Syoknya Staycation 2H1M di Sunway Hotel Big Box, Sunway Iskandar

Syoknya Staycation 2H1M di Sunway Hotel Big Box, Sunway Iskandar

Syoknya Staycation 2H1M di Sunway Hotel Big Box, Sunway Iskandar | Yesss, suka sangattt hotel ni! Maybe sebab dia hotel baru jugak kot, so segalanya masih nampak cantik dan bersih. Ciksun ke sini dari Four Points by Sheraton Desaru hari tu. Gerak dari sana lepas lunch dekat Desaru Fruit Farm, sampai Sunway Big Box dalam pukul 3 lebih.

Syoknya Staycation 2H1M di Sunway Hotel Big Box, Sunway Iskandar

Dari traffic light nak masuk Sunway Big Box tu da nampak hotelnya yang berwarna merah dan biru. Dah macam bendera negeri Johor pulak nengoknya. Hihi. Tapi dari luaran tu, ciksun tak expect sangat apa-apa. Entah ek, rasa macam nampak bangunan kolej πŸ˜‚

Syoknya Staycation 2H1M di Sunway Hotel Big Box, Sunway Iskandar

Kitorang parking kat basement, dari traffic light tu ade lorong untuk masuk ke parking bawah tanah. Then ikut je signage kat area basement tu untuk dapat parking berdekatan dengan hotel entrance. Naik excalator, menapak sikit je untuk ke pintu utama hotel. Masuk aje ke lobi, terus rasa wow! Ini bukan bangunan kolej! πŸ˜†

Syoknya Staycation 2H1M di Sunway Hotel Big Box, Sunway Iskandar

Lobi dia je dah nampak elegan dan mewah. Proses check in tak mengambil masa yang lama, ciksun dapat bilik dekat tingkat 2. Setakat ni, ada dua jenis bilik aje kat sini. Deluxe dengan Family Suite. Akan ada lagi jenis bilik yang lain dalam fasa akan datang. Jom tengok bilik Deluxe ciksun!
Syoknya Staycation 2H1M di Sunway Hotel Big Box, Sunway Iskandar

Syoknya Staycation 2H1M di Sunway Hotel Big Box, Sunway Iskandar

Syoknya Staycation 2H1M di Sunway Hotel Big Box, Sunway Iskandar


Bilik ni ada 1 katil king, tilam dia ya Allah best gilerrr! Ciksun jenis yang susah nak tidur dengan orang lain atas katil yang sama. Mudah tersedar kalau orang sebelah bergerak. Tapi tilam Slumberland dia jenis keras yang tak cepat terpengaruh dengan pergerakan orang yang baring atas dia. Haha. Macam mana nak explain bagi faham ek? Susah, susah, uols datang je la cuba sendiri 🀣

Syoknya Staycation 2H1M di Sunway Hotel Big Box, Sunway Iskandar

Masuk bilik air, semakin teruja sebab nampak 2 in 1 shampoo, shower gel dan hand wash Tanamera. Weehuuuuu, wangiiii! Menariknya, uols tak akan jumpa 3 barang dari Tanamera ni dijual dekat luar, Shopee pun takde wei. Ciksun da cari, memang takde. Hahaha! Sebab dia ekslusif untuk Sunway Hotels & Resort. Kalau uols pernah pergi hotel Sunway yang lain, mungkin uols pun ada jumpa 3 benda ni.

Toiletries lengkap, ada hair dryer dalam bilik air, towel cukup, cumaaaaaa toilet bowl dia pakai bidet seat. So, faham-faham la ek. Takde hos tau, kena pandai-pandai adjust nak basuh macam mana 🀣 Untuk mini pantri dia, ciksun suka lah counter dia ni. Semua benda simpan kat dalam drawer, nak ambik, tarik keluar drawer tu. Kemas.

Syoknya Staycation 2H1M di Sunway Hotel Big Box, Sunway Iskandar

Paling best, ade tumbler ni ha. Diorang amalkan konsep hijau dengan meminimakan penggunaan plastik. So, tak akan ada mineral water dalam bilik uols ya kalau duduk sini. Diorang just bekalkan tumbler ni aje. Air boleh ambil dekat tepi lif. Setiap aras ade, memang mudah untuk yang suka minum air kosong bebanyak. Tak payah asyik mintak kat receptionist, boleh refill sendiri.

Syoknya Staycation 2H1M di Sunway Hotel Big Box, Sunway Iskandar

Nak tengok bilik-bilik yang lain?

