susahkan!

So lepas ni, uols pun kena standby lerr kalau nak pos barang guna Poslaju ya!

Post a Comment

16 Comments

  1. perasaan sama masa pergi jnt, rasa macam aduh kena isi apa ni.. tapi bila dah biasa, isi siap2 kat rumah, senang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa J&T tak pernah pergi lagi..ada gak rasa nak try pos guna J&T tapi belum familiar lagi..

      Delete
  2. memang nampak mudah tapi rasa leceh pula untuk orang yg jarang pos barang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee..hahaha, nasib skang belajar..nanti kalo nak pos kek lapis bebanyak musim raya, takde la terpinga2..

      Delete
  3. Lama dah tak guna aps pos laju.. dah pakai e consignment dah ye..

    ReplyDelete
  4. Tak silap dah dua bulan guna e-cons ni.. Tapi kena jugak tau brt brg kan sbelum isi details tu. Yg senang prabayar jugak la tapi klu brg kurang 500gm guna ni lagi save atau terpaksa jugak guna klu brg lebih sekilo berat

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh dah lama ke..cuma kat pamplet tu secara official dan sepenuhnya start 17 November la kan...

      berat tu dia suruh letak je 1 kg dulu..nanti kat post office akan timbang semula jugak..saya da update kat entri..thanksss kakak sentuh bab ni

      Delete
  5. Thanks share. Patutnya kat pos opis tu tampal manual cara guna. Tapi biasala benda baru. Harap akan improve dan lebih user friendly

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..bila da try first time, senang la kemudian2nya...

      Delete
  6. yaaaa inila yang saya nak tahuuuu sebab katanya da xdak kertas kan. nak post barang jadi lebih mudah sebab siap2 buat kat rumah da kan. bagus improvement macm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..senang siti nak post hadiah pengomen tegar nanti.. 😝

      Delete
  7. Iyee wakkk dah lama, dia dah macam J&T gak dah..senang kita buat dulu, then siap hntr untuk proses timbang dan lekat jee..macam airport dah kan hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh tu lah, aku baru tahu...kat pamplet tu pun tuli 17 november baru start sepenuhnya...kalo kat shopee tu memang macam J&T lah..kat kaunter, aku pergi last bulan 8 masih guna borang...

      Delete
  8. Laahhh ye ke. Baru tahu! Kena install sesiap lah ni. Banyak pulak apps nak kena install. huhu

    ReplyDelete
  9. Lepas ni sunnah boleh la buat satu entry cara guna app tu..Ramai yang merungut tak reti guna.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com