Ticker

6/recent/ticker-posts

Sedih Betul, Terung Hilang Kat Pokok

Sedih Betul, Terung Hilang Kat Pokok | Walaupun dah lama cerita ni, nak juga share dekat sini. Ye lah, asyik cerita makan aje. Cuba cerita pasal benda lain pulak. Sebab tu lah nak cerita pasal kebun sekangkang kucing depan rumah tu. Huhu.

Dalam minggu lepas kot, ciksun nak siram pokok. Mula-mula tu tak perasan, tapi bila lalu tepi pokok terung ni da rasa ehhh, mana buah terung aku??? Siapa pulak yang petik, takde pulak housemates bagitahu ade petik buah terung. Tapi jarang-jarang sangat la diorang petik pokok-pokok sayur ciksun kalau tak disuruh (dipaksa) petik.

Sedih Betul, Terung Hilang Kat Pokok

Haaa, begitu ya rupa dia selepas hilang. Ada la ni orang lalu nampak dia elok je purple kat situ, datang hiris or patahkan aje. Alahai, terung kurus sebiji tu pun nak curi. Huhu. Punya lah ciksun nak simpan sekejap lagi bagi dia besar sikit je lagi. Senang-senang je dia curi bila kita da usahakan. Tu la masalahnya bila rumah takde pagar ni. Pokok terung ni pulak memang duduk tepi pagar je. Kecewa betul ciksun. 

Sedih Betul, Terung Hilang Kat Pokok

Tu video dia kat TikTok ciksun, beberapa hari sebelum hilang. Agaknya tak boleh tunjuk dah pokok lepas ni, kalo tunjuk nanti hilang. Hahaha!

Bukan ciksun sorang berkebun kat lorong ni. Ada aunty selang beberapa rumah dengan ciksun pun ada kebun juga. Lagi besar dari kebun ciksun. Yang tu lagi lah, dia siap berkebun kat seberang jalan depan rumah lagi. Agaknya pernah kena curi jugak tak? Huhu. Uncle sebelah rumah ni pun pasu bendi penuh depan rumah, seberang jalan pun ada kebun. Aik, pelik sungguh kenapa ciksun jadi mangsa kecurian iniiii. Huhuhu.

Takpe lah, lepas ni ciksun nak alihkan pasu pokok terung ni, letak kat dalam sikit. Tu pun dah start berputik lagi and ada yang dah berhasil pendebungaan dia.

Baru nak merasa makan sayur terung. Sedih.

Post a Comment

6 Comments

  1. Agaknya dia teruja dengan kepepelan terung tu, Cik Sun. Atau dia mengidam ke.. hahaha. Dulu pernah usahakan projek terung kat kolej, lagilah ramai, tak pernah pulak hilang terungnya.

    ReplyDelete
  2. Wahduh, sygnya .. hm..manusia ke haiwan yang bawak lari ni... Moga bertabahlah cik Sun.. nampaknya...kena makan terung kat kedai la gini.. Dah teringin nau tu .. tunggu terung lain membesor pulak.. Harap x diambil lg

    ReplyDelete
  3. baru wak tau ada 617 resepi terung yg sedap dan mudah utk dibuat masakan., hehehe

    ReplyDelete
  4. Ala tertinggal pulak sikit pangkalnya tu.. tu yg lagi sedih. Tak pe, lepasnya hasilnya lebih berganda. Aamiin.

    ReplyDelete
  5. Ala tertinggal pulak sikit pangkalnya tu.. tu yg lagi sedih. Tak pe, lepasnya hasilnya lebih berganda. Aamiin.

    ReplyDelete
  6. Penyamun pernah amek cempedak wak kat dusun pakai lori.
    Wak halalkan aje

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com