Team BMX Ungkal Jelajah Johor 2021 Tawan 0KM Johor Bahru

Team BMX Ungkal Jelajah Johor 2021 Tawan 0KM Johor Bahru

Team BMX Ungkal Jelajah Johor 2021 Tawan 0KM Johor Bahru | Belek-belek galeri, ada pulak gambar-gambar masa ciksun join geng-geng BMX Ungkal Jelajah Johor 2021 hari tu. Kejadian ni lepas makan malam dekat LC Catering hari tu. Sayang pulak gambar-gambar yang diambil, kalo tak lakarkan kenangan dalam blog ni.

Team BMX Ungkal Jelajah Johor 2021 Tawan 0KM Johor Bahru

Actually, diorang buat Jelajah Johor 2021 start dari 12 sampai 20 November 2021. Ciksun tak join dari awal sebab ada event lain juga dalam tempoh tersebut. Dah janji dengan orang lain lebih awal, ciksun tak nak la memungkiri janji tu. Tak nak ada yang berkecil hati. Maka, ciksun join tarikh 19 November aje, sebab alang-alang tarikh tu checkpoint diorang dekat 0KM Johor Bahru.

Team BMX Ungkal Jelajah Johor 2021 Tawan 0KM Johor Bahru

Ciksun dah la tak pernah jejak kaki kat sini, padahal kalo ke JB, wajib lalu sini. 0KM Johor Bahru letaknya depan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru tu aje. Bersebelahan dengan stesen bas. Team BMX Ungkal start dari Dataran Bandaraya Johor Bahru. Jadi, memula kitorang berkumpul dekat dataran dulu, tunggu semua ada.

Team BMX Ungkal Jelajah Johor 2021 Tawan 0KM Johor Bahru

Sempat memasing posing depan menara jam dekat dataran tu. Lama sikit lepas Isyak, baru diorang start gerak ke 0KM, diiringi oleh beberapa orang pegawai PDRM. Ciksun dengan kengkawan naik belakang hilux sebab nak amek video and gambar. Wahahah, nasib baik la da pernah naik belakang lori masa program dekat Sarawak dulu 🤭

Team BMX Ungkal Jelajah Johor 2021 Tawan 0KM Johor Bahru

Dari Dataran Bandaraya Johor Bahru ke 0KM, ambil masa dalam 15 minit berbasikal. Rasa macam kejap kan, tapi semput jugak kalo ciksun berbasikal. Sedangkan kayuh basikal dekat gym 3 minit pun da lenguh peha dibuatnya. Hahahah! Memang tabik la dekat abang kakak BMX Ungkal ni!

Team BMX Ungkal Jelajah Johor 2021 Tawan 0KM Johor Bahru

Team BMX Ungkal Jelajah Johor 2021 Tawan 0KM Johor Bahru

Tahniah uols! Berjaya tawan 0KM Johor Bahru! Lepas checkpoint yang ni, diorang ke Kulai dan ke Pontian pulak pada keesokkan harinya. Bagus juga kan diorang buat checkpoint sekitar Johor ni, boleh la naikkan balik tempat-tempat menarik sekitar Johor pasca pandemik. Dalam masa yang sama, orang akan nampak naik basikal BMX ni boleh aje dengan selamat, kalo patuhi peraturan jalan raya dengan betul.

Kalo nak tengok video diorang sampai ke 0KM, boleh tengok kat Youtube ciksun bawah ni ek.



Happy je diorang mengayuh kan!

Good job uols!

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
BMX Ungkal Jelajah Johor 2021 
yang telah berlangsung pada 12 - 20 November 2021
anjuran Tourism Malaysia Wilayah Selatan

Post a Comment

1 Comments

  1. Mencabar nak ambil video duduk belakang hilux ni. Kalau orang dah biasa berbasikal, steady je kayuh jauh mana pun kan. Kalau kita baru nak kayuh memang semput even dekat pun. hihi...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com