Ticker

6/recent/ticker-posts

Cuti-Cuti Johor Bersama Maxim Malaysia

Cuti-Cuti Johor Bersama Maxim Malaysia | Musim cuti sekolah kembali, setelah hampir tiga tahun pandemik COVID-19 menyerang dunia dan semua rakyat diarahkan untuk berkurung di rumah, kini sudah tidak lagi dan seluruh dunia dibenarkan untuk melancong. Mari rancang percutian bersama Maxim Malaysia ke Johor dan terokai tempat-tempat menarik bersama. Para pelancong juga tidak perlu risau mengenai pengangkutan kerana Maxim Malaysia sedia untuk membantu ketika percutian anda di Johor. Susun atur jadual perjalanan bersama Maxim Malaysia melalui aplikasi dan tempah perkhidmatan dengan hanya satu klik.

Johor mempunyai banyak perkara menarik yang ingin ditayangkan kepada semua, dengan ini Maxim Malaysia ingin membawa semua ke tempat-tempat menarik di Johor.

Cuti-Cuti Johor Bersama Maxim Malaysia

Pantai Desaru

Pantai Desaru terkenal dengan pantai yang bersih dan pantai di kawasan bandar, Desaru merupakan salah satu lokasi yang terbaik untuk menenangkan fikiran dari bandar yang sibuk dan jadual yang padat. Selain daripada penginapan mewahnya seperti One&Only Desaru Coast, The Westin Desaru Coast dan banyak lagi, bandar ini juga terkenal dengan aktiviti mesra keluarga dan tarikan semula jadi. 

Istana Bukit Serene

Istana Bukit Serene adalah istana diraja dan kediaman rasmi bagi Sultan Johor. Ia boleh dilihat dari tepi pantai Johor yang dikenali sebagai Danga Bay. Istana ini telah dibina pada tahun 1998 dan telah menjadi salah satu mercu tanda terkenal sejak itu. Ia mempunyai menara yang tinggi, berukuran setinggi 35m dan dindingnya yang unik dan menarik. Terdapat sebuah taman besar di dalam istana yang sering digunakan semasa sebarang perayaan dan perhimpunan diraja.

Taman Tema

Taman Tema yang terletak di Johor menjadi tarikan antarabangsa terutama  pelancong yang berkunjung ke negeri Johor bagi merasai sendiri taman tema tersebut. Legoland, Wet World, Rock World dan Taman Tema Desaru merupakan taman tema utama yang biasa dikunjungi pelancong. Ia sesuai untuk keluarga bergembira dan menikmati percutian.


Tempat Berbelanja

Johor Premium Outlets terletak hanya 1 jam memandu dari Johor Bahru dan salah satu pusat membeli-belah terbaik bagi yang ingin membeli barang jenama terkenal. Pelancong boleh mengunjungi pusat beli-belah dan mendapat peluang membeli-belah dengan harga diskaun dan lebih murah daripada harga di pasaran. Tidak lupa Pasar Karat yang merupakan pasar lambak malam yang terletak di Jalan Segget. Pasaran merupakan khazanah tersembunyi bagi pengunjung kerana pelbagai jenis produknya daripada magnet peti sejuk kepada pakaian hinggalah peralatan elektronik.

Cuti-Cuti Johor Bersama Maxim Malaysia

Nikmati percutian di Johor dengan kelancaran dan rasai kenangan yang tidak pernah anda lupakan, bersama keluarga dan rakan-rakan. Rancang perjalanan percutian anda dengan aplikasi maxim supaya lebih teratur dan lancar.

Info

Maxim Malaysia beroperasi sejak 2018 dan berkembang dengan kuat, Ianya beroperasi di Johor. Maxim Malaysia bukan sahaja fokus dengan e-panggilan malahan memperkenalkan pelbagai lagi servis seperti penghantaran barang, kargo, penghantaran makanan dan bersedia untuk memenuhi keperluan harian semua. Tarif bergantung kepada bandar yang dikunjungi, pilih bandar percutian anda di aplikasi dan nikmati kemudahannya.Aplikasi Maxim boleh didapati melalui Playstore, Appstore dan Huawei Store. 

Post a Comment

1 Comments

  1. cuti sekolah datang kembali, mesti tempat pelancongan di johor penuh

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com