Masih Menanti - Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke-10?

Masih Menanti - Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke-10?

Masih Menanti - Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke-10? | Sampai hari ini 23 November 2022, saat entri ni ditulis, negara kita masih lagi belum ada Perdana Menteri ke-10 yang sah. Pasca PRU-15, keputusan PRU yang sangat sengit dengan tak ada mana-mana parti yang menang majoriti 112 kerusi, agak sukar untuk kita meneka siapa bakal PM yang akan menerajui kerajaan Malaysia untuk 5 tahun akan datang.

Masih Menanti - Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke-10?

Ciksun dengan kak Ajan almost every hour tengok kemaskini langsung dekat laman web Berita Harian. Sentiasa berdebar-debar dan macam-macam spekulasi dibuat bila baca update terkini kat sana. Tapi semua spekulasi pun belum nampak jelas jawapannya. Haha. Adeii, bersabar lah ye wahai rakyat Malaysia. Sedikit jam atau sedikit hari lagi, insya'Allah akan ada jawapan yang kita semua tunggu-tunggu.

Esok pula YDPA akan bermesyuarat dengan DYMM Raja-Raja Melayu untuk buat perbincangan seterusnya tentang pemilihan Perdana Menteri ke-10 sebab segala perbincangan dengan ahli-ahli tertinggi semua parti sebelumnya juga tak memberi majoriti untuk calon PM. Walau siapa pun yang bakal menerajui tampuk pemerintahan, semoga segala tanggungjawab dilakukan dengan baik.

Sama-sama kita doakan moga Allah berikan yang terbaik untuk Malaysia.


P/S: Ciksun suka betul YDPA sekarang, baik hati dan kelakar, tetapi sangat berwibawa dan teliti orangnya. Semoga Allah pelihara kesejahteraan YDPA.

Post a Comment

2 Comments

  1. YDPA paling banyak cabaran kan. Samalah kat opis tu TV memanjang bukak Astro Awani.

    ReplyDelete
  2. Tanggungjawab Pemimpin Dalam Islam : https://mm-ahmadi-pg.blogspot.com/2022/11/tanggungjawab-pemimpin-dalam-islam.html

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com