Kuih & Cakes Ramadhan Gift Pack - Thank You Yaso!

Kuih & Cakes Ramadhan Gift Pack - Thank You Yaso! | Kejutan yang mengejutkan. Malam 3 Ramadhan, ciksun mandi lewat lepas balik berbuka puasa di GBW Hotel Johor Bahru. Keluar dari bilik air, terkejut ciksun dengar ketukan dekat pintu sambil panggil nama "Ajannnnnn, Sunahhhhh" berulang-ulang. Suara macam kenal tapi tak pasti. Tengok jam dah pukul 11.25 malam. Siapa pulak ni datang malam-malam?

Ciksun tak terus buka pintu. Dari bilik air, terus ke bilik ciksun, pakai baju dulu. Kelam-kabut pakai, sampai terbalik. Bergegas pergi buka pintu. Ha betul tekaan ciksun. Yaso, kawan kak Ajan, datang. Bawa carrier kucing dan satu beg plastik lutsinar. Rupanya dia nak pulangkan carrier tu, dia dah call kak Ajan tapi tak respon. Ciksun cakap kak Ajan dah tidur agaknya ni sebab dah pukul 11.25 malam. Then Yaso bagi ni.

Kuih & Cakes Ramadhan Gift Pack - Thank You Yaso!

Satu untuk kak Ajan, satu untuk ciksun. Ramadhan Gift Pack dari Kuih & Cakes. Alorrr sweet sangat Yaso! Ciksun bukak pek ni dah pagi, malam tu letak kat dapur aje dulu. Tak terfikir nak tengok, plus da lewat malam, ingat macam brownies biasa aje. Rupanya cantik sangat hiasan dalam pek browniesnya, siap ada bookmark Ramadhan Kareem tu haa.

Kuih & Cakes Ramadhan Gift Pack - Thank You Yaso!

Ada empat jenis brownies/blondies dalam tu. Bandung Laici Blondie, Date Brownies, Plain Blondie, dan Plain Brownie. Suka packagingnya yang kemas, dan setiap brownie atau blondie diasingkan dalam bekas plastik masing-masing. Macam ni, untuk penyimpanan yang lama, nice la kann, lebih tahan daripada rosak. Brownies pun tak bercampur antara satu sama lain, jadi boleh kekalkan rasanya.

Kuih & Cakes Ramadhan Gift Pack - Thank You Yaso!

Pek Ramadhan Gift ni daripada Kuih & Cakes. Bila ciksun belek instagramnya, oh laa by Cakes & Such rupanya. Patut la sedap dan menarik. Kreatif betul buat gini. Uols yang nak order untuk bagi kat kawan-kawan or family sekitar JB, boleh lah order dengan diorang ek!

Kuih & Cakes
Instagram: @kuihandcakes
No. Tel: 012-7344937

6 comments:

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com