Ticker

6/recent/ticker-posts

Jom BBQ Dinner by The Pool @ Impiana Hotel Senai

Jom BBQ Dinner by The Pool @ Impiana Hotel Senai | Dah lama rasanya tak makan malam tema BBQ. Alangkah sedapnya kalo dapat menjamu selera dengan hidangan makanan laut bakar, daging panggang, ayam panggang, kambing grill, dan semuanya lah yang BBQ, sambil tengok matahari terbenam tepi swimming pool. Hah, kemain besar betul angan-angan tu! Tapi tak salah berangan-angan, orang kata dari angan-angan boleh jadi kenyataan.

Alhamdulillah, memang jadi kenyataan akhirnya bila Impiana Hotel Senai buat promosi BBQ Dinner by The Pool setiap hari Sabtu dekat sebelah The Pool, Level 2. Ciksun datang makan malam kat sini dengan kak Ajan hari tu, sebelum 6.30 petang kitorang dah tercongok tepi swimming pool. Hahaha! Bukannya get ready nak terjun dalam kolam tau, tapi nak tengok chef bakar-bakar menu BBQ tepi kolam. Hihi.

Jom BBQ Dinner by The Pool @ Impiana Hotel Senai

Fuhh, memang udang tu yang pertama sekali menarik perhatian ciksun. Besar betul saiznya, kalau ada rezeki uols, dapat lah udang yang ada telur. Ciksun amek udang besar kali kedua, ada telur kat kepalanya. Masya Allah. Udang tu dah la fresh, puas hati makan! Selain daripada udang, ada jugak kepingan daging kambing, daging lembu, kupang, chicken wings, sosej, dan ikan talapia bakar.

Jom BBQ Dinner by The Pool @ Impiana Hotel Senai

Jom BBQ Dinner by The Pool @ Impiana Hotel Senai

Jom BBQ Dinner by The Pool @ Impiana Hotel Senai

Jom BBQ Dinner by The Pool @ Impiana Hotel Senai

Jom BBQ Dinner by The Pool @ Impiana Hotel Senai

Jom BBQ Dinner by The Pool @ Impiana Hotel Senai

Jom BBQ Dinner by The Pool @ Impiana Hotel Senai

Jom BBQ Dinner by The Pool @ Impiana Hotel Senai

Menu-menu selain BBQ adalah Nasi Goreng, Aglio Olio, Jagung Susu, Sayur Campur, aneka Salad dan pembuka selera, Rojak Buah, Sup dan Roti, kuih-muih dan kek, serta Pengat Labu dan Sea Coconut with Longan. Alhamdulillah sedap-sedap semuanya! Uols boleh cuba semua menu ni kalau datang dinner hari Sabtu dekat sini nanti.



BBQ Buffet Dinner by The Pool @ Impiana Hotel Senai  
Setiap Sabtu | 6.30 - 10.00 pm
RM88 nett per Adult
RM40 nett per Child (6-12 tahun)

Untuk tempahan atau pertanyaan:
📞: +60 16-713 4590

Lagi best, sekarang ni diorang dah lancarkan Impiana Hotel Senai Rewards App. Aplikasi mudah alih ni membolehkan pengguna mengakses tawaran F&B terkini dan promosi bilik di hujung jari. Sebagai balasan, pengguna berdaftar berhak mendapat 1 mata untuk setiap RM1 yang dibelanjakan melalui aplikasi dan menikmati pelbagai ganjaran sepanjang penggunaannya.

Impiana Hotel Senai Rewards App

Uols boleh install dan guna app ni bermula dari 1 Jun 2022 untuk dapat FREE 500 points upon registration! 500 points ni diorang bagi FREE sempena ulangtahun ke-5 Impiana Hotel Senai sejak pembukaannya pada 10 Oktober 2017.

The hotel grants instant 500 points for every installation of the app until October 2022. All promotions are viewable on the newly launched app and foreseen to be one of the best-selling deals on the platform is the BBQ Buffet Dinner. 

Apa lagi keistimewaan Impiana Hotel Senai Rewards App ni?
  • Mata terkumpul boleh ditebus di semua F&B serta dalam bentuk penginapan bilik hotel.
  • Ganjaran diskaun F&B.
  • Makanan percuma pada bulan hari lahir.
  • Kadar bilik istimewa yang dikhususkan untuk pengguna aplikasi sahaja.

Dengan menggunakan aplikasi ni, uols boleh pilih mana-mana promosi yang uols nak, isi segala maklumat yang dikehendaki, sebelum membuat pembayaran melalui gerbang bayaran yang tersedia. Jadi lebih mudah kan? Harapnya begitulah bila dah install nanti.

Ciksun dah tak sabar ni, esok pepagi nak terus install! Haha!

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com