Penang Trip 2022 - Sarapan Pagi di Astaka Taman Tun Sardon

Penang Trip 2022 - Sarapan Pagi di Astaka Taman Tun Sardon

Penang Trip 2022 - Sarapan Pagi di Astaka Taman Tun Sardon | Dah seminggu menyepi, hari ni kembali update blog. Ciksun sibuk dengan tempahan kek lapis sarawak sempena raya haji yang akan datang. Dalam awal bulan Jun hari tu ciksun buka tempahan dekat Whatsapp status, Facebook status ciksun dan IG story @selerasakura. Dalam berapa hari juga ciksun buka, then ciksun closed order dan habiskan yang balance je bila ada customer yang terlepas nak order. Alhamdulillah, terima kasih semua yang order.

Disebabkan ada lagi cerita Penang yang belum habis, nak juga kongsikan kat blog ni. Buat kenangan masa hadapan kan. Nak up semua gambar dekat Facebook dan set to Only Me, tak rajin ciksun. Housemates pun suka amek gambar banyak-banyak, then suruh ciksun upload kat Facebook, lepas tu suruh tag diorang. Eh, tak kuasa ciksun. Hahaha! Maafkan hakak korang ni ye, dah tak rajin nak share macam dulu-dulu. Cukuplah semua itu 😂

So, ape-ape gambar sekeping dua je ciksun share dalam blog ni untuk tatapan kemudian hari. Boleh buat imbau memori atau rujukan orang lain yang nak pergi tempat sama macam ciksun. Astaka Taman Tun Sardon ni ciksun pernah pergi masa adik bongsu ciksun study kat USM dulu. Dia lah yang perkenalkan astaka ni kat ciksun. Jadi, kali ni ciksun bawak housemates ciksun pulak sarapan pagi kat sini. Nak ke sini memang kena awal pagi. Sebabnya, orang ramai makan kat sini kalau weekend.

Penang Trip 2022 - Sarapan Pagi di Astaka Taman Tun Sardon

Penang Trip 2022 - Sarapan Pagi di Astaka Taman Tun Sardon

Benda paling menarik semua orang datang makan kat sini adalah kuih tradisional Penang - Serabai. First time cuba dulu, tak berapa nak gemar ciksun. Rasa tawar aje kuihnya. Tak reti sungguh nak menikmati dia. Kali ni, ciksun cuba lagi. Tak puas hati kenapa baris panjang sangat semata-mata nak beli kuih Serabai ni. Hahaha!

Penang Trip 2022 - Sarapan Pagi di Astaka Taman Tun Sardon

Kat gerai Serabai Istimewa Taman Tun Sardon ni ada dua jenis Serabai, yang kosong (RM0.80) dengan yang telur (RM1.00). Dan ada juga Apom Bakar pada harga RM0.80 sekeping. Tapi Serabai Telur hanya ada pada hujung minggu sahaja buat masa ni. Kebetulan pula ciksun pergi tu hari Ahad, dapat la merasa dedua jenis. Hari tu ciksun beli mix plate, ada 1 Apom Bakar, 3 Serabai kosong, 1 Serabai Telur.

Penang Trip 2022 - Sarapan Pagi di Astaka Taman Tun Sardon

Sedap rupanya kuih Serabai ni, lagi-lagi kalau cicah dengan kaya yang disertakan bersama. Kalau makan tanpa kaya, rasa masin-masin je. Korang wajib cuba tau kalau makan kat Astaka Taman Tun Sardon ni nanti. Selain kuih Serabai, kat sini juga popular dengan Peknga, Nasi Lemuni dan Nasi Lemak.

Penang Trip 2022 - Sarapan Pagi di Astaka Taman Tun Sardon

Penang Trip 2022 - Sarapan Pagi di Astaka Taman Tun Sardon

Penang Trip 2022 - Sarapan Pagi di Astaka Taman Tun Sardon

Penang Trip 2022 - Sarapan Pagi di Astaka Taman Tun Sardon

Tapi kitorang tak beli pun, Ibah beli Nasi Lemak aje dari Gerai No. 25, Nada pulak pergi gerai kecik depan astaka, ada orang jual nasi bungkus. Tak ingat pulak ciksun nasi apa, tapi macam nasi kandar pun ada juga. Sedap juga kuah karinya, ok la boleh tahan.

Penang Trip 2022 - Sarapan Pagi di Astaka Taman Tun Sardon

Tengah-tengah selfie sebelum makan, tiberr abang ni datang photobomb. Terkejut kitorang, hahaha! Dia tuang sesudu Sambal Bilis Goreng dalam pinggan setiap orang. Ooo, ni teknik marketing terbaru ye. Bagi orang rasa dulu sambalnya, kalau sedap pasti akan panggil dan beli.

Sambal Bilis Kering Papa Homemade

Macam kitorang lah. Dua balang kitorang borong bawak balik Skudai. Haha! Memang sedap pun! Kalau korang nak order, boleh lah contact number tu, dia cakap nak cari agent Skudai jugak!

Post a Comment

4 Comments

  1. Aku ikuykan tak rajin gak, tapi certain je share kt FB personal tu, lain-lain semua dalam album only me sebab nak clearkan gambo dalam phone, semakkkkk hahahahaha

    ReplyDelete
  2. sedapnya nasi penuh kuah kari tu... dah la lapar ni

    ReplyDelete
  3. Jauh perjalanan ke Penang tu. Belum pernah lagi makan kuih serabai. jenis kuih tepung rasa tawar memang sedap dicicahkan dengan sambal. Pandai kedai tu buat marketing kan. Kalau sedap memang orang beli sebotol dua.

    ReplyDelete
  4. rindunya nak makan sini. Saya suka Serabai kat sini. Capati pun sedap gak

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com