Ticker

6/recent/ticker-posts

10 Terakhir Ramadan, Memburu Lailatul Qadar

10 Terakhir Ramadan, Memburu Lailatul Qadar | Assalamualaikum dan salam 10 terakhir Ramadan untuk tahun 2021. Memang betul cepat sungguh masa berlalu. Kalau sibuk dengan banyak aktiviti harian, sedar tak sedar, hari ni dah nak masuk 20 hari Ramadan berlalu. Malam ni dah start 21 Ramadan 1442H. Alhamdulillah untuk usia dan kesihatan yang diberikan hingga ke hari ni.

Dalam 10 malam terakhir Ramadan ni, seperti semua sedia tahu, salah satu malam adalah malam istimewa yang kebaikannya lebih dari seribu bulan. Malam Lailatul Qadar.

10 Terakhir Ramadan, Memburu Lailatul Qadar

Firman Allah SWT:

﴾إِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ١ وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ٢ لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٞ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرٖ٣﴿

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar (1); Dan apakah caranya engkau dapat mengetahui kebesaran malam Lailatul Qadar itu? (2); Malam (Lailatul Qadar) lebih baik daripada seribu bulan. (3). (Surah al-Qadr: 1-3)

Sekadar refresh semula dari entri-entri lama tentang malam istimewa ni.

Lailatul Qadar sangatlah mulia sehingga Allah s.w.t memilih untuk diturunkan padanya al-Quran secara sempurna serentak, diturunkan wahyu yang pertama kepada Rasulullah s.a.w. Al-Quran menjadi petunjuk kepada seluruh manusia yang bertaqwa. Ini menunjukkan ada hubungan yang penting antara konsep taqwa dengan al-Quran petunjuk sepanjang zaman.

Bila tepatnya malam Lailatul Qadar untuk tahun ni? Tak ada nas yang menunjukkan secara spesifik malam bila berlakunya Lailatul Qadar ni. Ada jugak pendapat yang mengatakan Lailatul Qadar tu berlaku pada malam-malam ganjil dalam 10 malam terakhir Ramadan. Wallahua'lam. Semua tu rahsia Allah.

Allah rahsiakan tarikhnya dari pengetahuan kita, supaya kita terus bersemangat beribadah pada 10 malam terakhir tanpa perlu bergantung pada tanda-tanda Lailatul Qadar. Bayangkan kalau Allah dah tetapkan satu tarikh khas untuk malam Lailatul Qadar, dah tentu kita hanya beribadah sungguh-sungguh pada malam tu aje dan mengabaikan malam-malam yang lain. Tak nak la macam tu kan? Biar ibadah kita sikit-sikit tapi konsisten, bukan banyak-banyak tapi sekejap saje.

Macam mana nak penuhkan malam-malam terakhir?

Banyakkan ibadah-ibadah sunat, disamping perbaikkan lagi ibadah-ibadah fardhu. Luangkan lebih banyak masa di tikar sejadah, berzikir mengingati Allah, tadabbur al-Quran, dan rajin-rajin bangun pada sepertiga malam untuk dirikan solat-solat sunat serta bermunajat kepada Allah. Jangan lupa juga panjatkan doa sebanyak-banyaknya dan semahu-mahunya untuk apa-apa hajat yang uols simpan dalam hati.

10 Terakhir Ramadan, Memburu Lailatul Qadar

Semoga Allah pertemukan kita dengan malam Lailatul Qadar!

Post a Comment

4 Comments

  1. aminn ya robbal alaminn.. mugo ketemu lailatul qadar

    ReplyDelete
  2. Aamiin aamiin ya rabbal alamin. Semoga kita semua bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Malam yang hanya ada di bulan ramadhan.

    ReplyDelete
  3. Kejap masa berlalu. tup tup nak raya dah. Sama-samalah kita mengejar dan semoga terpilih bertemu malam Lailatul Qadr.
    آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

    ReplyDelete
  4. semoga bertemu dengan malam yang kita semua impikan

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com