Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengalaman Ambil Barang Kena Tahan Dekat Kastam

Pengalaman Ambil Barang Kena Tahan Dekat Kastam | Uols pernah tak beli barang dari luar negara, barangnya tak sampai-sampai, tengok tracking status under custom clearance berapa hari, akhirnya dapat notis kena tahan dekat kastam? Tak pernah? Ok, ciksun kena baru-baru ni. Beli crystal beads dari China guna website diorang, tu last ciksun guna website sebelum guna TikTok shop dia sepenuhnya.

Biasanya kalau guna website ni ambil masa dua minggu untuk sampai. Diorang guna SF Express or China Post, sama tempohnya kalo hantar ke US or UK. Masa tu shopping cart kat TikTok diorang ade problem dan tak berfungsi dengan baik untuk Malaysia, Philipinne dan Thailand. Gigih la ciksun order kat website dengan shipping yang sangat mahal, $4USD ye! Tukar duit kita, dah lebih kurang RM20, shipping saje.

Bila shopping cart diorang dah ok, baru lah ciksun start guna shopping cart. Harga postage pun lebih berpatutan dan kadang-kadang boleh dapat free shipping atau discount coupon. Proses penghantaran pun ambil masa yang lebih singkat, dalam seminggu aje dah sampai. Proses perlepasan kastam pun dikendalikan sepenuhnya oleh pihak TikTok. Mudah sangat-sangat!

Pengalaman Ambil Barang Kena Tahan Dekat Kastam

Entah macam mana la barang ciksun boleh kena tahan kastam hari tu. Puas ciksun google, bukannya barang terlarang dan langsung tak melebih RM500 pun. Tapi ciksun ada baca kat satu blog ni, kalau nak pergi ambil barang, make sure print semua dokumen transaksi kita masa beli barang tu. So, nanti pihak kastam boleh semak harga barang kita tu sama nilainya dengan jumlah yang tertera pada parcel.

Ok, ciksun pun print la semua invois, resit dan transaksi dekat PayPal yang ada tunjuk conversion rate waktu tu, dari $37USD kepada RM170++. Masa tu ciksun beli high quality beads, jadi harganya memang agak mahal berbanding regular beads. Then bawak semua dokumen tu dengan surat kastam yang dihantar oleh POS Malaysia ke rumah.

Pengalaman Ambil Barang Kena Tahan Dekat Kastam

Hari Isnin hari tu, ciksun pergi Unit Freight Forwarding Johor dekat Pusat Mel Johor Bahru. Dari tempat parking kereta da nampak dah bahagian pelepasan kastam ni. Masuk dalam, tunjuk aje notis tahanan tu dan tunggu pegawai kastam ambil barang kita. Bila dia da bawak barang tu, dia akan minta kita buka parcel untuk tengok kandungan kat dalam.

Bukak la depan dia dan tunjuk crystal beads yang ciksun beli, bersama invois dan resit bayaran. Ciksun tanya dia kenapa kena tahan, rupanya seller letak nilai kat parcel tu $150USD. Fullamakkk, bila tukar duit kita da nak dekat RM1K. Tergelak ciksun dengan pegawai tu bila ciksun bukak satu lagi bungkusan berisi benang. Takkan lah benang rega sampai RM500 hahahahhahahahahha! Adeiii.

Pengalaman Ambil Barang Kena Tahan Dekat Kastam

Pegawai tu cakap, mungkin seller nak senang claim insurance kalo barang hilang nanti. Tapi melampau juga ya sampai $150USD. Dah kita pulak yang kena pergi kastam buat declaration untuk clearance. Sebelum-sebelum ni ciksun pernah aje beli through website, tak pernah lagi kena tahan camni. Rasanya ni pejabat pos lain yang seller guna ni. Sebab tu dia menokok-tambah sesuka hati dia aje. Huhu.

Alhamdulillah, sekejap dan senang aje prosesnya. Asalkan kita ada semua dokumen yang penting. So, kalau korang ada beli barang dekat kastam yang nilai dia bawah RM500, jangan risau. Takde charge dikenakan kalau barang tu bukan barang bercukai.

Betulkan ciksun kalo silap.

Ok bye!

Post a Comment

7 Comments

  1. Mula tu baca ingatkan Ciksun kena scam (nauzubillah)... Alhamdulillah dah setel dan mudah prosesnya. Beads tu nak buat apa Ciksun? Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ada buat bisnes gelang and tasbih kat shopee hihi

      Delete
  2. huwaaa, nangis lalu jak pun barang mala sangkut di kastam... Mun kenak bayar gik laa.. terus meratap

    ReplyDelete
  3. cantikla crystal bead ni kalau buat tasbih. saya ada satu tapi dah putus..

    ReplyDelete
  4. Kita takde beli brg tp kita pos brg ke luar negara aritu, stuck jgk kt kastam sana... Sbb kan kita yg nak bg brg kan so segala biaya kita la kena tanggung hahhaa. Pejam mata je la masa tu

    ReplyDelete
  5. Maybe dia ingat beads ko tu peluru pistol hahahahaha

    ReplyDelete
  6. Selalu gak la dapat panggilan kata barang sangkut kastam ni tapi selalunya scam. Baguslah pejabat pos hantar surat macam tu, so kita yakin sikit. Thanks for sharing your story cik Sun

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com