Tahniah dan Takziah! Sah Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10!

Tahniah dan Takziah! Sah Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10!

Tahniah dan Takziah! Sah Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10 | Akhirnya terjawab sudah segala persoalan. Ciksun refresh dekat page LANGSUNG Berita Harian kejap tadi, nampak dah kenyataan rasmi tentang pelantikan Perdana Menteri Malaysia ke-10.

"Yang menang tidak menang semua, dan yang kalah tidak kalah semua. Bagaikan biduk lalu, kiambang bertaut, hulurkan tangan antara satu dengan yang lain bagi merapatkan semula saf antara semua ahli-ahli Dewan Rakyat demi masa depan tercinta." - KDYMM Seri Paduka Baginda YDPA

Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10
Gambar: MIM

Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, sebentar tadi.

"Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

"Selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan," demikian menurut kenyataan Istana Negara.


Tahniah dan takziah PM ke-10, DSAI. Hari ini dalam sejarah.

Simpan sini untuk kenangan akan datang.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al Baqarah: 216).

Post a Comment

2 Comments

  1. mendalam ucapan tu kan bagai biduk lalu kiambang bertaut... Maksud: Orang yang bertelingkah (berkelahi) yang kemudiannya berbaik semula.

    ReplyDelete
  2. Ooo... Tahniahh! Moga Malaysia terus maju jaya~

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com