Pokok Halau Nyamuk Yang Sesuai Ditanam di Rumah

Pokok Halau Nyamuk Yang Sesuai Ditanam di Rumah

Selalu Kena Gigit Nyamuk? Ini 7 Pokok Halau Nyamuk Anda MESTI Tanam Di Rumah! | Siapa je yang suka kena gigit nyamuk? Ciksun sendiri tak suka, nanti asyik menggaru tak henti-henti. Kadang-kadang sampai luka menggaru. Bunyi nyamuk kat telinga pun ciksun tak suka. Apatah lagi time nak tido. Tak boleh tak, mesti nak cari cara untuk halau nyamuk ni daripada mengigit. Salah satunya adalah dengan cara menyembur racun serangga khas untuk nyamuk. Tapi, nak sembur pun kena ikut caranya. Hanya sembur bila ada nyamuk. Kalau kita sembur awal sebelum nyamuk datang, kononnya nak cegah lah, pergi sembur sebelum senja, nanti nyamuknya akan jadi kebal tau. Sembur hanya bila betul-betul ada nyamuk, baru la diorang mabuk, mati dan serik nak datang lagi. Haa, ni tips dari saintis nyamuk, Nurul Nastasea a.k.a Kakak a.k.a anak Sis Lin. Haha!

Tapiii, ada tak cara untuk halau nyamuk secara semulajadi? Haaa, Hello Doktor ada bagi tips untuk korang cuba kaedah semula jadi dengan menanam pokok halau nyamuk.

Ada ke pokok halau nyamuk?

Nyamuk seperti makhluk lain, akan tertarik kepada persekitaran dengan perkara yang diperlukan untuk hidup – ini termasuklah tumbuhan tertentu.

Mungkin sukar untuk dipercayai, tapi hakikatnya nyamuk tidak hidup dengan darah yang dihisapnya – hanya betina yang menggigit dan menjadikan ia makanan untuk telurnya.

Pokok Halau Nyamuk Yang Sesuai Ditanam di Rumah

Apabila dewasa, nyamuk memakan nektar tumbuhan tertentu seperti keladi, papirus, teratai dan keladi bunting. Jadi mengeluarkan tumbuhan-tumbuhan ini daripada halaman korang pastinya dapat membantu mengurangkan nyamuk di rumah. Alamak, ciksun kena kurangkan pokok keladi kat rumah ni ke? Hahaha!

Kalau tu tumbuhan yang disukai nyamuk, ada ke pokok yang boleh menghalau nyamuk? Jawapannya ya, selain semburan ubat nyamuk, ada beberapa tumbuhan yang boleh jadi penghalau nyamuk.

Umumnya, nyamuk ‘mencari’ mangsa – manusia dan haiwan lain – dengan merasakan haba dan pergerakan tubuh. Ada juga dengan cara ‘menghidu’ karbon dioksida yang dikeluarkan daripada liang-liang pori badan.

Terdapat sesetengah tumbuhan yang mempunyai bauan yang kuat sehingga boleh menutup bau korang dan/atau mengelirukan nyamuk.

Untuk korang yang nak jalan penyelesaian secara semula jadi, tak nak guna spray dan takde alahan, sure tumbuhan penghalau nyamuk ni jawapan terbaik untuk korang!

Berikut beberapa jenis pokok halau nyamuk outdoor dan indoor yang boleh dijadikan pilihan:

Serai wangi

Citronella atau dalam istilah saintifiknya Cymbopogon nardus adalah bahan popular untuk menghalau nyamuk semula jadi. Menariknya, serai ini juga boleh ditanam di halaman rumah korang.

Berdasarkan penyelidikan, produk topikal yang dihasilkan daripada tumbuhan ni dapat bertahan sebagai pelindung nyamuk untuk tempoh sekitar 2 jam – ni kerana minyak akan menyejat dengan cepat.

Jadi menanam serai wangi di kawasan rumah korang adalah penyelesaian terbaik bagi menjauhkan serangga menggigit ni daripada diri dan keluarga.

Kalau korang nak menanam tumbuhan ni, pastikan korang tanam di kawasan yang sewajarnya. Ni kerana serai wangi boleh membesar sehingga 6 kaki tinggi dan 6 kaki lebar, tapi jangan tersalah serai pulak! Serai yang biasa digunakan dalam masakan tu berbeza dengan serai wangi, tau!

Nama botani serai masakan tu adalah Cymbopogon citratus atau lemongrass – boleh juga digunakan untuk menghalau nyamuk, namun tak sehebat serai wangi.

Pudina

Pokok Halau Nyamuk Yang Sesuai Ditanam di Rumah

Dikenali sebagai Mentha x piperita, tumbuhan ni jika dibiarkan boleh membiak dengan banyak. Tetapi usah risau, ia tidak invasif seperti tumbuhan lain dalam keluarga pudina.

Minyak yang dihasilkan daripada tumbuhan ni bukan sahaja bagus untuk menghalau nyamuk, tetapi juga boleh membantu melegakan ketidakselesaan akibat gigitan nyamuk yang gatal.

Daun pudina mempunyai aroma yang kuat, menyegarkan dan menenangkan untuk manusia tetapi tidak bagi serangga menggigit ni.

