Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru | Hujung minggu, dua minggu lepas, ciksun dengan geng JDT Blogger gather-gather dekat JO Hotel Johor Bahru. Tapi tak semua lah, beberapa orang aje. Alang-alang lepas kami lunch dekat Bibik's Kitchen tu, terus stay aje kat situ 2 hari 1 malam. Dah lama tak jumpa reramai, memang seronok sangat buat aktiviti bersama.

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru
Tengok ciksun buat hal 🤣

JO Hotel ni letaknya depan hotel Doubletree by Hilton, Johor Bahru tu. Parking space depan hotel banyak, tapi kalau ada event kat hotel, penuh gak depan tu. Kat belah tepi hotel pun ada parking jugak selain turun ke basement. Cuma kalau park kat basement, takde lif untuk naik ke lobi. Kena naik tangga yaaa. Jadi kalau bawak orang tua, better usahakan dapat parking depan hotel aje. Mudah dan cepat!

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Kitorang 8 orang, dapat tiga bilik pecah 3 - 3 - 2, kak Hernee last minute tak dapat datang, tapi malam tu dia datang sekejap hantar small gifts untuk kitorang semua. Ciksun sebilik dengan Sis Lin dan kak Ajan. Duduk dalam Family Room (±RM250/night with breakfast), ada satu bedroom dengan dua katil queen, dipisahkan dengan living room. Disebabkan bilik kitorang besar, malam tu kitorang buat aktiviti kat bilik ni aje.

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor BahruWeekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Checked-in pukul 3 petang, masuk bilik, rehat-rehat kejap. Ciksun siap bawak laptop sebab nak update blog kononnya. Tapi satu entri je ciksun update masa kat hotel tu walaupun internet dia memang bapak laju gilerrr! Ye lah, orang kata kita merancang, Tuhan menentukan, kannnn! Plan nak update blog 24 jam, 24 minit je ngadap blog, da tutup laptop 😝

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Petang-petang apa lagi, berehat lah! Menariknya, suis-suis penting dalam bilik hotel ni masih lagi guna suis-suis klasik yang antik gitu. Kitorang memula masuk, rasa bilik macam panas tapi tak tahu suis aircond kat mana. Terpaksa keluar panggil housekeeper yang tengah bersihkan bilik seberang tunjuk suis aircond kat mana. Rupanya kat tepi katil aje, noob gila rasa. Haha.

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Satu lagi benda best dalam Family Room ni, tingkap luas sebesar-besarnya, hampir seluruh dinding ada tingkap. Mungkin sebab dapat bilik hujung jugak, so bila kat corner gitu, dapat banyak tingkap ngadap ke dua-dua view. Kalau bawak budak-budak, seronok la diorang duduk tengok luar tingkap aje seharian. Eh, bosan pulak ek kalau asyik tengok luar tingkap aje! Takpe, TV ade. Ye, kat ruang tamu ada TV gak, tapi channel tak banyak sangat lah. Ciksun masa stay sana duk tengok Channel U aje, memanjang drama Korea. Haha.

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Dalam bilik ade mini pantri gak tapi simple je lah, ade dua wardrobe gak. Satu kat luar betul-betul depan bathroom, satu lagi dalam bilik. So, tak berebut almari ye kalau ramai. Dalam bilik air untuk Family Room ni ada tab mandi ye kawan-kawan. So, kalau uols nak datang berendam, sesuai sangat lah duduk kat Family Room ni. Haha. Toiletries pun semua lengkap, towel lak cukup-cukup je diorang bagi. Iron dengan iron board takde kat dalam bilik, tapi ada disediakan kat luar untuk setiap floor. 

Malam tu kitorang order KFC guna GrabFood, dari City Square JB ke JO Hotel, 20 minit delivery time. Boleh kalau nak makan kat restoran hotel, tapi diorang tutup awal. Pukul 7 dah tutup dah, mungkin sebab memang tak ramai orang datang malam. Nak kata PKPB, dua hari lepas kitorang stay baru start PKPB 7 Disember. Huhu.

