Ticker

6/recent/ticker-posts

Pertama Kali Tanam Kacang Edamame, Dah Boleh Petik dan Makan

Pertama Kali Tanam Kacang Edamame, Dah Boleh Petik dan Makan | Ciksun nampak biji benih dia dekat Shopee. Terus teruja and tertanya-tanya, boleh ke edamame tumbuh kat Malaysia? Ingatkan kat Jepun aje. Kacang edamame ni antara kacang febret ciksun kalau gi makan dekat Sushi King. Wajib grab sepinggan dua.

Pertama Kali Tanam Kacang Edamame, Dah Boleh Petik dan Makan

Kalau uols nak tahu, kacang edamame ni sebenarnya adalah sejenis kacang soya pramatang, kadang-kadang lebih dikenali sebagai kacang soya sayur. Warnanya hijau, berbeza dengan kacang soya biasa yang berwarna coklat cair. Kacang edamame ni biasanya dijual dalam bentuk pod, iaitu sekali dengan kulit. Kalau pergi supermarket, uols sure boleh jumpa kacang edamame ni dijual di bahagian frozen food.

Pertama Kali Tanam Kacang Edamame, Dah Boleh Petik dan Makan

Nak makan dia senang aje, rebus beberapa minit dengan air mendidih. Ciksun biasanya kalo yang frozen tu ikut label dekat pek dia lah nak rebus berapa minit. Kalau yang tanam sendiri ni, ciksun rebus lama sikit, sampai kulit dia bertukar kaler sesikit. Letak sikit garam dalam air didihan, kalau nak. Ada orang makan dalam salad or letak dalam sup, tapi ciksun dan housemates semua suka makan gitu aje, buat as snack.

Pertama Kali Tanam Kacang Edamame, Dah Boleh Petik dan Makan

Pokok edamame ni jenis melilit macam timun. Ciksun ingatkan dia tak menjalar. Bila pindah masuk pasu, and letak pancang untuk tegakkan batang dia, hari esoknya ciksun nampak dia macam nak melilit pancang tu. Terus tukar pancang tinggi sebab boleh agak mesti naik tinggi sikit ni.

Tapi takde la tinggi sangat macam timun, dia berhenti takat pancang tu aje. Then start berbunga dan berbuah dalam sebulan aje lepas tanam. Cepat jugak lah. Sekali berbuah, banyak juga keluar, tapi tak dapat dituai serentak semua sekali sebab tumbesarannya tak sekata. Jadi boleh petik mana yang da cukup saiz dia dulu, tinggalkan selebihnya yang belum cukup besar kat pokok.

Apa khasiat kacang edamame ni?

Nah ciksun share summary dari healthline.
  1. Edamame mengandungi sekitar 12% protein, merupakan jumlah yang baik untuk sayuran. Ia juga merupakan sumber protein yang berkualiti, menyediakan semua asid amino penting.
  2. Edamame kaya dengan protein, antioksidan dan serat yang boleh merendahkan paras kolesterol dalam darah. Walau bagaimanapun, tak jelas sama ada makan edamame mempunyai sebarang kesan ke atas risiko penyakit jantung.
  3. Edamame rendah karbohidrat. Ia sesuai untuk penghidap diabetes jenis 2, serta mereka yang mengikuti diet rendah karbohidrat.
  4. Edamame kaya dengan beberapa vitamin dan mineral, terutamanya vitamin K dan folat.
  5. Kajian mencadangkan bahawa makanan berasaskan soya seperti edamame boleh mengurangkan risiko kanser payudara, tapi tak semua kajian setuju tentang ni.
  6. Beberapa kajian mencadangkan bahawa makan makanan soya boleh mengurangkan gejala menopaus. Walau bagaimanapun, bukti tidak konsisten.
  7. Bukti menunjukkan bahawa makan produk soya boleh melindungi daripada kanser prostat, tetapi lebih banyak kajian diperlukan.
  8. Isoflavon boleh melindungi daripada osteporosis pada wanita pertengahan umur dan lebih tua. Walaupun edamame mengandungi isoflavon, kesan keseluruhan makanan tak semestinya mencerminkan faedah komponen terpencil.

Ok, nak semai lagi lah macam ni!

Post a Comment

16 Comments

  1. Bagusnya awak ciksun rajin berkebun.

    ReplyDelete
  2. Seriuslah Cik Sun, akak suka sgt kacang ni dan sentiasa ada stock, nak makan kukus sambil masak nasi.

    ReplyDelete
  3. pernah nampak tapi tak pernah makan..rasa tertarik juga ni.

    ReplyDelete
  4. Okay, ini yang excited ni. Dah lama teringin makan. Agaknya kena tanam sendiri baru dapat makan. Hihi...

    ReplyDelete
  5. Allah Allah.. mok nanam pokok cili pun hidup segan mati tamau saya ni. Adoo doo.. Edamame ni yg selalu ada di kedai sushi tu kan?

    ReplyDelete
  6. Ini yg teruja nak try juga ni w/pun sebenarnya x pernah makan pun edamame ni :)

    ReplyDelete
  7. nak jgk try tapi kita x lalu la nak telan kacang ni hehehe.. pernah try sekali je

    ReplyDelete
  8. oooo kacang ni itu nama dia rupanya. haha. baru tahu >.<

    ReplyDelete
  9. selalu beli je kan..Ni kalau tanam memang puas hati makan

    ReplyDelete
  10. tahniah kerana berjaya menanam kacang edamame.

    kalau ada masa...boleh tanam untuk komersial pulak lepas nie,

    jadi income sipi-sipi

    ReplyDelete
  11. tahniahnyer berbudi pd bumi.. tringt sushi king pulak 😅

    ReplyDelete
  12. Wah kacang ni ingatkan hanya boleh hidup di Jepun aje. Sebab saya makan hanya di restoran Jepun aje. Mereka bg sebagai pemula makan sebelum makanan lain sampai. Bestnya akak bleh tanam dan makan hasilnya. Sedap kacang ni.

    ReplyDelete
  13. wah bestnya dpt merasa hasil tanaman sendiri. sedap kacang ni

    ReplyDelete
  14. sedap...wah leh tanam la. nice... leh try gak ni....

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com