Mee Rebus House Sunway Iskandar - Bestnya, Ada Minuman Istimewa!

Mee Rebus House Sunway Iskandar - Bestnya, Ada Minuman Istimewa!

Mee Rebus House Sunway Iskandar - Bestnya, Ada Minuman Istimewa! | Yee, berbeza dengan main restaurant dia dekat Johor Bahru, cawangan Sunway Iskandar ni ada special crafted drinks! Mee Rebus House Sunway Iskandar ni merupakan cawangan baru diorang yang berpindah dari Puteri Cove Quayside. Kat sini ada mesin kopi dan mesin minuman khas diorang under jenama Boba Bomb dan Coffee United. Sebelum ciksun pergi lebih lanjut kepada minuman best ni, apa kata kita tengok dulu menu makanan yang ada kat sini?

Mee Rebus House Sunway Iskandar - Bestnya, Ada Minuman Istimewa!

Macam biasa lah, nama pun Mee Rebus House kan, dah tentu lah menu utama diorang adalah Mee Rebus! Ciksun dah banyak kali juga makan dekat main restaurant diorang dulu. Pertama kali rasa terus jatuh cinta dengan Mee Rebus. Tak sangka, sedap rupanya Mee Rebus ni. Ala-ala Mee Jawa kalau kat Sarawak. Mamak ciksun mesti suka kalo bawak ke Mee Rebus House ni sebab dia suka betul makan Mee Jawa Sarawak.

Kat sini ada macam-macam hidangan Mee Rebus sebenarnya, tapi hari tu ciksun dengan kawan-kawan cuba Mee Rebus Biasa, Mee Rebus Ayam, Mee Rebus Daging dengan Mee Rebus Udang. Sedap makan bila Mee Rebus tu baru sampai kat meja, panas-panas gitu. Aduhhh terliur pulak bila kenangkan balik waktu makan kat sana hari tu. Apatah lagi bila tengok gambar-gambar kat bawah ni.

Mee Rebus House Sunway Iskandar - Bestnya, Ada Minuman Istimewa!

Mee Rebus House Sunway Iskandar - Bestnya, Ada Minuman Istimewa!

Mee Rebus House Sunway Iskandar - Bestnya, Ada Minuman Istimewa!

Mee Rebus House Sunway Iskandar - Bestnya, Ada Minuman Istimewa!

Mee Rebus House Sunway Iskandar - Bestnya, Ada Minuman Istimewa!

Mee Rebus House Sunway Iskandar - Bestnya, Ada Minuman Istimewa!

Selain dari Mee Rebus, diorang ada jugak menu Nasi Lemak, Mee Goreng dan Bihun Goreng. Semua pun sedappp, sambal dia pedas tapi tak boleh berhenti makan. Mesti nak lagi, hahaha! Korang yang suka pedas tu mesti suka sambal dia! Oh, in case datang petang-petang, diorang ada jugak kuih-muih simple dalam bekas kalau korang sekadar datang nak alas perut aje. Pergi aje tepi cashier counter, boleh pilih kat situ.

Mee Rebus House Sunway Iskandar - Bestnya, Ada Minuman Istimewa!

Mee Rebus House Sunway Iskandar - Bestnya, Ada Minuman Istimewa!

Mee Rebus House Sunway Iskandar - Bestnya, Ada Minuman Istimewa!

Haa, ni dia air best kat sini. Hanya kat sini ye korang boleh rasa Lavender Latte dan Rose Latte! Dekat main restaurant takde! Sedap gila hokeyy! Ciksun kan peminat latte, boleh pulak berebut dengan kawan ciksun nak rasa yang mana satu. Padahal boleh aje order yang sama kan, tapi tak nakkk sebab nak rasa yang lelain 😂

Mee Rebus House Sunway Iskandar - Bestnya, Ada Minuman Istimewa!

Selain tu, diorang ada jugak minuman sejuk istimewa selain kopi. Korang boleh try Iced Season Fruit Teas dan Iced Red Fruit Teas berperisa Lychee, Strawberry, Blueberry, Mango & Orange! Ada satu minuman tu siap ada konjac jelly, sedap juga! Korang try tau nanti kalau datang ke sini!



Nah ciksun share info cawangan sini untuk korang plan bila nak datang nanti.

Mee Rebus Sunway Iskandar
21-GF, Laman Niaga Sunway, Persiaran Medini 3, Bandar Sunway, 79250 Nusajaya, Johor

Buka Sabtu - Khamis (Jumaat TUTUP)
9.30 pagi - 5.30 petang

Juga bole order via GrabFood bagi penduduk sekitar Sunway Iskandar ❤️

Post a Comment

2 Comments

  1. rindunya mee rebus dengan mee bandung johor, kalau kt sini lain betul rasanya

    ReplyDelete
  2. Cantiknya koleksi Latte dia! Jealous pulak ada dekat Johor je. Dah lama tak makan mee rebus, untung betul orang johor dapat makan sampai puas

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com