Ticker

6/recent/ticker-posts

One Stop Printing Hub Johor Bahru - Al Fateh Printing and Trading

One Stop Printing Hub Johor Bahru - Al Fateh Printing and Trading | Biasanya kalau takde printer kat rumah, and nak print dokumen biasa, ciksun pergi kedai printing kat Taman Universiti, Skudai. Ada banyak kedai printing kat Taman U tu. Tapi kalau nak print something yang lain dari biasa, ada beberapa kedai je yang buat. Salah satu daripadanya adalah Al Fateh Printing and Trading.

Kedai Percetakan Johor Bahru - Al Fateh Printing and Trading

Al Fateh ni lebih kepada percetakan benda-benda istimewa, contohnya cetak buku, buat banner bunting, print sticker label, buat signboard, namecard, flyers, cenderahati, malah cetak baju sublimation pun ada. Ciksun dah lama jugak kenal nama Al Fateh ni. Dah pernah print business card ciksun kat sini, cetak banner aktiviti JDT Blogger, cetak namecard media ahli JDT Blogger, and beli baju sublimation couple yang dah siap ready stock untuk ciksun dan suami.

Kedai Percetakan Johor Bahru - Al Fateh Printing and Trading

One Stop Printing Hub Johor Bahru - Al Fateh Printing and Trading

One Stop Printing Hub Johor Bahru - Al Fateh Printing and Trading

One Stop Printing Hub Johor Bahru - Al Fateh Printing and Trading

Pendek kata, semua benda boleh buat kat sini. Psst, company ciksun kerja part time pun banyak ye guna perkhidmatan Al Fateh ni. Dari wallpaper dinding, signboard sticker untuk main glass door, malah signboard untuk projek-projek pun banyak kitorang tempah dengan Al Fateh. Kiranya diorang ni memang dah jadi my boss trusted business lah kan. Alhamdulillah.

Kedai Percetakan Johor Bahru - Al Fateh Printing and Trading

Selain dekat Taman Universiti, diorang ada jugak cawangan dekat Bandar Baru Uda. Then, sub kepada Al Fateh khas untuk percetakan baju sublimation adalah JRig Gear Sublimation & Apparel Printing dekat Taman Impian Emas, Skudai. Korang boleh tempah baju jersi dekat sini, ada pelbagai kualiti dan design. Kalau nak tahu, suami ciksun memang suka sangat dengan jersi diorang. Selesa dan trendy katanya.

Kedai Percetakan Johor Bahru - Al Fateh Printing and Trading

Kalau bab design, korang tak perlu risau. Takde idea dan tak reti design bukan menjadi masalah untuk menempah dengan diorang. Sebabnya, diorang ada perkhidmatan untuk buat design sekali. Korang bagitahu aje nak macam mana atau buat draft kasar, nanti diorang akan improvise sampai kita betul-betul puas hati, baru lah diorang proceed untuk percetakan.

Bagi ciksun, selama berurusan dengan diorang memang mudah aje. Sabar melayan kerenah dan permintaan kita walau kena beberapa kali ubah. Tapi diorang pun tak lokek nak kongsi pandangan, mana yang terbaik untuk produk kita supaya nampak lebih sedap mata memandang, tengok pada kesesuaian situasi dan keperluan.

So, korang yang duduk area Skudai dan Johor Bahru, boleh masukkan Al Fateh Printing and Trading ni dalam list kedai percetakan korang lepas ni. Apa-apa hal, terus contact aje diorang untuk buat tempahan percetakan.

Kedai Percetakan Johor Bahru - Al Fateh Printing and Trading

Al Fateh Printing and Trading

9 Jalan Pendidikan 8/2, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

41-GF, Jalan Padi Emas 1/8, Bandar Baru Uda, Trigon Uda Business Centre, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat 9 am – 10 pm
Sabtu – Ahad 9 am – 7 pm

Email: alfatehorder@gmail.com
Whatsapp: http://senang.la/nak/alfatehprintingharga

Post a Comment

3 Comments

  1. Aku nak buat kad nama barulah, nanti nak contact Al-Fateh ni.. bosan pulak kad nama lama tu hahahaha

    ReplyDelete
  2. Bagus ada servis macam ni. Semua boleh. Yang penting, mudah dan harganya pun berbaloi

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com