Ticker

6/recent/ticker-posts

Jom Dapatkan Purple Passport The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia!

Jom Dapatkan Purple Passport The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia! | Korang tau tak yang The Coffee Bean (TCB) Malaysia pertama kali dibuka pada tahun 1997? Tahun ni dah masuk umur yang ke-25 tahun. Happy 25th Annniversary, The Coffee Bean & Tea Leaf - Malaysia 🥳

Jom Dapatkan Purple Passport The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia!

Tak sangka, dah 25 tahun rupanya TCB ni bertapak kat Malaysia ek! Sempena ulangtahun ke-25 ni, diorang ada buat kempen Purple Passport tau! Dinamakan Purple Passport (Pasport Ungu) – berdasarkan warna signatur jenama diorang, korang boleh kumpul cop dan menang hadiah ekslusif seperti kad kredit TCB, barangan ekslusif TCB atau hotel staycation 4 hari 3 malam di Penang, KL atau Johor! Woohoo!

Jom Dapatkan Purple Passport The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia!

Korang da boleh dapatkan kad ungu ni di mana-mana outlet TCB bermula dari 1 Oktober 2022. Setiap outlet ada 2 daripada 10 rekabentuk cop unik untuk korang kumpul, tapi tak diwajibkan ek kumpul cop berbeza. Melainkan korang suka cabaran, haa boleh lah try kumpul cop lain-lain, hihi.

Macam mana nak join? Senang aje!
  1. Kunjungi mana-mana outlet The Coffee Bean & Tea Leaf® dan berbelanja sekurang-kurangnya RM25 untuk dapatkan Purple Passport korang dengan cop pertama.
  2. Dapatkan cop bagi setiap RM25 yang dibelanjakan.
  3. Setelah mengumpul 10 cop di Purple Passport, korang hanya perlu tulis jawapan kepada soalan, “Berapakah usia The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia pada tahun ini?”. Haaa, ciksun da bagi hint banyak kali 😆
  4. Letak Purple Passport korang ke dalam peti yang disediakan di outlet The Coffee Bean & Tea Leaf® berhampiran. Pastikan butiran nama dan contact number betul.
  5. Korang boleh hantar lebih daripada satu Purple Passport yang telah dilengkapkan; setiap penghantaran dapat meningkatkan lagi peluang korang untuk menang.
* Tertakluk kepada terma dan syarat.

Dari penghantaran yang dibuat, tiga peserta bertuah akan dipilih untuk memenangi pakej penginapan hotel selama 4 hari 3 malam di Pulau Pinang, Kuala Lumpur atau Johor (bernilai hingga RM2,000)! 25 hadiah sagu hati juga sedia untuk dimenangi – ia terdiri daripada barangan ulang tahun ke-25 yang eksklusif dan juga kredit untuk Kad TCB bernilai RM100. Para pemenang akan dihubungi dan diumumkan di saluran-saluran media sosial The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia selepas peraduan tersebut tamat pada tarikh 31 Oktober 2022. Info lanjut di www.coffeebean.com.my/purplepassport.

Jom Dapatkan Purple Passport The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia!

Jom Dapatkan Purple Passport The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia!

Jom Dapatkan Purple Passport The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia!

Disamping kempen Purple Passport ni, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia juga akan lancarkan barisan minuman baru untuk bulan Oktober, iaitu Pumpkin Ice Blended® (kecil RM 16.90, biasa RM 17.90), Pumpkin Latte (hot/iced) (kecil RM16.50, biasa RM 17.50), dan Pumpkin Cream Cold Brew (kecil RM 14.50, biasa RM 15.50)! Jangan tak try, sedap tauuu!

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, kunjungi platform Facebook diorang di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, Instagram di @coffeebeanMY, TikTok di @coffeebeanMY, atau laman sesawang kami di www.coffeebean.com.my.

Post a Comment

4 Comments

  1. tak suka sangat minum coffee bean tapi passport purple dia cantikkkk

    ReplyDelete
  2. Bila nak cop psport lagi ni hahahaha.. pasport merah dah ada lalalalala

    ReplyDelete
  3. Hai, Assalamualaikum... Saya budak baru belajar. Jemput datang ke blog saya :)

    ReplyDelete
  4. Ada nampak haritu. Teringin nak rasa variety of pumpkin. Belum kesempatan lagi nak mencuba rasa.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com