Aktiviti kitorang malam tu hanya makan-makan dan tukar-tukar hadiah aje. Semua berbaju kelawar. Awal-awal dah plan dalam group, cadangan siapa lah buat parti kelawar. Haha! Riuh-rendah bilik, masa nak tukar-tukar hadiah pun kecoh sebab berapa round undi asyik dapat nama sendiri 😆

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Ciksun dapat hadiah dari Nona, suka sangat dapat semua di atas dari Nona. Sangat-sangat hargai hadiah ni. Mekasih Nona! Manakala hadiah ciksun lak, kak Suzie dapat. Ciksun bagi pes Laksa Sarawak Hj Manan, face sheet mask Watson, mini unicorn notebook dengan hand lotion bau Rose Garden, simpan dalam bekas tin coklat Kit Kat bentuk kepala Mickey Mouse. Kalau tak bukak tin, mesti agak dapat kitkat aje. Haha. Harap-harap kak Suzie suka hadiah tak seberapa dari ciksun tu.

Malam tu, dah puas berjimba sambil update Adsense, kitorang pun tido kat bilik memasing. Kak Ajan awal-awal dah masuk bilik. Orang lain tak balik lagi dia da berdengkur. Haha! Kak Juju, Kak Eda dengan kak Suzie satu bilik, Nona dengan Mak Lin sebilik, diorang stay dalam Triple Deluxe Bedroom (±RM160/night with breakfast).

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Alhamdulillah malam tu selesa tidur, tapi agak panas dalam bilik. Tak tahu nak adjust aircond kat mana, hanya boleh pilih high, medium and low aje. Tapi kat ruang tamu sejuk ye, sejuk giler. Jadi malam tu bila ciksun terjaga sebab panas, ciksun pergi keluar bilik dan hampir terlelap kat ruang tamu gak, baru masuk semula dalam bilik. Nak ambik hawa dingin aje. Hahahahahhahah!

Esok paginya, kitorang bersiap-siap nak pergi breakfast dekat Bibik's Kitchen. Waktu pagi, diorang ada option breakfast ala carte set, RM10.00 sekali dengan air. Uols boleh pilih dari menu yang ditawarkan untuk hari tersebut, masa ciksun pergi tu ada Nasi Lemak Telur, Lontong Kuah dengan Soto Nasi. Air lak ada Kopi, Teh, Limikotea (campuran Horlicks + Milo + Kopi + Teh).

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

Ciksun order Soto Nasi dengan Kopi O aje. Sedap boleh tahan juga rasa Soto Nasi nya dan portion agak besar. Puas hati kalau makan seorang. Kalau makan dua orang, kena berebut bergedil. Haha! In case uols nak datang makan sarapan kat sini, rasanya boleh juga dapat harga tu.

Lepas breakfast kitorang jenjalan kejap kat area lobi tu sebelum naik ke bilik. Hotel ni takde swimming pool dan gym ya. Jadi memang kalau uols nak stay sini, hanya untuk tidur aje, boleh. Sesuai untuk yang nak cari tempat untuk berehat aje, setelah penat berjalan-jalan sekitar JB seharian. Haa gituuu.

Ok lah, kalau uols nak menginap kat sini, boleh lah book direct dekat website diorang ek!

Weekend Getaway dengan JDT Blogger di JO Hotel, Johor Bahru

JO Hotel Johor Bahru
No. 15, Jalan Gereja, 80100, Johor Bahru, Johor, Malaysia

Contact No:
+607 288 8688

Facebook:

Instagram:

Webiste:

16 comments:

  1. kemain lagi ek dengan parti kelawar tu..riuh rendah bilik sebab undi dapat nama sendiri je🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha tau takpeeee...sape la penyumbang keriuhan tu ekkk 😝

      Delete
  2. Iyee bab panas dalam bilik tu setuju..adeiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu je la kan kekurangan dia...tapi nasib baik ekon luar sejuk juga, bukak pintu boleh la masuk dalam kesejukan dia

      Delete
  3. LH terkejut baca Limikotea tu 😂. Macam mana rasa tu...

    ReplyDelete
  4. PC tertarik pulak engan suis-suis klasik tu CikSun. macam kat radio-radio lama gitu kekdahnya.

    ReplyDelete
  5. comel je suasana hotel dia. sekali sekala dapat gathering semua seronok jugak.. ^^

    ReplyDelete
  6. kecewa tak dapat berpartty kelawar hahahaha

    ReplyDelete
  7. syok la dapat g hotel sokmo..:)

    ReplyDelete
  8. Kaftan party gitu. Best tu kalau dapat family room yang full view..luas permandangan dapat tengok view luar. Uishh makanan dia semua favourite tu. lontong, soto..aduhaiii..balik haritu tak sempat nak mencari.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com