Puas Hati Makan Tengahari di Pursuit of Hi-teaness Buffet, Holiday Inn Johor Bahru City Centre

Puas Hati Makan Tengahari di Pursuit of Hi-teaness Buffet, Holiday Inn Johor Bahru City Centre

Puas Hati Makan Tengahari di Pursuit of Hi-teaness Buffet, Holiday Inn Johor Bahru City Centre | Kalau korang nak cari tempat makan tengahari berkonsep Hi-Tea yang berbaloi-baloi, ciksun rekemen sangat korang datang ke Holiday Inn Johor Bahru City Centre ni. Waktu makan adalah dari pukul 12.30 tengahari sampai ke 3.30 petang, jadi dah macam hi-tea kan. Dengan harga RM65 untuk seorang dewasa, korang dah boleh menjamu selera dengan pelbagai juadah tempatan dan juga antarabangsa kat sini.

Puas Hati Makan Tengahari di Pursuit of Hi-teaness Buffet, Holiday Inn Johor Bahru City Centre

Salah satu tarikan utama buffet ni adalah Nasi Lemak Bungkus Telur. Mungkin orang lain da pernah makan kat tempat lain, tapi ni kali pertama ciksun makan Nasi Lemak yang dibungkus dalam telur macam Nasi Goreng Pattaya. Nasi Lemak Bungkus Telur tu kemudian dihias dengan condiments biasa Nasi Lemak seperti Ikan Bilis, Sambal, hirisan Timun dan Telur Rebus. Ada jugak lauk sampingan lain macam Ayam Goreng, Sambal Tempe dan Sambal Petai. Sedap juga Nasi Lemak dia, ciksun suka tekstur dia yang peroi dan nasinya yang beraroma menaikkan selera. Korang wajib cuba tau!

Puas Hati Makan Tengahari di Pursuit of Hi-teaness Buffet, Holiday Inn Johor Bahru City Centre

Selain daripada Nasi Lemak, ada banyak lagi menu yang korang kena cuba dalam buffet ni. Antaranya, lauk-pauk tempatan seperti Ikan Siakap Stim Halia, Udang Harimau dengan Sos Mentega, Sotong Goreng, Satay Ayam dan Daging, Teppanyaki, Grilled Mini Beef Steak, Roasted Chicken Leg, Ulam-ulaman dan Kerabu, aneka Sushi, dan juga Salad. Diorang juga ada set up multiple live station untuk korang dapatkan menu kegemaran freshly prepared depan mata korang, contohnya:
✅Grana Padano Station - buat pasta sendiri dalam cheese wheel
✅Crepe Decorating Station - order crepe dan korang pilih hiasan korang
✅Mocktail Grafting Station - belajar buat mocktail sendiri guna dengan pelbagai warna tersedia
✅Sandwich Station - buat sandwich sendiri ikut citarasa
✅Cotton Candy Station - ni kanak-kanak mesti suka, boleh buat cotton candy sendiri!
✅Kids Station - ada mini playground dalam restoran
✅Dan banyak lagi!!!

Nah ciksun share serba sedikit gambar menu yang ada:

Puas Hati Makan Tengahari di Pursuit of Hi-teaness Buffet, Holiday Inn Johor Bahru City Centre

Puas Hati Makan Tengahari di Pursuit of Hi-teaness Buffet, Holiday Inn Johor Bahru City Centre

Puas Hati Makan Tengahari di Pursuit of Hi-teaness Buffet, Holiday Inn Johor Bahru City Centre

Puas Hati Makan Tengahari di Pursuit of Hi-teaness Buffet, Holiday Inn Johor Bahru City Centre

Puas Hati Makan Tengahari di Pursuit of Hi-teaness Buffet, Holiday Inn Johor Bahru City Centre

Puas Hati Makan Tengahari di Pursuit of Hi-teaness Buffet, Holiday Inn Johor Bahru City Centre

Puas Hati Makan Tengahari di Pursuit of Hi-teaness Buffet, Holiday Inn Johor Bahru City Centre

Puas Hati Makan Tengahari di Pursuit of Hi-teaness Buffet, Holiday Inn Johor Bahru City Centre

Sedap-sedap ye semuanya. Pengalaman makan santai-santai sambil dihiburkan oleh Uncle Fishy tu yang best sebenarnya. Siapa pulak Uncle Fishy ni? Haa, anak-anak mesti suka sebab Uncle Fishy ni mahir buat balloon scuplture dan main silap mata. Eh, orang dewasa macam ciksun pun suka tau! Hahaha!

Puas Hati Makan Tengahari di Pursuit of Hi-teaness Buffet, Holiday Inn Johor Bahru City Centre

Memang berbaloi-baloi sungguh harga dia dengan jumlah pilihan makanan yang disediakan. Ciksun suka pasta diorang, sedap dan cheesy, mungkin sebab kita gaul betul-betul dalam cheese wheel tu. Ikan Siakap Stim Halia tu pun sedappp! Sushi banyak pilihan, siap ada Chuka Idako Gunkan yeee!

Pssst, nak makan free tak? Baca detail sampai habis tau!


Pursuit of Hi-teaness Buffet
Dine@Eight, Level 8, Holiday Inn JBCC
Jumaat, Sabtu & Ahad | 12.30pm - 3.30pm

Hanya RM68 per pax dan promosi ๐—•๐—จ๐—ฌ ๐Ÿฑ ๐—™๐—ฅ๐—˜๐—˜ ๐Ÿญ, tempah sekarang!
๐Ÿ“ž +6011 3603 3163
๐Ÿ“ฑ Whats App: https://hijbccdineateight.wasap.my

Daftar sebagai ahli IHG One Reward dan dapatkan potongan 20%:

Nak voucher free?



Nah belek kat Facebook Page Blog Sunah Sakura untuk info free voucher giveaway!

Post a Comment

2 Comments

  1. Lawak gula kapas tu, tak boleh lambat sikit, meleleh semua..
    Suka psageti cheese tu laa.. tearasa-rasa tekak aku..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com