Penang Trip 2022 - Beli Souvenirs di Penang Chew Jetty, Georgetown

Penang Trip 2022 - Beli Souvenirs di Penang Chew Jetty, Georgetown

Penang Trip 2022 - Beli Souvenirs di Penang Chew Jetty, Georgetown | Kalau ke Georgetown, mungkin tak ramai yang tahu kewujudan tempat ni. Sebab majoriti pengunjung ke sini adalah berbangsa Cina. Dari jalan besar pun, pintu gerbang dia nampak macam tokong Cina. Sebenarnya Penang Chew Jetty ni adalah salah satu daripada tarikan pelancongan dekat Georgetown yang korang boleh pergi cari souvenirs.

Ciksun tahu kewujudan tempat ni sebab pernah datang lebih 5 tahun lepas dengan suami dan kawan dia. Then hari tu masa ke Penang, ciksun ajak la housemates ciksun jejak kaki ke sana. Dari Astaka Taman Tun Sardon, kitorang ke Georgetown balik. Kat sini agak susah nak cari parking yang free tepi-tepi jalan. Takut juga kalo kereta kena tarik or tayar kena kunci. Jadi, kitorang hari tu cari aje parking berbayar yang berdekatan. Then menapak sikit aje nak ke jeti.

Nah ciksun share gambar-gambar area jeti.

Penang Trip 2022 - Beli Souvenirs di Penang Chew Jetty, Georgetown

Penang Trip 2022 - Beli Souvenirs di Penang Chew Jetty, Georgetown

Penang Trip 2022 - Beli Souvenirs di Penang Chew Jetty, Georgetown

Penang Trip 2022 - Beli Souvenirs di Penang Chew Jetty, Georgetown

Penang Trip 2022 - Beli Souvenirs di Penang Chew Jetty, Georgetown

Penang Trip 2022 - Beli Souvenirs di Penang Chew Jetty, Georgetown

Penang Trip 2022 - Beli Souvenirs di Penang Chew Jetty, Georgetown

Memang banyak kedai-kedai cenderahati kat sini, sepanjang jalan masuk sampai ke kawasan jeti sebelum tokong Cina tu. Harga je yang berbeza-beza, kena pandai pilih ya. Harga kat sini jugak macam murah sikit dari tempat lain yang kitorang pergi. Ciksun beli sling bag dengan fridge magnet je. Dak Ibah dengan Nada pulak beli tote bag dan beg kecik.

Pemandangan kat hujung jeti tu biasa-biasa je, nampak kapal-kapal kat horizon dan ada beberapa bot ditambat kat jeti. Ramai pengunjung tokong juga kat hujung jeti tu sebab kat situ la letaknya tokong Cina yang popular tu. Ada kedai makan dan kedai aiskrim jugak, tapi ciksun tak pasti kehalalan dia, kitorang pun tak singgah.

Ok, tu je nak share kali ni. Bye!

Post a Comment

2 Comments

  1. Hari tak dan ke sini hehe.. Jem sangat!

    ReplyDelete
  2. saya tak pernah sampai tempat ni. maybe 10 tahun dulu tempat ni tak femes kot. gambo last tu cantik

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com