Makan Seafood di Gerai No. 12, Teluk Sengat, Kota Tinggi Johor

Makan Seafood di Gerai No. 12, Teluk Sengat, Kota Tinggi Johor

Makan Seafood di Gerai No. 12, Teluk Sengat, Kota Tinggi Johor | Cuti panjang hujung minggu Hari Wesak yang lepas, ciksun dengan housemates pergi Kota Tinggi. Ex-housemate ciksun ajak temankan dia ke Kota sebab dia ada program under MOSTI dekat Kampung Sungai Telor. Maka, kitorang pun sambil menyelam, sambil minum air lah. Trip kerja ke Kota Tinggi bertukar jadi trip jalan-jalan cari makan. Hihi.

Hari Jumaat, lepas Zohor kitorang gerak ke Kota. Check-in family suite dekat Kota Heritage Hotel. Rehat sekejap, then petangnya lepas Asar kitorang terus pergi Teluk Sengat sebab nak makan seafood di tepian pantai sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. Wehuuu! Beberapa tahun lepas, ciksun pernah jugak datang sini tapi makan dekat gerai No. 6. Kali ni kitorang cuba menu dekat gerai No. 12 pulak.

Menu-menu kat sini lebih kurang sama aje dengan gerai-gerai lain kat situ. Harga pun lebih kurang aje. Dan setelah beberapa tahun berlalu, harga menu masih sama, tak berubah! Alhamdulillah. Ciksun order Nasi Goreng Seafood, Ayen order Nasi Goreng Siakap, Ibah pulak order Mee Bandung Seafood. Memang Muo sangat dak Ibah ni, datang sini pun nak makan Mee Bandung. Haha!

Tak lama kitorang tunggu, sekejapppp aje menu yang ditempah dah sampaiii. Kemahen laju bebenor. Agaknya sebab tak ramai orang dan menu-menu tu da siap tinggal ceduk-ceduk aje. Selain tu, Ayen order jugak Udang + Sotong Celup Tepung. Otak-otak pun ada. Nah ciksun kongsikan gambar-gambar makanan kitorang.

Makan Seafood di Gerai No. 12, Teluk Sengat, Kota Tinggi Johor

Makan Seafood di Gerai No. 12, Teluk Sengat, Kota Tinggi Johor

Makan Seafood di Gerai No. 12, Teluk Sengat, Kota Tinggi Johor

Makan Seafood di Gerai No. 12, Teluk Sengat, Kota Tinggi Johor

Makan Seafood di Gerai No. 12, Teluk Sengat, Kota Tinggi Johor

Makan Seafood di Gerai No. 12, Teluk Sengat, Kota Tinggi Johor

Kemahen yeee, padahal masing-masing alergik seafood 🤣

Tak sedar diri betul. Ayen la yang paling kalah dengan seafood, boleh trigger athma kalau teruk sangat. Mujur juga dia beringat, order Nasi Goreng Siakap aje. Tapi dia rasa jugak la udang dengan sotong dua tiga ketul. Alhamdulillah semua ok lepas makan, tapi kitorang pergi farmasi jugak lepas tu beli antihistamine, as a backup in case jadi ape-ape.

Menu sedap-sedap, air pun masya Allah sedap. Kuah seafood tu sedikit pedas tapi ok lah puas hati sangat sebab seafood nya banyak dan fresh. Cuma celup tepung tu macam tak berapa tercelup, boleh lahhh. Haha. Lepas makan, kitorang pergi jeti kejap amek gambor matahari terbenam.

Makan Seafood di Gerai No. 12, Teluk Sengat, Kota Tinggi Johor

Makan Seafood di Gerai No. 12, Teluk Sengat, Kota Tinggi Johor

Makan Seafood di Gerai No. 12, Teluk Sengat, Kota Tinggi Johor

Indah sangat view kat sini. Kalau uols nak datang, boleh lahhhh bawak kawan-kawan and family nanti!

Medan Selera Teluk Sengat

Lokasi:
J222, Teluk Sengat, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu operasi:
Setiap hari
4 pm - 10 am
(Hari TUTUP ikut restoran)

Post a Comment

6 Comments

  1. Okey boleh masuk wishlist la kalau macam ni...dapnyaaaa

    ReplyDelete
  2. kalau datang sini memang inilah prt gerai kitorang...

    ReplyDelete
  3. Selamat menjamu selera
    Nampak sedanyer

    ReplyDelete
  4. lamanya tak sampai ke kota tinggi ni. best betul makan seafood di tepi pantai. terus lupa apa itu alergik. haha

    ReplyDelete
  5. Lawa naaa viewwww.. Subhanallah. Sekali jak baru berkesempatan ke ctok. Lain kalo boleh masuk list. Hehe

    ReplyDelete
  6. Lama tak makan kat Teluk Sengat ni, tak ingat dulu makan gerai no berapa tapi salah satunya gerai paling femes, hehehe.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com