Percutian Hari Kedua di Genting SkyWorlds Theme Park

Percutian Hari Kedua di Genting SkyWorlds Theme Park

Percutian Hari Kedua di Genting SkyWorlds Theme Park | Salam 1 Ramadan 1443H semua. Macam mana suasana hari pertama berpuasa? Tahun ni, macam tahun-tahun sebelumnya, ciksun sambut 1 Ramadan di rumah sewa aje. Housemates ciksun semua balik kampung untuk berbuka puasa bersama keluarga tercinta kecuali dak Ibah sebab family dia tengah kuarantin COVID-19. Tinggal lah ciksun berdua dengan dia, petang nanti insya'Allah berbuka bersama.

Bercuti di Genting Highland, Explore Genting SkyWorld Theme Park - Day 1

Bersambung dari entri hari pertama di Genting Highland, kali ni ciksun nak share pulak entri pada hari kedua. Macam yang ciksun cerita dalam entri sebelumnya, kalau duduk dekat First World Hotel, tingkat 27 ni, boleh nampak view yang sangat cantik. Jadi, pagi-pagi bangun memang teruja sangat nak tengok matahari terbit di sebalik hamparan awan karpet tu.

Uols boleh tengok video dekat tiktok ciksun atau suami ciksun.

Confirm terus rasa nak book stay kat sini 🤭

Percutian Hari Kedua di Genting SkyWorlds Theme Park

Pagi tu, terus self-checkout and pergi breakfast dekat The Bakery. Just alas perut dengan Bihun Goreng dan Nasi Lemak. Suami cakap Bihun Goreng tu sedap sangatttt! Yo, so kalau ke sana nanti kena makan Bihun Goreng tu ke? 😆

Ok, lepas alas perut boleh lah explore Genting SkyWorlds Theme Park!

Percutian Hari Kedua di Genting SkyWorlds Theme Park

Taman tema ni dibuka dari pukul 11 pagi sampai 6 petang. Walaupun dah bagitau dalam entri sebelumnya, in case ada yang tak baca lagi, ciksun ulang balik kat sini ya! Genting SkyWorlds Theme Park ni baru dibuka semula pada bulan Februari 2022 yang lepas. Outdoor theme park ni dibina di atas tanah seluas 26 ekar dan menampilkan 26 tunggangan serta tarikan yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Macam-macam attractions ada kat sini, kalau bawak anak-anak sure diorang suka! Kalau datang sini, wajib explore 9 dunia bertemakan filem kelas antarabangsa - Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic dan Rio. Masa suami ke sana hari tu, lebih kurang 22 attractions dah dibuka untuk pengunjung.

Percutian Hari Kedua di Genting SkyWorlds Theme Park

Sebelum masuk, install dulu SkyWorlds mobile apps bagi memudahkan penerokaan uols. Lengkap semua penerangan tentang rides yang ada dekat situ, termasuk level dan operating status. Sangat useful SkyWorlds apps ni untuk uols masuk queue any rides online, belek maps, check jarak antara satu-satu attractions, boleh check berapa panjang queue, dan check gambar kalau pihak Genting ada ambik gambar uols masa kat sana.

Percutian Hari Kedua di Genting SkyWorlds Theme Park

Percutian Hari Kedua di Genting SkyWorlds Theme Park

Percutian Hari Kedua di Genting SkyWorlds Theme Park

Tiga rides yang paling suami suka waktu tu adalah Samba Glider (Rio), Epic Voyage to Moonhaven (Epic), dan Alpha Fighter Pilots (Andromeda Base). Suami ciksun ni suka ride yang thriller level dia medium - high gitu. Jadi tak heran lah kalo dia suka tiga benda ni, lagi-lagi Alpha Fighter Pilots tu. Kalau ciksun, agaknya turun je dari ride tu terus memaki hamun diri sendiri. Hahahahaha!

Percutian Hari Kedua di Genting SkyWorlds Theme Park

Sepanjang kat dalam taman tema ni, tak perlu risau pasal makanan. Ada banyak restoran kat dalam, diorang lunch dekat Buck's Cafe @ Ice Age, restoran terbesar dekat Genting SkyWorlds Theme Park ni. Ada banyak pilihan makanan Western dan Asian kat sini, suami dan kawan dia makan Wantan dan Nasi Ayam. Ada kiosk aiskirm juga depan cafe, Crash and Eddie's Frozen Treats, sedap katanya.

Percutian Hari Kedua di Genting SkyWorlds Theme Park

Early dinner sebelum balik pulak diorang makan dekat Santa Teressa Trolley Treats @ Rio. Kat sini ada macam-macam jenis kebab/soft-shell tacos, macam dalam gambar tu lah. Nampak sedap kan! Uols jangan risau tentang makanan, sebab restoran kat dalam ni semuanya No Pork, No Lard. Vegetarian choice pun ada.

Lagi gambar-gambar masa kat sana, ciksun ada share dekat page FB Sunah Sakura. Boleh belek-belek kat sana tau!



Nah ciksun share kan tips kalau uols nak bercuti di Genting SkyWorlds Theme Park:
  1. Install SkyWorlds mobile apps untuk aktiviti yang lancar.
  2. Bawak poncho sebab ada aktiviti yang basah (atau boleh beli kat dalam Genting SkyWorld Theme Park).
  3. Decide/plan aktiviti mana yang kita nak buat dulu untuk optimize masa kat dalam tu.
  4. Stop di tempat-tempat photographer Genting untuk posing sebab gambar-gambar tu akan dikemaskini dalam apps SkyWorlds.
  5. Pakai pakaian yang bersesuaian sebab nak naik macam-macam rides kat sini.
  6. Bayaran kat dalam Genting SkyWorlds Theme Park adalah secara cashless.

So guys, dah boleh la plan untuk cuti-cuti dengan family or kawan-kawan lepas raya nanti! Diorang punya soft-opening promo masih berjalan sampai 30 Jun 2022 tau! Segala info lanjut tentang Genting SkyWorld Theme Park dan pembelian tiket secara online boleh dibuat terus di laman web diorang: https://www.gentingskyworlds.com/en.html

Selamat bercuti uols!

Post a Comment

5 Comments

  1. okayyy jomm laa kitaa ke gentingg ehhkk .kihkihkih

    ReplyDelete
  2. Jom la pi genting....x sabar nak tunggu ni....menarik sanagt dua2 entry akak baca...kali ni pergi nak masuk outdoor theme park tu..and of course nak staycation kat First World Hotel tu...make sure stay kat higher floor....baru dapat view awan carpet kan

    ReplyDelete
  3. Seronoknya baca pengalaman bercuti ke sana. Nak pergi juga la... Dah try klik link tu, tapi tak boleh buka la. Ada cara lain tak?

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com