Ticker

6/recent/ticker-posts

Suasana Baru Restoran Nando's dengan Vibe Afrika Selatan

Suasana Baru Restoran Nando's dengan Vibe Afrika Selatan | Uols ada ke Nando's baru-baru ni? Perasan ada apa-apa yang baru tak? Ke uols jenis makannnn je, tak tengok keadaan sekeliling? Hahahah! Ciksun ada pergi Nando's dalam minggu lepas, nampak suasana dalam restoran dia yang dah diperbaharui.

Suasana Baru Restoran Nando's dengan Vibe Afrika Selatan

Suasana Baru Restoran Nando's dengan Vibe Afrika Selatan

Suasana Baru Restoran Nando's dengan Vibe Afrika Selatan

Suasana dan rekaan dalam restoran diorang sekarang ni bertemakan vibe Afrikan Selatan. Nampak banyak tribal pattern kat dinding dan deko lampu. Masa tu baru lah ciksun tahu, Nando's ni sebenarnya kali pertama dibuka dekat Afrika Selatan pada tahun 1987. Woww, tahun kelahiran ciksun! Hihi.

Siapa yang dah pernah makan kat Nando's mesti tahu diorang ada sos sendiri yang diberi nama sos PERi-PERi. Korang tau tak, sebenarnya sos PERi-PERi kat restoran Nando's tu guna cili padi dari Afrika Selatan? Yeee, inilah kebenaran!

Suasana Baru Restoran Nando's dengan Vibe Afrika Selatan

Suasana Baru Restoran Nando's dengan Vibe Afrika Selatan

Hari tu member ciksun join aktiviti buat sambal PERi-PERi sendiri dekat Nando's The Mall, Mid Valley Southkey. Nampak la cili padi PERi-PERi yang diorang guna untuk sos diorang tu. Kecik-kecik cili padi sungguh, memang pedas berapi kalau letak banyak. Warna pun jadi merah gilerr sebab lebih banyak cili daripada bawang.

Uols dah cuba sos terpaling pedas diorang, VUSA XX Hot? Serius pedas gilerrrr 🥵

Suasana Baru Restoran Nando's dengan Vibe Afrika Selatan

Ciksun tak tahan rasa pedasnya, Sis Lin dengan Kak Ajan rileks aje makan. Tapi rilek-rilek tu, mengagau juga cari benda lain nak surutkan rasa pedas after-taste dia tu. Haha! Kelam kabut memasing nak hilangkan pedas. Uols yang suka pedas nak mampus tu boleh lah try ek menu diorang yang berasaskan sos VUSA XX Hot.

Selain daripada menu VUSA XX Hot tu, kitorang cuba jugak menu-menu yang memang dah biasa orang lain cuba kalo datang makan kat sini. First time ciksun rasa Ultimate Trio Chicken Bowl diorang, sedappp spicy rice yang digaul bersama jagung, kepingan ayam, potongan cendawan dan daun bayam. Very recommended 👍🏻 

Suasana Baru Restoran Nando's dengan Vibe Afrika Selatan

Suasana Baru Restoran Nando's dengan Vibe Afrika Selatan

Suasana Baru Restoran Nando's dengan Vibe Afrika Selatan

Suasana Baru Restoran Nando's dengan Vibe Afrika Selatan

Jom makan kat Nando's, ajak kawan-kawan dengan family! Jangan lupa berOOTD and share gambar korang dengan latar belakang tema Afrika Selatan kat sana nanti 🤗

Post a Comment

2 Comments

  1. wah..baru tau ni. dah lama tak makan Nando's. tunggu betul-betul teringin nak makan ayam baru pergi

    ReplyDelete
  2. Bestnya! Terakhir masuk Nandos di KLIA entah berapa tahun lalu. Memang lawalah bergambar latar belakang Afrika Selatan.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com