Bufet Ramadan 2023 - Bazaar Makan-Makan @ Opero Hotel Southkey

Bufet Ramadan 2023 - Bazaar Makan-Makan @ Opero Hotel Southkey

Bufet Ramadan 2023 - Bazaar Makan-Makan @ Opero Hotel Southkey | Masih teringat-ingat ciksun dengan OP Roasted Prime Rib with Shallot Reduction yang dihidangkan kat sini masa preview bufet Bazar Makan-Makan @OPERO hari tu. Serius sedap sangat daging premium ni, chef cakap guna bahagian Rib lembu yang berkualiti tinggi. Makan pulak dengan Mashed Potato yang tak kurang sedapnya, memang boleh mengulang ambik lagi! 

Buffet Ramadan 2023 - Bazaar Makan-Makan @ Opero Hotel Southkey

Lebih kurang 400 hidangan akan disediakan untuk korang berbuka puasa kat Opero Hotel Southkey ni pada bulan Ramadan nanti, termasuk 8 marquee tents. Kalau tahun lepas, memang cantik suasana nya dengan lampu-lampu bawah kanopi tu, rasa macam majlis kahwin pun ada. Hihi. Tahun ni, sama macam tahun lepas, diorang buat bufet ni dekat Grand Florius Ballroom, dari lobi tu korang boleh turun tangga ke bawah. Nanti terus nampak Kambing Kuzi dengan Nasi Arab kat depan pintu masuk ballroom.

Bagi peminat daging premium, korang akan jumpa USDA Prime Ribeye, Angus Rib Eye, and Striploin Steak kat sini. Setiap potongan daging dipilih dengan teliti, kemudian dimasak atau dibakar sehingga tahap 'doneness' yang terbaik, so hasilnya nanti korang akan dapat daging yang juicy, lembut dan beraroma. Memang puas hati gilerrrr, sampai kawan ciksun pun menambah-nambah ye!

Selain tu, ada banyak lagi menu yang diketengahkan seperti Kambing Masak Bumbu, Oxtail Osso Bucco, Butter Prawns, Chilli Crab, Mussels Au Gratin, Rendang Daging, Ayam Masak Merah, Seafood on Ice, Sup Ekor Berempah, Homemade Sausages, Lamb Chop, Short Ribs, Udang Harimau, Ikan Pari & Sotong Grill, Satay Ayam, Kambing & Daging, Shawarma Ayam & Kambing, Live Teppanyaki, Roti Naan & Ayam Tandoori, aneka Sushi & Sashimi, Hokkien Carrot Cake dan banyak lagi!

Buffet Ramadan 2023 - Bazaar Makan-Makan @ Opero Hotel Southkey

Buffet Ramadan 2023 - Bazaar Makan-Makan @ Opero Hotel Southkey

Buffet Ramadan 2023 - Bazaar Makan-Makan @ Opero Hotel Southkey

Buffet Ramadan 2023 - Bazaar Makan-Makan @ Opero Hotel Southkey

Buffet Ramadan 2023 - Bazaar Makan-Makan @ Opero Hotel Southkey

Buffet Ramadan 2023 - Bazaar Makan-Makan @ Opero Hotel Southkey

Buffet Ramadan 2023 - Bazaar Makan-Makan @ Opero Hotel Southkey

Buffet Ramadan 2023 - Bazaar Makan-Makan @ Opero Hotel Southkey

Then, jangan lupa untuk nikmati pencuci mulut juga, ada Baklava, Bread & Butter Pudding, Apple Cheese Strudel with Vanilla Sauce, Blueberry Crumble, Chocolate Fudge Pudding, Kuih-muih Melayu, Dodol, Lychee Kang, Cendol, Almond Bean Curd with Longan and Honey Sea Coconut, Tau Foo Fah with Gula Melaka, Buah-buahan potong (strawberry dia sedap gilaaa, manis dan besar!), Aiskrim Yogurt OPERO dan macam-macam lagi. Korang boleh belek FB page Blog Sunah Sakura untuk tengok lagi banyak gambar yang menggiurkan ye!

Yesss, kat sini la satu-satunya bufet hotel yang hanya menggunakan bahan-bahan premium kat Johor Bahru ni. Sekali setahun, haa boleh la cuba berbuka kat sini nanti dengan family or kawan-kawan. Istimewa bulan Ramadan nanti, kalo ada rezeki korang, boleh la bersua muka dengan pasangan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. Diorang jadi ambassador untuk bufet ni kat Opero Hotel Southkey ❤️

Buffet Ramadan 2023 - Bazaar Makan-Makan @ Opero Hotel Southkey
Kredit: Opero Hotel Southkey

Bazaar Makan-Makan @OPERO Buffet Dinner

๐Ÿ“ Grand Florius Ballroom, Opero Hotel Southkey
๐Ÿ—“️ 24 Mac - 18 April 2023
๐Ÿ•ก 6.30pm - 10.00pm

๐Ÿ•Š️ Promosi Early Bird (sehingga 10 Mac 2023)
Beli 10 PERCUMA 3

๐Ÿ’ธ Harga Biasa
RM188 nett per Dewasa
RM168 nett per Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM88 nett per Kekanak (7-12 tahun)

Kekanak 6 tahun ke bawah PERCUMA

Untuk tempahan dan pertanyaan:
๐Ÿ“ฑ 011-3680 0899 (Amirah) | 016-840 0899 (Grace) | 010-887 0899 (Suhana) | 016-511 0899 (Fateha)

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com