Ticker

6/recent/ticker-posts

Clorox dan MERCY Malaysia Sediakan Kit Kebersihan kepada Ribuan Mangsa Banjir

Clorox dan MERCY Malaysia Sediakan Kit Kebersihan kepada Ribuan Mangsa Banjir | Lebih daripada 40,000 rakyat Malaysia di tujuh negeri terpaksa dipindahkan dari rumah mereka sejak sebulan lalu kerana banjir yang melanda, diperburukkan lagi dengan fenomena cuaca La Ninā.

Apabila air banjir surut, mangsa yang pulang ke rumah mereka memerlukan bantuan untuk mulakan kehidupan semula.

Clorox Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan menyokong usaha bantuan banjir MERCY Malaysia dengan menyediakan lebih 4,000 unit produk pembersih dan pembasmi kuman untuk digunakan sebagai sebahagian daripada peralatan kebersihan bagi memudahkan proses pembersihan rumah mangsa banjir.

Clorox dan MERCY Malaysia Sediakan Kit Kebersihan kepada Ribuan Mangsa Banjir

MERCY Malaysia akan mengedarkan kit kebersihan yang merangkumi Clorox Bleach Original dan Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk membersihkan rumah mereka sebelum dapat didiami semula. Kawasan yang dilanda banjir teruk adalah Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Clorox dan MERCY Malaysia Sediakan Kit Kebersihan kepada Ribuan Mangsa Banjir

Clorox dan MERCY Malaysia Sediakan Kit Kebersihan kepada Ribuan Mangsa Banjir

Pembersihan dan pembasmian kuman adalah sangat penting terutama selepas banjir kerana air banjir boleh menimbulkan risiko penyakit berjangkit seperti leptospirosis atau kencing tikus, kolera, demam kepialu dan Hepatitis A.

“Daerah-daerah yang dilanda banjir teruk memerlukan Air, Sanitasi dan Kebersihan (WASH) dengan segera. Keperluan ini meningkat akibat wabak Covid-19 yang berterusan. Kebersihan dan sanitasi yang baik adalah sangat penting untuk mematuhi SOP. Kami ucapkan terima kasih kepada Clorox Malaysia kerana telah memberikan sumbangan produk pembasmi kuman yang menjadi asas alat kebersihan untuk mangsa banjir yang pulang ke rumah mereka,” kata Pemangku Pengarah Eksekutif MERCY Malaysia, Zuraidah binti Mian.

Clorox dan MERCY Malaysia Sediakan Kit Kebersihan kepada Ribuan Mangsa Banjir

"Kami berasa rendah diri melihat usaha MERCY Malaysia memberi bantuan kepada mangsa banjir, dan ingin turut serta menyokong usaha mereka kerana keperluan mendesak," kata Pengarah Jualan & Pemasaran Clorox Asia Tenggara, Paulo M. Lao. "Kami berasa gembira kerana produk pembersih dan pembasmi kuman kami dapat membantu membersihkan rumah-rumah secara berkesan untuk persekitaran yang selamat kerana Clorox percaya bahawa kebersihan adalah penting."

Clorox dan MERCY Malaysia Sediakan Kit Kebersihan kepada Ribuan Mangsa Banjir

Dapatkan lebih maklumat mengenai bahan pembersih, aktiviti dan banyak lagi dari laman web Clorox Malaysia di https://www.cloroxmalaysia.com atau ikuti halaman media sosial Clorox Malaysia di https://www.facebook.com/CloroxMalaysia/ dan https://www.instagram.com/cloroxmalaysia/

Mereka yang ingin menyokong Misi Bantuan Banjir MERCY Malaysia sebagai sukarelawan boleh mendaftar di https://www.mercy.org.my/volunteer/

Clorox dan MERCY Malaysia Sediakan Kit Kebersihan kepada Ribuan Mangsa Banjir

Post a Comment

6 Comments

  1. Alhamdulilah, terima kasih Clorox dan Mercy.. kawan Sis juga adalah salah seorang penerima bantuan ini di Johor..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Clorox dan MERCY Malaysia atas kolaborasi ini. :)

    ReplyDelete
  3. clorox pencuci baju yg baik hati., ;p

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Rezeki untuk mangsa banjir.

    ReplyDelete
  5. Semoga usaha MERCY Malaysia dan dengan bantuan rakyat dapat mengurangkan beban mereka.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com