Bufet Ramadan 2023 - Citarasa Dua Benua @ The Westin Desaru Coast

Bufet Ramadan 2023 - Citarasa Dua Benua @ The Westin Desaru Coast

Bufet Ramadan 2023 - Citarasa Dua Benua @ The Westin Desaru Coast | Kalau tahun lepas diorang featured menu-menu air tangan Chef Adu, tahun ni diorang bawakan pulak menu-menu khas dari Chef Jaffery dan team kulinari beliau dengan tema Citarasa Dua Benua di restoran Seasonal Tastes, The Westin Desaru Coast Resort. Yeee, dulu kat conference hall, kali ni diorang buat kat sini terus! Restoran ni boleh muat 120 orang dalam satu masa, ditambah dengan 36 seatings kat bahagian luar restoran. Lebih santai suasananya, indah pulak tu kalau duduk tepi pool. Best!

Buffet Ramadhan 2023 di The Westin Desaru Coast Resort

Kalau korang nak makan secara lebih peribadi, restoran ni ada jugak menyediakan ruang makan separa persendirian untuk 10 orang. Sesuai la untuk event kecik je. Bulan Ramadan nanti, meriah la restoran ni dengan live action stations, korang boleh order makanan dan tengok chef-chef sediakan order korang depan mata gitu ha. