Ticker

6/recent/ticker-posts

Buat Makaroni Bakar Sendiri, Sedapnya!

Buat Makaroni Bakar Sendiri, Sedapnya! | Dah hari Khamis balik, hari terakhir bekerja dalam seminggu kalo kat Johor ni, terutamanya untuk yang kerja gomen. Cepat nauu masa berlalu! Sekejap je berlalu satu minggu, then, dah 1 bulan, ni dah nak habis setahun! Perghhh! Berapa hari je lagi nak masuk Tahun Baru 2023. Dah ada yang buat azam baru ke tu?

Semalam ciksun buat makaroni bakar, alang-alang ada baki Mozzarella cheese yang Nada pakai untuk buat Aglio e Olio pasta dia hari tu. Nada guna sikit aje, so baki nya ciksun buat lah menu lain yang terlintas kat kepala ni. Kat rumah memang ada stok pasta makaroni tu, then ada jugak baki puri tomato dari menu Shepherd's Pie dia. So, ciksun plan makaroni tu goreng dulu dalam kuah tomato dengan hirisan ayam dan lobak, then baru bakar dengan cheese dalam oven.

Buat Makaroni Bakar Sendiri, Sedapnya!

Ni rupa dia bila dah masak dalam oven, ciksun bagi sampai permukaan cheese tu jadi keperangan. Bila dah macam ni, ciksun biar kejap dalam oven tu dengan pintu oven terbuka sikit sebab nak gi mandi. Lepas mandi baru keluarkan. Boleh je kalo nak keluarkan terus tadi, tapi renyah pulak kerja ciksun nak bergaduh dengan kucing dan semut walopun ada je tudung saji, haha!

Buat Makaroni Bakar Sendiri, Sedapnya!
Dah keluar dari oven, gini lerr rupa dia.

Buat Makaroni Bakar Sendiri, Sedapnya!
Panas-panas tu terus ceduk, baru la bertali keju Mozzarella nya.

Gigih amek gambar sebab nak nampak keju bertali. Hahaha! Nak makan time ni memang panas lerr, bagi suam-suam sikit baru makan. Masih jugak ada tali keju tu sikit-sikit. Tapi kalo lagi tebal sikit je lapisan Mozzarella ni, mesti lagi syok!

Mozzarella agak rendah lemak dan kalori. Ini menjadikannya pilihan keju yang lebih sihat berbanding yang lain. Mozzarella mengandungi probiotik seperti bakteria Lactobacillus casei dan Lactobacillus fermentum. - MedicalNewsToday

Sedappp, alhamdulillah! Next time boleh buat lagi ni, hihi.

Post a Comment

5 Comments

  1. Next time buat lagi hantar Pulau Indah 😋

    ReplyDelete
  2. wahhhhhh nmpk sedap oiiii!!!.... pat kan jauh, klu sblh rumah, konpom dah jenguk kat pintu blkg hahaha

    ReplyDelete
  3. Oooo... istilah dia 'bertali' ye? Baru tahu!

    ReplyDelete
  4. kalau pandai buat sendiri....dah tak perlu beli dekat luar ..bahkan boleh jual jika ada permintaan

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap cik Sun tengok cheese bertali-tali gitu. Nyummy

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com