COVID-19: PM Isytihar Darurat Hingga 1 Ogos 2021

COVID-19: PM Isytihar Darurat Hingga 1 Ogos 2021 | Pukul 11 pagi ni, PM YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan pelaksanaan Proklamasi Darurat bermula dari 12 Januari 2021 sehingga 1 Ogos 2021 bagi membendung penularan wabak COVID-19. Kalau tengok dan fahami betul-betul, pelaksanaan ni lebih kepada untuk mengelak berlakunya pilihanraya dalam masa berapa bulan terdekat ni.

PM Isytihar Darurat Hingga 1 Ogos 2021

Mengambil iktibar dari pilihanraya Sabah yang lepas, kerajaan bimbang kalau tak isytihar Proklamasi Darurat ni, susah nak kawal pergerakan rakyat andai kata pilihanraya tetap diadakan. Alhamdulillah, mula-mula jadi sedih jugak dalam hati bila nampak poster pasal darurat tu. Tapi bila dah faham tujuan utama dilaksanakan, boleh terima dan jadi tenang sikit.

Intipati Pengumuman Khas Darurat Perdana Menteri. 

Ordinan Darurat perlu untuk kekang penularan #COVID19 daripada menjadi serius. 

Darurat: Kerajaan awam akan terus berfungsi.

Proklamasi darurat yang diisytihar bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, perintah berkurung juga tidak dilaksanakan. 

Jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan proklamasi darurat. 

Ordinan Darurat untuk tingkatkan penguatkuasaan keselamatan dan ketenteraman awam. 

Aktiviti ekonomi akan terus berfungsi sepanjang tempoh darurat, tertakluk pematuhan SOP. 

Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti akan terus main peranan sebagai pemudahcara pasaran 

Darurat: Parlimen dan DUN tidak akan bersidang sehingga satu tempoh yang ditetapkan.

Plihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat.

PRU akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Bebas memperakukan bahawa #COVID19 telah reda atau pulih sepenuhnya.

Semua ahli politik perlu bersolidariti bersama rakyat mencegah #COVID19.

Rakyat diminta kekal tenang, berikan kepercayaan kepada kerajaan bendung COVID-19 dengan lebih berkesan - PM MuhyiddinYassin

Sedar tak sedar, dah lima tahun rupanya PRU ek, rasa macam sekejap benar, macam baru aje lagi mengundi. Tak apa lah, rasanya keputusan ni yang paling baik sekarang. Semua rakyat dah boleh bertenang. Jadi, sekarang ni yang paling bertanggungjawab untuk turunkan angka kes positif baru COVID-19 adalah rakyat sendiri. Kerajaan dah buat macam-macam, dah laksanakan pelbagai sekatan dan peraturan, tinggal kita aje nak patuhi dan sama-sama #kitajagakita.

Banyak food and product review yang ciksun pergi dalam minggu ni, semua kena hold dulu post kat blog dan socmed. Tunggu update terkini dari PR, kalau ada apa-apa perubahan atau pembatalan promosi. Jadi, banyak entri tertunggak dalam draft. Tak tahu lah nanti macam mana ek, kita tungguuuu!

Boss pun entah lah ni, takde kata putus WFH ke atau kena pergi office. Nak cakap 30%, company ciksun ni 2 orang je, boss dan ciksun. Kalau salah seorang datang, dah jadi 50%. Bahahahaha!! Tapi dalam bangunan office ni, untuk floor ciksun ada 5 orang staff dari 3 company berbeza. Kalau 30%, maksudnya mungkin sorang separuh je datang nanti 🤣🤣🤣

Tapi bidang ciksun bukanlah essential service pun, tak datang office pun takpe. Tengok lah nanti macam mana. In case ada keperluan, baru datang kot?

10 comments:

  1. kjap.. bukan pru 14 baru 3 tahun ke? 🤔🤔🤔

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la ek wak..saya pun konpius..bahahahahhahaha

      Delete
  2. Baguslah tangguh dulu kan. biar settle dulu covid ni. rasa kejap je dah 5 tahun dah ye. apapun kita tunggu je lah dan menurut perintah gitu.

    ReplyDelete
  3. Bila umum darurat, alu rasa hurm xpat laa mok pulang raya gik tok. P... Harap-harap la bilang covid turun sebelum raya. kan?

    ReplyDelete
  4. Bekerja dari rumah lebib bagus pada masa sekarang..

    tak perlu nak cantik-cantik sebab duduk rumah hehehe

    ReplyDelete
  5. Sebab kobit semakin mengganas nampaknya

    ReplyDelete
  6. Jaga diri Sun.. balik kerja terus mandi..

    ReplyDelete
  7. Mudah-mudahan semuanya akan baik-baik saja.

    ReplyDelete
  8. Sedih sebab lagi lama je x balik kampung. Harap tahun ni Covid-19 akan reda. Rindu keluarga 😭

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com