Percutian Hari Kedua di Genting SkyWorlds Theme Park | Salam 1 Ramadan
  1443H semua. Macam mana suasana hari pertama berpuasa? Tahun ni, macam
  tahun-tahun sebelumnya, ciksun sambut 1 Ramadan di rumah sewa aje. Housemates
  ciksun semua balik kampung untuk berbuka puasa bersama keluarga tercinta
  kecuali dak Ibah sebab family dia tengah kuarantin COVID-19. Tinggal lah
  ciksun berdua dengan dia, petang nanti insya'Allah berbuka bersama.
  
  Bersambung dari entri
  hari pertama di Genting Highland, kali ni ciksun nak share pulak entri pada hari kedua. Macam yang ciksun
  cerita dalam entri sebelumnya, kalau duduk dekat First World Hotel, tingkat 27
  ni, boleh nampak view yang sangat cantik. Jadi, pagi-pagi bangun memang teruja
  sangat nak tengok matahari terbit di sebalik hamparan awan karpet tu.
@sunahsakura Thank you husband ❤️ #resortsworldgenting #firstworldhotel #gswmemories #gentingskyworlds ♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน - AnAn (อันอัน) 
  Uols boleh tengok video dekat
  tiktok ciksun
  atau
  suami ciksun.
  Confirm terus rasa nak book stay kat sini 🤭
  Pagi tu, terus self-checkout and pergi breakfast dekat The Bakery. Just alas
  perut dengan Bihun Goreng dan Nasi Lemak. Suami cakap Bihun Goreng tu sedap
  sangatttt! Yo, so kalau ke sana nanti kena makan Bihun Goreng tu ke? 😆
  Ok, lepas alas perut boleh lah explore Genting SkyWorlds Theme Park!
  Taman tema ni dibuka dari pukul 11 pagi sampai 6 petang. Walaupun dah
  bagitau dalam entri sebelumnya, in case ada yang tak baca lagi, ciksun ulang
  balik kat sini ya! Genting SkyWorlds Theme Park ni baru dibuka semula pada
  bulan Februari 2022 yang lepas. Outdoor theme park ni dibina di atas tanah
  seluas 26 ekar dan menampilkan 26 tunggangan serta tarikan yang sesuai untuk
  semua peringkat umur.
  Macam-macam attractions ada kat sini, kalau bawak anak-anak sure diorang suka!
  Kalau datang sini, wajib explore 9 dunia bertemakan filem kelas antarabangsa -
  Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda
    Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic
  dan Rio. Masa suami ke sana hari tu, lebih kurang 22 attractions dah
  dibuka untuk pengunjung.
  Sebelum masuk, install dulu SkyWorlds mobile apps bagi memudahkan
  penerokaan uols. Lengkap semua penerangan tentang rides yang ada dekat situ,
  termasuk level dan operating status. Sangat useful SkyWorlds apps ni untuk
  uols masuk queue any rides online, belek maps, check jarak antara
  satu-satu attractions, boleh check berapa panjang queue, dan check gambar
  kalau pihak Genting ada ambik gambar uols masa kat sana.
  Tiga rides yang paling suami suka waktu tu adalah
  Samba Glider (Rio), Epic Voyage to Moonhaven (Epic), dan Alpha Fighter Pilots (Andromeda Base). Suami ciksun ni suka ride yang thriller level dia medium - high gitu. Jadi
  tak heran lah kalo dia suka tiga benda ni, lagi-lagi Alpha Fighter Pilots tu.
  Kalau ciksun, agaknya turun je dari ride tu terus memaki hamun diri sendiri.
  Hahahahaha!
  Sepanjang kat dalam taman tema ni, tak perlu risau pasal makanan. Ada banyak
  restoran kat dalam, diorang lunch dekat Buck's Cafe @ Ice Age, restoran
  terbesar dekat Genting SkyWorlds Theme Park ni. Ada banyak pilihan makanan
  Western dan Asian kat sini, suami dan kawan dia makan Wantan dan Nasi Ayam.
  Ada kiosk aiskirm juga depan cafe, Crash and Eddie's Frozen Treats,
  sedap katanya.
  Early dinner sebelum balik pulak diorang makan dekat
  Santa Teressa Trolley Treats @ Rio. Kat sini ada macam-macam jenis
  kebab/soft-shell tacos, macam dalam gambar tu lah. Nampak sedap kan! Uols
  jangan risau tentang makanan, sebab restoran kat dalam ni semuanya No Pork, No
  Lard. Vegetarian choice pun ada.
  Lagi gambar-gambar masa kat sana, ciksun ada share dekat page FB Sunah Sakura.
  Boleh belek-belek kat sana tau!
  Nah ciksun share kan tips kalau uols nak bercuti di Genting SkyWorlds Theme
    Park:
- Install SkyWorlds mobile apps untuk aktiviti yang lancar.
 - Bawak poncho sebab ada aktiviti yang basah (atau boleh beli kat dalam Genting SkyWorld Theme Park).
 - Decide/plan aktiviti mana yang kita nak buat dulu untuk optimize masa kat dalam tu.
 - Stop di tempat-tempat photographer Genting untuk posing sebab gambar-gambar tu akan dikemaskini dalam apps SkyWorlds.
 - Pakai pakaian yang bersesuaian sebab nak naik macam-macam rides kat sini.
 - Bayaran kat dalam Genting SkyWorlds Theme Park adalah secara cashless.
 
      So guys, dah boleh la plan untuk cuti-cuti dengan family or kawan-kawan
      lepas raya nanti! Diorang punya soft-opening promo masih berjalan sampai
      30 Jun 2022 tau! Segala info lanjut tentang Genting SkyWorld Theme Park
      dan pembelian tiket secara online boleh dibuat terus di laman web
      diorang: https://www.gentingskyworlds.com/en.html
    
    Selamat bercuti uols!
  










8 Comments
okayyy jomm laa kitaa ke gentingg ehhkk .kihkihkih
ReplyDeletemenarik tempatnya
ReplyDeleteJom la pi genting....x sabar nak tunggu ni....menarik sanagt dua2 entry akak baca...kali ni pergi nak masuk outdoor theme park tu..and of course nak staycation kat First World Hotel tu...make sure stay kat higher floor....baru dapat view awan carpet kan
ReplyDeleteSeronoknya baca pengalaman bercuti ke sana. Nak pergi juga la... Dah try klik link tu, tapi tak boleh buka la. Ada cara lain tak?
ReplyDeleteboleh je saya klik..cuba lagi awak...
DeleteThe Bakery tu kat mana? Tak jumpa pun
ReplyDeleteDekat Lobby Level, Genting Grand Hotel
DeleteAssalamualaikum puan , kalau hanya temankan anak2 utk permainan outdoor tapi parents tak main, perlu bayar juga ?
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com