Ticker

6/recent/ticker-posts

6 Simptom Kanser Serviks, Jumpa Pakar Sakit Puan Segera Jika Mengalaminya!

6 Simptom Kanser Serviks, Jumpa Pakar Sakit Puan Segera Jika Mengalaminya! | Kanser serviks atau kanser pangkal rahim, merupakan antara kanser yang paling ditakuti oleh golongan wanita. Pembunuh senyap yang kadang-kadang tiada simptom, atau hanya disedari pada saat-saat akhir. Bila dah tahap akhir, takde ape sangat yang doktor boleh buat. Sebab tu kanser serviks ni adalah pembunuh ketiga tertinggi selepas kanser payudara dan kanser kolorektal (usus).

Lebih baik kalau kita kesan tanda-tanda kanser serviks ni dari awal, walau sekecil-kecil simptom yang nampak biasa pada mata kita.

6 Simptom Kanser Serviks, Jumpa Pakar Sakit Puan Segera Jika Mengalaminya!

Menurut American Cancer Society, hampir 13,000 kes kanser serviks telah didiagnosis, dan 4,200 orang wanita meninggal dunia akibat kanser yang sama. Selalunya, kanser ni menyerang wanita yang berumur 35 tahun ke atas.

Wanita yang merokok, mempunyai pasangan seks yang berbeza, pernah mengalami STI (sexually transmitted disease), memiliki beberapa orang anak, menghidap HIV atau pernah melalui pemindahan organ adalah antara golongan yang berisiko untuk menghidap kanser serviks.

Oleh itu, penting untuk para wanita melakukan ujian saringan bagi kanser serviks supaya kanser boleh dikesan pada peringkat yang lebih awal. Kalau korang ada mengalami gejala serviks kat bawah dalam jangka masa yang berpanjangan, korang perlu berjumpa doktor dalam kadar yang segera.

6 Simptom Kanser Serviks, Jumpa Pakar Sakit Puan Segera Jika Mengalaminya!

1. Pendarahan
Salah satu gejala serviks atau tanda kanser serviks ialah pendarahan pada bahagian vagina. Sebarang pendarahan yang berlaku di luar kitaran normal, boleh dikira sebagai pendarahan yang abnormal. Pendarahan ni boleh berlaku dengan cara berikut:

Pendarahan vagina yang abnormal
Salah satu tanda kanser serviks ialah pendarahan yang tidak normal pada kawasan vagina, lebih-lebih lagi pendarahan yang berlaku di antara dua haid. Pendarahan sebegini selalunya berlaku setelah kanser tersebut merebak ke kawasan tisu yang berdekatan.

Ramai yang anggap pendarahan pada bahagian vagina merupakan satu keadaan yang normal dan tidak perlu dibimbangi. Namun, korang perlu tahu bahawa pendarahan vagina bukanlah sesuatu yang normal dan perlu diperiksa oleh doktor secepat mungkin.

Antara contoh pendarahan vagina yang tak normal adalah:
  • Pendarahan yang berlaku di antara haid
  • Haid yang lebih panjang
  • Pendarahan yang lebih teruk daripada biasa ketika haid
  • Pendarahan selepas melakukan ujian pelvis
  • Pendarahan yang berlaku sehingga pesakit rasa pening kepala atau penat

Pendarahan yang berlaku sekali sekala mungkin tak mempunyai apa-apa kesan terhadap kesihatan korang. Namun, kalau korang mengalami pendarahan selama 3 bulan berturut-turut, korang mungkin menghadapi masalah kesihatan yang mengakibatkan pendarahan tersebut.

Pendarahan selepas melakukan hubungan seks? Ini juga mungkin gejala serviks
Ada banyak perkara yang boleh menyebabkan wanita mengalami pendarahan selepas melakukan hubungan seksual. Antaranya ialah:
  • Jangkitan seperti chlamydia ataupun penyakit inflamasi pelvis (pelvic inflammatory disease)
  • Vagina kering
  • Luka pada kawasan vagina yang disebabkan oleh kelahiran, kekeringan ataupun geseran ketika melakukan hubungan seks
  • Polips (ketumbuhan kecil) pada bahagian rahim wanita. Polips ini boleh bersifat kanser ataupun bukan kanser. Doktor juga boleh membuang ketumbuhan yang sebesar 1 – 2 sentimeter ini jika ia bukan kanser.
  • Inflamasi pada bahagian permukaan serviks.

