Stress Jugak Kalau Tertinggal Telefon

Stress Jugak Kalau Tertinggal Telefon

Stress Jugak Kalau Tertinggal Telefon | Entah macam mana lah hari ni boleh tertinggal telefon kat rumah. Nak cakap kalut, takde la kalut sangat pagi tadi masa nak gi kerja. Siap siram pokok lagi ha sambil tunggu enjin kereta panas. Tapi kepala masa tu memang tengah serabut fikir minyak enjin kereta leaking. Check aras minyak hitam, memang tinggal separuh dah. Aduhai, baru je betulkan beberapa bulan lepas, dah leaking balik. Nanti kena pergi bengkel jugak la betulkan apa yang patut. Melayang lah lagi fulus ciksun bulan ni, da la tengah nak berjimat ni, nak balik kampung lagi, awal bulan depan. Allahu.

Stress Jugak Kalau Tertinggal Telefon
Credit: CSS Insurance

Ciksun perasan tertinggal telefon masa dah duduk depan laptop. Seluk-seluk handbag, eh mana telefon ciksun ni? Lorrr, tertinggal kat rumah rupanya. Tadi pun baru minta tolong housemate tengokkan, betul ke tertinggal. Memang ada dalam bilik. Sabor je lerr. Lepas tu, dah lah tertinggal, boleh terlupa pulak tu tertinggal. Siap nak buat transaksi untuk bayar duti setem, lupa kena ada TAC, diorang hantar SMS ke telefon. Adeiii! Serabut betul. Hahaha!

Balik rumah petang karang la ciksun overtime buat bayaran duti kat rumah. Ingatkan hari ni nak uruskan segala bill payment dan bayaran elaun, nampaknya kena tunda ke esok lerrr.

Huhu. Padan muka, sape suruh tertinggal telefon 😩

Post a Comment

8 Comments

  1. Telefon dah jadi sesuatu yang harus kita bawa ke mana-mana sekarang huhu

    ReplyDelete
  2. Memang haru kalau handphone tinggal. Serba tak kena. Paling susah kalau melibatkan kerja atau emergency. Untung jugak tertinggal kat rumah. Kalau tempat lain nayaaaa

    ReplyDelete
  3. Takpe. Tertinggal kat rumah lagi elok. Kalau tak jumpa langsung phone lagi parah.

    ReplyDelete
  4. Ye..zaman skrg tak bawak Telefon mcm tertinggal nyawa. Dgn grabnya, TNG walletnya.. dahlah slalu xde cash...harapkan ewallet je

    ReplyDelete
  5. Nasib tertinggal di rumah, mun nisik... Berhuhuhu laaa... Selamat tahun baru sis.

    ReplyDelete
  6. Of course ler stress! Phewww!
    Redha je lelagi kalau jauh dari tempat tertinggal hp nya tuhh

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com