Bufet Ramadan 2023 - Buffet Makan Besar Ramadan @ Grand Almizan, Avenue M, Johor Bahru

Bufet Ramadan 2023 - Buffet Makan Besar Ramadan @ Grand Almizan, Avenue M, Johor Bahru

Bufet Ramadan 2023 - Buffet Makan Besar Ramadan @ Grand Almizan, Avenue M, Johor Bahru | Ni tahun kedua diorang buat bufet Ramadan. Dengarnya, tahun lepas sambutan kat sini sangat memberansangkan! Jadi, kali ni ciksun try jugak la preview bufet Ramadan diorang bila ada iklan kat page FB Grand Almizan hari tu. Kali pertama ciksun jejak Avenue M, Johor Bahru ni sejak bertukar dari M Suites Hotel. Biasanya kalo ke JB, memang akan lalu Grand Almizan ni, nampak meriah aje dari luar, banyak kereta parking depan restoran. Kalau korang datang sini, ada parking juga kat bahagian basement ya!

Buffet Ramadan 2023 - Buffet Makan Besar Ramadan @ Grand Almizan, Avenue M, Johor Bahru

Tahun ni, dengan tema Buffet Makan Besar Ramadan, Grand Almizan menghidangkan lebih 100 menu untuk berbuka puasa. Kat bahagian luar restoran yang boleh nampak dari jalan raya, berbaris live cooking stalls dengan menu Kambing Kuzi Nasi Arab, Almizan Satay Ayam dan Daging, Otak-otak dan Pepes, Roti Canai, Roti Jala, Roti Bom dan Roti John, Mee Goreng Mamak, Mee Kari Nyonya, serta Aneka Sup (Ayam, Daging, Urat, Tulang, Babat, Lidah dan Pipi).

Allahu, serius sedap sungguh Almizan Satay Ayam dan Daging kat sini. Ye, Satay Ayam punnnn sedap, juicy, lembuttt dan sedap! Tak kering langsung ye! Memang betul la bila tanya nak makan satay mana sedap, orang selalu rekemen pergi Almizan Satay House dekat BBU nun. Dah lama dah bertapak kat sana, baru first time ciksun nak merasa satay nya kat Avenue M. Haha! Lamberttt betholl, dah rugi kesedapan beberapa tahun ๐Ÿ˜†

Buffet Ramadan 2023 - Buffet Makan Besar Ramadan @ Grand Almizan, Avenue M, Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 - Buffet Makan Besar Ramadan @ Grand Almizan, Avenue M, Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 - Buffet Makan Besar Ramadan @ Grand Almizan, Avenue M, Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 - Buffet Makan Besar Ramadan @ Grand Almizan, Avenue M, Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 - Buffet Makan Besar Ramadan @ Grand Almizan, Avenue M, Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 - Buffet Makan Besar Ramadan @ Grand Almizan, Avenue M, Johor Bahru

Kalau nak menu lauk-pauk tempatan, korang boleh masuk ke dalam restoran pulak. Ada Ayam Lemak Cili Padi, Ikan Asam Pedas, Udang Sambal, Labu Masak Lemak, Braised Tofu with Oyster Sauce, Rendang Daging, Lemang dan Ketupat, Bubur Lambuk, Aneka Gorengan seperti Pisang Goreng, Keledek Goreng, Keropok Lekor dan Durian Goreng juga! Sedappp yee Durian Goreng dia, cair kat dalam, jadi kena gigit dengan penuh berwaspada. Haha!

Dekat bahagian Kids Corner pulak ada dihidangkan Spaghetti Marinara dan Carbonara, Nugget Goreng serta Fish Nugget Goreng. Walaupun dia sebut Kids Corner, korang yang dah tak berapa nak kids tu boleh aje amek makanan ni masa berbuka puasa nanti. Ye lah, dah teringin kan, kesian pulak dah berpuasa sepanjang hari, takkan nak halang makan pasta ๐Ÿ˜

Apa kau merapu ni Raju?!

Buffet Ramadan 2023 - Buffet Makan Besar Ramadan @ Grand Almizan, Avenue M, Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 - Buffet Makan Besar Ramadan @ Grand Almizan, Avenue M, Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 - Buffet Makan Besar Ramadan @ Grand Almizan, Avenue M, Johor Bahru

Aneka Buah-buahan, Kerabu, Ulam-ulaman, Sambal, Kuih-muih Melayu, Puding, dan Bubur pembuka selera pun ada dihidangkan betul-betul dekat buffet counter belakang registration table depan pintu masuk restoran. Memang meriah ye kalau berbuka puasa dekat sini. Korang boleh tengok gambar-gambar menu lain dekat page FB Blog Sunah Sakura ya!

Nah details untuk korang book cepat-cepat!

Buffet Makan Besar Ramadan

๐Ÿ“ Grand Almizan, Avenue M (dulu M Suite Hotel)
๐Ÿ—“️  24 Mac - 20 April 2023
๐Ÿ•ก  6.30 pm - 9.30 pm

๐Ÿ•Š️ Promosi Early Bird (sehingga 13 Mac 2023)
RM88 nett per Dewasa
Beli 15 PERCUMA 1

๐Ÿ’ธ Harga Biasa
RM108 nett per Dewasa
RM58 nett per Kekanak (6-12 tahun) & Warga Emas (60 tahun ke atas)

Kekanak bawah 6 tahun makan PERCUMA

✨ Business Package, Beli 10 PERCUMA 1
✨ Special CSR, 50% OFF harga voucher untuk dua minggu pertama Ramadan

Untuk tempahan dan pertanyaan:
๐Ÿ“ฑ 019-790 0471 (MIRA)

Post a Comment

0 Comments