Wanita yang mengalami simptom ni juga mungkin akan rasa sakit ketika melakukan hubungan seks disebabkan tumor yang membesar pada kawasan rahim.

Hampir 11% daripada wanita yang menghidap kanser serviks mengalami pendarahan selepas melakukan hubungan seksual. Simptom ni jugak merupakan salah satu simptom awal kanser serviks.

6 Simptom Kanser Serviks, Jumpa Pakar Sakit Puan Segera Jika Mengalaminya!

Kalau korang disyaki menghidap kanser, doktor akan mencadangkan supaya korang melakukan pap test. Ujian pap smear ni boleh mengenal pasti sama ada korang menghidap kanser serviks ataupun tak.

Pendarahan yang luar biasa ketika haid
Jangan sesekali abaikan kalau korang mengalami pendarahan yang luar biasa ketika haid. Cepat-cepat berjumpa doktor kalau korang:
  • Mengalami pendarahan yang teruk hingga terpaksa menukar tuala wanita sekurang-kurangnya sejam sekali.
  • Mengalami pendarahan di antara haid.
  • Mengalami pendarahan walaupun telah mencapai menopaus.

Kalau korang memang selalu mengalami pendarahan yang banyak ketika haid, masalah ni mungkin tak akan merisaukan korang. Tapi, kalau korang biasanya hanya datang haid selama 4 hingga 5 hari, then secara tiba-tiba mengalami haid selama 9 hingga 10 hari, korang kena berjumpa doktor secepat mungkin untuk sesi konsultasi.

6 Simptom Kanser Serviks, Jumpa Pakar Sakit Puan Segera Jika Mengalaminya!

2. Gejala serviks – Sakit pada bahagian pelvis
Pelvis ialah bahagian bawah badan. Bahagian ni terletak di antara perut dan juga kaki. Rasa sakit ni dapat dirasai pada bahagian perut dan jugak belakang badan. Sakit pelvis merupakan salah satu gejala serviks yang lazim. Selain tu, ia juga mungkin menandakan korang mengalami masalah pencernaan, masalah reproduktif atau sukar untuk membuang air kecil.

Pesakit kanser serviks mungkin mengalami rasa sakit yang berpanjangan pada bahagian pelvis. Kadang kala, sakit boleh dirasai hingga ke bahagian apendiks. Pesakit yang rasa sakit pada bahagian apendiks selalunya mengalami kanser yang sudah merebak ke bahagian badan yang lain.

Pesakit juga berkemungkinan besar untuk alami simptom lain sebelum diorang mula rasa sakit pada bahagian pelvis. Sakit ni selalunya digambarkan sebagai sakit yang menusuk dan berpanjangan.

3. Masalah keputihan
Wanita yang menghidap kanser serviks akan mengalami masalah keputihan yang abnormal. Cecair yang keluar melalui vagina mungkin berwarna pucat, coklat atau berdarah. Cecair tersebut jugak selalunya lebih cair daripada biasa.

Pastikan korang terus berjumpa doktor kalau:
  • Mengalami keputihan yang berwarna atau berbau pelik
  • Keputihan lebih banyak daripada biasa
  • Rasa gatal atau sakit pada kawasan vagina
  • Sakit ketika membuang air kecil

Jangkitan pada bahagian alat sulit jugak boleh menyebabkan perubahan pada warna, bau dan rasa keputihan yang korang alami. Sebagai wanita, keputihan adalah sesuatu yang normal. Cecair ni mengekalkan kebersihan dan kelembapan vagina.

6 Simptom Kanser Serviks, Jumpa Pakar Sakit Puan Segera Jika Mengalaminya!

4. Sakit belakang, antara gejala serviks
Pesakit kanser serviks juga mungkin mengalami simptom sakit belakang yang terasa sampai ke kaki. Sakit ni mungkin diakibatkan oleh tumor yang menekan bahagian kelenjar limfa ataupun saraf pesakit.

Walau bagaimanapun, sakit belakang merupakan sesuatu yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jarang sakit belakang menandakan korang menghidap kanser. Namun, selalunya pesakit yang menghidap kanser akan mengalami kombinasi simptom ni bersama simptom yang lain.

Sakit belakang, terutama sekali sakit pada bahagian bawah badan jugak merupakan tanda kanser kolorektal dan kanser tulang belakang.

5. Gejala serviks sakit – Kaki bengkak
Apabila kanser telah merebak ke bahagian nodus limfa, pesakit mungkin akan mengalami bengkak pada bahagian kaki akibat daripada pengumpulan cecair. Keadaan ni turut dikenali sebagai lymphoedema.