Lavender

Aroma lavender membantu menghalang nyamuk. Malah berdasarkan kajian, minyak pati lavender dapat menangkis kebanyakan spesies nyamuk untuk tempoh antara 6 hingga 8 jam.

Kalau korang menanam tumbuhan wangi ni di sekitar kawasan rumah, ia juga boleh menarik perhatian pendebunga bagi membantu memperbanyakkan limpahan bunga ungu.

Berminat untuk menanam lavender? Pastikan jarak antara tanaman kira-kira 2 hingga 3 kaki – bagi membolehkan ia tumbuh dan membiak dengan baik di bawah sinaran matahari. Ciksun pernah gak try tanam dulu, lama juga pokoknya hidup tapi akhirnya mati sebab cuaca panas terlampau.

Daun selasih

Pokok Halau Nyamuk Yang Sesuai Ditanam di Rumah

Basil, nama saintifiknya Ocimum basilicum sering digunakan dalam masakan untuk menghasilkan sos pesto dan salad yang lazat. Disamping tu, ia juga berguna dalam menjauhkan nyamuk.

Tumbuhan ni secara semula jadi akan mengeluarkan aromanya, jadi daunnya tidak perlu dihancurkan atau diproses dalam apa jua cara.

Daun selasih adalah toksik pada larva nyamuk – jadi letakkan ia berhampiran kawasan tadahan air bagi menghalang nyamuk daripada bertelur.

Bunga tahi ayam

Pokok bunga ni secara azalinya cantik dengan warna yang sangat menyerlah. Pun begitu, Lantana Camara amat tidak disukai nyamuk kerana baunya yang agak busuk – lebih-lebih lagi jika ia dihancurkan sehingga lumat.

Korang boleh letakkan pokok bunga tahi ayam yang kecil di dalam rumah. Namun, jika baunya agak mengganggu, letakkan ia di luar rumah berdekatan dengan bekas takungan air – pasu atau baldi, mahupun saluran longkang.

Geranium

Nama saintifiknya Pelargonium radula biasa ditemui dalam ubat nyamuk dan lilin. Tumbuhan ni turut dikenali dengan gelaran seperti pokok halau nyamuk atau pokok jari lima. Bau kuat daripada tumbuhan ni menutupi bau penarik lain.

Tumbuhan ni mudah dijaga dan dapat dibiakkan dengan cara keratan batang. Walau bagaimanapun, ia perlu berada di kawasan teduh dan tak boleh diletakkan terus di bawah sinaran matahari terik.

Marigold

Pokok Halau Nyamuk Yang Sesuai Ditanam di Rumah

Berada dalam keluarga bunga tahi ayam, pokok marigold mempunyai sebatian yang dapat menghalau beberapa jenis serangga.

Tumbuhan ni mudah untuk dijaga dan menghasilkan bunga yang cantik. Sudah tentu baunya yang kuat berperanan dalam menghalau serangga dan pepijat.

Oh, mostly pokok-pokok disebut kat atas ni ciksun pernah tanam kat garden depan rumah. Kira bagus lah kan, patut la takde nyamuk sangat waktu tu. Ni keladi lagi banyak, hahahahah!

Cara Efektif Mencegah Gigitan Nyamuk

Kebersihan persekitaran

Selain pokok halau nyamuk outdoor atau indoor, menjaga kebersihan kawasan persekitaran rumah juga merupakan cara kawalan nyamuk terbaik. Pastikan takde air yang bertakung, terbiar di rumah korang.

Pelbagai penyakit bawaan nyamuk boleh menjangkiti seperti malaria, demam denggi, ensefalitis atau virus Zika. Mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat!

Post a Comment

11 Comments

  1. macam pokok pokok yang tak cantik je yang halau nyamuk tu...

    ReplyDelete
  2. Bagusnya perkongsian begini.

    ReplyDelete
  3. Wahhh, nak tanm pudina la... huhu

    Nampak menarik daun pudina.. serai nanti...

    ReplyDelete
  4. pudina, daun selasih dan lavendar memang ada akak tanam... pudina tu siap letak tepi tingkap bilik lagi...
    wahhh bnyakya pokok keladi dia

    ReplyDelete
  5. Pokok Marigold, bunga tahi ayam dengan serai wangi dlok ada mak tanam di keliling rumah. umah pun jarang ada nyamuk laa. Heee

    ReplyDelete
  6. Dia ada satu jenis tu, memang untuk halau nyamuk, bau dia macam baygon, aku lupa namanyaa, dulu aku ada tanam, tapi dah mati dek kucing bedal.. gerammm aku

    ReplyDelete
  7. Ingatkan kak sun nak masukkan pokok halau nyamuk tu, dulu beli tak berkurang pun nyamuk dekat rumah. Pokok basil boleh halau nyamuk rupanya patut lah tak kena kacau sangat dah sekarang. Thanks share pasal ni.

    ReplyDelete
  8. Teringat blogger Fndrocka, dia suka pokok2 ni!

    ReplyDelete
  9. Good sharing. Thanks ciksun. Bolehla tanam nanti. At least parents saya lah tanam, bukan saya. Hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com