Nah gambar-gambar yang ciksun ada:

Syoknya Staycation 2H1M di Sunway Hotel Big Box, Sunway Iskandar
Deluxe Twin Room

Syoknya Staycation 2H1M di Sunway Hotel Big Box, Sunway Iskandar
Family Room

Helokkk kan Family Room tu? Siap ada mesin kopi! Biliknya pun besar, terpisah bedroom dengan living room. Nice gilahhh! Oh, lupa nak gitau, bilik ciksun tu tinkapnya ngadap kolam renang, uolsss! Memang keje duk tengok orang berenang aje kat bilik ni, hahaha!

Syoknya Staycation 2H1M di Sunway Hotel Big Box, Sunway Iskandar

Syoknya Staycation 2H1M di Sunway Hotel Big Box, Sunway Iskandar

Kolam renang dia dekat aras 1, sama dengan Pendas Cafe tempat sarapan pagi, dan Fitness Centre untuk uols bersenam 24 jam. Kolam dia bukak dari pukul 7 pagi sampai 7 petang. Ada kolam renang untuk kanak-kanak dan juga dewasa.

Syoknya Staycation 2H1M di Sunway Hotel Big Box, Sunway Iskandar

Gym dia tak berapa luas sangat, so kena tunggu turn kalau nak bersenam pepagi. Takde pulak limit berapa orang boleh masuk dalam satu-satu masa. Tapi pandai-pandai sendiri la ya jaga SOP. Bawak bekal sanitizing wipes kalo rasa was-was sebab diorang hanya bekalkan sanitizer.

Ayuh tengok pilihan makanan breakfast dekat Pendas Cafe!

Syoknya Staycation 2H1M di Sunway Hotel Big Box, Sunway Iskandar

Syoknya Staycation 2H1M di Sunway Hotel Big Box, Sunway Iskandar

Syoknya Staycation 2H1M di Sunway Hotel Big Box, Sunway Iskandar

Alhamdulillah, sedap-sedap semuanya. Lepas breakfast, boleh lagi sambung mengopi dekat meja tepi kolam. Sambil nunggu kengkawan berendam, ciksun edit video nak upload ke reels dan tiktok. Haha! Yang bestnya kat sini sebab hotel dia satu area dengan Sunway Big Box, so banyak sangat kedai-kedai lain di sekitar. In case nak beli barang keperluan, ada NSK. Lapar memalam, ada banyak restoran.

So? Apa tunggu lagi? Cepat lah tempah bilik uols! Diorang tengah ada promo Stay & Play jugak tu!

STAY & PLAY Package
From RM200.00 nett per person*

*Minimum of two (2) persons to a room
*Group discount available for minimum of five (5) rooms and above 

Package includes:
  • Two (2) days one (1) night stay in a Deluxe room with breakfast
  • Access to X PARK, Sunway City Iskandar Puteri inclusive of tickets for go-kart, ATV ride, and archery
  • 10% discount off Hotel's F&B dining privileges 
  • Complimentary parking
  • Terms & conditions apply
Booking period: Now to 31 December 2021
Staying period: 1 October to 31 December 2021

Syoknya Staycation 2H1M di Sunway Hotel Big Box, Sunway Iskandar

Sunway Hotel Big Box
πŸ‘‰Persiaran Medini 5, Sunway City Iskandar Puteri, 79250 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim, Malaysia

πŸ‘‰ sbbh.reservations@sunwayhotels.com

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
BMX Ungkal Jelajah Johor 2021 
yang telah berlangsung pada 12 - 20 November 2021
anjuran Tourism Malaysia Wilayah Selatan

Post a Comment

7 Comments

  1. betul la ciksun, dari luar nampak macam kolej sunway je sekali dalam dia nampak mewah. pool dia nampak best. saya kalau usha hotel untuk staycation memang tengok swimming pool dulu. huhu

    ReplyDelete
  2. wah bilik, view semua perfect laa

    ReplyDelete
  3. ok menarik ni... klu ada rezeki bole cuba stay sini :)

    ReplyDelete
  4. Saya pun suka pilih hotel baru. decor dia cantik dan lebih selesa berbanding hotel lama dengan dekorasi lama yang kadang tu tak maintain sangat pun. Bilik pun luas. Tidur pulak tu katil king dengan tilam best. Lena terus tidur malam ku. Menu makanan pun sedap sedap. Ada swimming pool dan kemudahan lagi, berbaloi lah dengan harga yang ditawarkan tu.

    ReplyDelete
  5. Bagusnyaaa, kurangkan penggunaan plastik..Nice! Nampak luas dan selesa sangat lah biliknya! Lepastu boleh turun g mall dorang, dekat ngn enrgyXpark kat sana tuu...

    Tang toilet jela kena fikir dari awal..hehehe

    ReplyDelete
  6. tak sabar nak bawak anak-anak ke sini nanti..family room tu bestnya

    ReplyDelete
  7. bestnya dapat jadi tetamu awal hotel baru, eksklusif betul ni barang mandian dia. bukan calang2 servis ni.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com