Wordless Wednesday: Afghanistan Jade

Wordless Wednesday: Afghanistan Jade

Afghanistan Jade

Afghanistan Jade a.k.a Green Onyx

Sangat-sangat cantik warnanya pada mata ciksun.
Gabungan tona warna hijau dan kalau beruntung, akan dapat yang ada sedikit warna coklat.

Afghanistan Jade mendapat namanya dari tempat asal batuan ni digali, iaitu dari wilayah Helmand di Afghanistan. Batuan ni kemudiannya dipotong, diukir dan digilap untuk digunakan sebagai barang kemas atau hiasan.

Afghanistan Jade

Afghanistan Jade juga dikenali sebagai Serpentine dan Bowenite. Dengan fungsi menyerap air, mengunci air, dan melembapkan, pemakaian gelang jed Afghan untuk masa yang lama akan membantu penyerapan minyak dan peluh badan, manakala dalam masa yang sama, bahan-bahan bermanfaat daripada jed akan diserap oleh badan.

Pada masa kini, dalam terapi kristal, Afghanistan Jade dianggap sebagai permata penyembuhan yang boleh menenangkan sistem saraf dengan berkesan.

Afghanistan Jade

Dalam penyembuhan kristal, Jade Afghanistan berfungsi dengan baik untuk menangani gejala yang dikaitkan dengan kepala dan kulit kepala serta keadaan kulit. Ia juga mengimbangi hormon dan dipercayai dapat meningkatkan kesuburan.

Walau bagaimanapun, kristal bukanlah penyembuh utama kepada mana-mana penyakit. Dapatkan rawatan doktor terlebih dahulu kalau ada apa-apa masalah pada tubuh badan.

Beli Gelang Afghanistan Jade di SINI

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com