Ticker

6/recent/ticker-posts

Tengok Kawan Berlakon Dalam Filem Mat Kilau

Tengok Kawan Berlakon Dalam Filem Mat Kilau | Hahaha! Orang lain teruja nak tengok Mat Kilau sebab viral kat media sosial filem tu best sampai ada yang bagi rating 100/10. Berbeza dengan ciksun, sebab nak tengok kawan berlakon dalam filem tu jadi cameo orang kampung. Dari sebelum tayangan rasmi lagi dia dah bagi teaser kat Facebook. Sejenis yang kelakar orangnya, kalau dia update status Facebook nanti macam-macam la ayat dia. Dari pasal poster yang muka dia kena tutup dengan sabit, sampai lah part kawan-kawan komen "walau muka ko tak jelas, tengok bentuk badan pun aku dah tau tu ko."

Tengok Kawan Berlakon Dalam Filem Mat Kilau

Akhirnya, ciksun tengok jugak dengan housemates ciksun dalam dua minggu lepas. Pergi MBO dekat U-Mall Skudai aje, alhamdulillah diorang dah beroperasi semula dalam beberapa bulan yang lepas. Time kitorang pergi tu agak ramai juga manusia. Mujur juga ciksun dah booked tiket awal-awal online. Masa ciksun beli tu serius kosong je lagi hall, tak sangka malam tayangan tu penuh! Penonton pulak dari pelbagai usia, kanak-kanak dengan orang tua pun ada. Macam tu la penangan viral filem Mat Kilau ni.

Permulaan cerita, ciksun dah menitiskan air mata scene Ellie Suriaty tu. Heyy macam mana nak teruskan sampai habis ni? Haha! Kena jugak tengok sampai habis sebab belum nampak lagi member ciksun. Wakakakaka! Gigih ye seketul ciksun menelek semua muka orang kampung sepanjang filem ni. Sampai sakit mata duk perati muka semua orang kat skrin besar. Ahahaha! Cari, cari jugak, isi filem tetap tak dilupa. Serius bangga sangat dengan kemajuan teknologi penggambaran filem kat negara kita sekarang.

Dulu selalu sebut, bila lah filem aksi negara kita ni nak sama macam filem omputih? Bila lah kita nak guna CGI yang power macam filem aksi negara luar? Dulu-dulu susah nak menjadi efek-efek dalam filem tempatan. Rasa macam tengok cite budak-budak. Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni, kita dah boleh berbangga dengan hasil produksi filem negara kita. Moga lebih banyak lagi filem yang berkualiti macam Mat Kilau ni pada masa hadapan.

Tengok Kawan Berlakon Dalam Filem Mat Kilau

Ciksun suka bila pengarah masukkan watak empat beradik yang berbeza sifat, Kilau, Wahid, Awang dan Brahim. Kilau seorang yang paling tenang dan tegas, Awang bersifat terburu-buru dan mudah panas, Wahid watak pendamai antara beradik dan lemah-lembut dalam bertutur kata, sementara Brahim adik paling bongsu seorang yang mengikut sahaja apa yang abang-abangnya buat. Walau berbeza sifat dan perangai, semuanya tetap taat setia pada Allah, Rasul, raja dan negara. Solat tak tinggal walau tengah berperang, malah berkorban jiwa raga mempertahankan tanah air. Watak Yassin pun tak kurang kelakarnya hebatnya, dia digambarkan sebagai seorang yang cemerkap dan hati tisu. Asyik nangis je alololo 😂

Tengok Kawan Berlakon Dalam Filem Mat Kilau

Part berlawan tu memang macam orang semua cakap lah, cameraman laju-laju nak pergi mana? 😂 But, it's ok, mungkin boleh diperbaiki lagi pada masa hadapan kan. Dan akhirnya scene yang dinanti-nanti pun tiba. Rupanya memang kena tengok sampai habis sebab member ciksun keluar dekat babak akhir. Scene orang-orang kampung yang datang tolong Mat Kilau berlawan dengan askar British. Ciksun perati aje dia gah berdiri kat hujung.

Then dah habis movie, ciksun whatsapp dia.

"Nasib baik ko tak mati kena tembak British."

🤣🤣🤣

Then, dia balas bagi gambar kat bawah.

Tengok Kawan Berlakon Dalam Filem Mat Kilau

"Sebab dah kawtim makan sama-sama dengan askar Bengali."

Hahaha! Sabor je lerrr!

Tengok Kawan Berlakon Dalam Filem Mat Kilau

Tengok Kawan Berlakon Dalam Filem Mat Kilau

Ni dia bagi gambar kat ciksun sebab ciksun tak jumpa gambar kat google (rakyat Malaysia semua baik-baik). Member ciksun yang baju merah gelap dengan kain pelikat diselimpang kat badan. Kalau perasan kat hujung filem, akan nampak dia masa scene laungan Allahuakbar tu.

Tahniah sahabat! Lepas ni berlakon lah lagi! Nanti aku support tengok 😂

Tahniah juga kepada team produksi, dah berjaya mengaut lebih 80 juta kutipan! Woha!

Post a Comment

9 Comments

  1. Jujurnya aku pi tengok MK ni tak amik kisah cite asal MK, aku just tonton penceritaan apa yang nak di sampaikan jer, ternyata rasuk dalam jiwa aku.. kalau tgk sbb nak bandingkan asal usul MK, tu yang lps org tgk, semua tau nak kondem..

    ReplyDelete
  2. Bestttt dapat berlakon walau jadi cameo org kampung jak. Haha rezekinya Alhamdulillah.. Mek lom tangga. kbai

    ReplyDelete
  3. ada sorang lawyer lama office ammi pun skrg sibuk berlakon jadi extra...

    ReplyDelete
  4. Teruja nak tengok kawan berlakon dan filem yg epik.

    ReplyDelete
  5. dulu KRU ada gak buat movie guna CGI tapi tak tahu kenapa stop. Mungkin kena spend banyak kot. Kelakar la kawan akak ni, memang tak kering gusi kalau menyembang ek

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, tahniah untuk kawan Ciksun.

    ReplyDelete
  7. bagus ciksun support kawan haha

    ReplyDelete
  8. wak dh tgk sekali mat kilau tuari., tapi x tau yg dorg tu watak adik beradik.,. hehehe tq ciksun

    ReplyDelete
  9. Seronok la dia berlakun erk...tahniah ...SA x tengok lagi MK....

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com