Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Bihun Goreng Singapore Mudah dan Sedap Guna Ayam

Resepi Bihun Goreng Singapore Mudah dan Sedap Guna Ayam | Hujung minggu lepas, ciksun buat bihun goreng Singapore. Bila semua ada kat rumah, memang seronok memasak. Sebab ada orang makan dan habiskan makanan. Haha. Hari Sabtu tu semua macam takde idea nak masak apa. Ciksun lak, dah berapa hari rasa nak buat bihun goreng putih tu tapi berapa minggu gak lah asyik ada halangan.

Bizi lah, bahan tak cukup lah. Bukan apa, nak sedap betul kena ada bahan paling penting dalam tu. Kalau tak cukup, nanti diri sendiri pun tak boleh telan. Huhu. Memang bak kata Farahain, tak cukup bahan takpe, janji masak. Tapi ni nak makan sebab kehendak, bukan keperluan, jadi kena cukup. Kah kah kah! Kalo seketul Ain baca, mesti dia kecam ciksun 😆

Resepi Bihun Goreng Singapore Mudah dan Sedap Guna Ayam

Bahan penting bagi ciksun dalam setiap bihun goreng yang ciksun masak adalah ayam atau daging. Hahaha! Tu je pun. Mesti nak ada ayam atau daging jadi rencah. Takde udang takpe. Tapi kalau ikutkan, dalam resepi asal bihun goreng singapore oleh Puan Habeebah Md Daud dari SAJI ni, kena ada udang kering. Ciksun abaikan je bahan tu sebab tak ada stok kat rumah. Lagi satu, memang ciksun tak suka rasa udang kering yang kuat dalam bihun. Alergik pun ye jugak.

Jadi ciksun tukar aje udang kering yang sepatutnya dikisar tu kepada kiub ikan bilis. Udang yang sepatutnya jadi rencah lak ciksun tukar kepada isi ayam yang dipotong kecil-kecil. Ayam tu sebenarnya ayam perapan ciksun untuk bekal hari-hari ke pejabat. Tapi ciksun korbankan aje sebab da teringin sangat makan bihun goreng hahaha. Ayamnya ciksun cuci sikit, nak buang dia punya rempah-rempah perapan tu tapi ada la sikit-sikit lekat lagi rosemary nya. So, makan bihun ni ada hint rosemary sikit.

Nah, jemput baca resepi yang ciksun dah oter ikut bahan yang ada kat rumah.

Resepi Bihun Goreng Singapore

Bahan-bahan:

Bahan A:
3-4 ulas bawang merah
5-6 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
2 inci halia
Nota: Kisar kesemua bahan A

Bahan B:
2 - 3 keping dada ayam dipotong kecil-kecil
1/4 kobis ungu dihiris kecil
Lobak sebatang dihiris halus memanjang
1/2 kiub ikan bilis
1 bungkus bihun direndam hingga lembut
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Resepi Bihun Goreng Singapore Mudah dan Sedap Guna Ayam

Cara-cara memasak:
  1. Tumis bahan kisar hingga halus sehingga naik bau. Masukkan kiub ikan bilis, perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  2. Kemudian masukkan isi ayam.
  3. Selepas itu masukkan bihun yang telah direndam lembut.
  4. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan goreng hingga semua bahan masak.
  5. Rasa, jika ok, boleh tutup api.
  6. Hidangkan bersama sambal kicap jika suka.

Post a Comment

18 Comments

  1. Masakan bihun goreng singapore yang ringkas dan mudah. Kalau saya kena ada udang. ayam dan daging tak ada takpe. Terbalik pulak kita ye. hihi..lain citarasa :)

    ReplyDelete
  2. Akak bab masak bihun memang failed, akak x suka bihun yang putus2 or pendek2 tu..akak suka dia panjang2 dan cantik je...Pak Zain pandai buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo akak suka yang panjang2 ekk..dulu pernah gak buat panjang2..tapi lepas tu bila masak kat umah kak ipar, dia pendek2 kan, kita pun terikut buat sampai skang..hahahah

      Delete
  3. ni mmg kesukaan anak anak kita. sarapan yang mudah dan cepat disediakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn sebab tak banyak sangat rencah perlu disediakan...

      Delete
  4. Tak payah pegi Simgapore
    Boleh buat sendiri.

    ReplyDelete
  5. saya kurang mihun singapore ni. lebih suka mihun kaler merah. yang tu anak-anak pon suka.

    ReplyDelete
  6. Kalau saya,guna minced meat je. Malas nak potong daging or ayam. Haha. Memang pemalas

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh pestime ni tahu pasal guna minced meat dalam bihun goreng..boleh cuba nantii hihi

      Delete
  7. Teringinnya.. lama juga tak goreng mee putih gini...

    ReplyDelete
  8. Favourite gak ni tapi minat makan orang masak je. Hehe. Sbb jenis masak mesti nak guna sambal kering + kicap

    ReplyDelete
  9. okay, bisok lusak la molah bihun putih. ya juak palak angol miker giney gaya nak polah supaya rasa sik sepucat warna. 😂

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com