Lymphoedema perlu dirawat dengan kadar yang segera. Kalau tak, ia akan jadi semakin teruk dan sukar untuk dirawat. Kadang kala, kaki pesakit jugak boleh bengkak selepas melalui rawatan kanser. Sebagai contoh, kemoterapi boleh mengakibatkan cecair berkumpul pada bahagian kaki pesakit.

6. Sakit ketika buang air kecil dan besar
Simptom ni berlaku disebabkan oleh tumor pada kawasan buah pinggang, pundi kencing atau usus besar yang bertindak menekan atau menghalang saluran kencing dan tahi atau kedua-duanya.

Simptom ni jugak merupakan gejala yang biasa dialami oleh pesakit yang telah sembuh daripada kanser serviks. Sebahagian daripada bekas pesakit akan mengalami masalah untuk membuang air kecil yang berlarutan setelah menerima rawatan.

Kesimpulan
Seperti kebanyakan kanser, kanser serviks jarang menunjukkan sebarang simptom atau tanda sehingga ia sudah merebak ke bahagian badan yang lain. Namun, antara simptom dan gejala serviks yang paling lazim berlaku ialah:
  • Pendarahan vagina yang abnormal
  • Keputihan yang luar biasa
  • Sakit ketika melakukan hubungan seksual
  • Sakit di bahagian pelvis

Kalau korang mengalami semua gejala kat atas dalam satu jangka masa yang agak lama, jangan bertangguh lagi untuk berjumpa doktor. Walaupun ia mungkin bukan tanda kanser serviks, tapi gejala ni mungkin berpunca daripada penyakit lain.

Jangan sesekali abaikan simptom kat atas mahupun gejala serviks yang korang alami. Tindakan menunda-nunda pemeriksaan hanya akan membuatkan penyakit korang jadi makin teruk dan sukar untuk dirawat.

Macam tu jugak la pesanan dari Pakar Sakit Puan, Dr. Sharifah Halimah Jaafar, masa ciksun berkunjung ke klinik beliau di Gleneagles Hospital, Medini, Nusajaya tempohari. Dr. Sha merupakan seorang Obstetrician & Gynaecologist yang telah berkecimpung lebih 25 tahun dalam bidangnya. Kini beliau berkhidmat di Dr. Sharifah Clinic for Women & Laparoscopic Surgery, banyak membantu menyelesaikan kes-kes melibatkan bahagian organ reproduktif wanita dengan menggunakan kaedah laparoskopik.

6 Simptom Kanser Serviks, Jumpa Pakar Sakit Puan Segera Jika Mengalaminya!

Mungkin ada juga yang belum tahu tentang kaedah laparoskopik ni, iaitu kaedah pembedahan dengan menebuk 3 - 4 lubang kecil pada bahagian abdomen tanpa perlu membuat pembedahan buka abdomen. Alat khas digunakan untuk membuat pembedahan laparoskopik ni, dan kepakaran yang sangat tinggi diperlukan untuk melakukan pembedahan dengan lancar.

Antara kelebihan pembedahan laparoskopik berbanding laparotomi adalah:
  • Penginapan hospital yang lebih singkat.
  • Kurang parut dalaman.
  • Parut luaran yang lebih kecil.
  • Parut lebih cepat sembuh.
  • Kurang sakit.
  • Kembali ke aktiviti harian lebih cepat.

6 Simptom Kanser Serviks, Jumpa Pakar Sakit Puan Segera Jika Mengalaminya!

Kalau korang nak jumpa Dr. Sha untuk buat rawatan atau sekadar periksa kesihatan wanita, boleh buat appointment ke klinik beliau kat Gleneagles Hospital, Medini nun. Antara rawatan dan perkhidmatan yang disediakan:
✅ Gynae Health
✅ All Endometriosis Spectrum 
✅ Infertility Mx & IVF
✅ Advanced Minimally Invasive Surgery 

Nak buat appointment boleh terus ke website: http://2015.drsharifah.com.my/


Jom cegah sebelum parah!

Post a Comment

6 Comments

  1. Bagus sangat nih post, makasih dah sharing..

    ReplyDelete
  2. Tahnk you sharingg...Awareness bagus dikalangan para wanitaa.

    ReplyDelete
  3. Menarik info ni....thanks sharing Cik Sun...

    ReplyDelete
  4. Aku nak set appoinment gan Doktor Sha ni..

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing. orang perempuan kena tau ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com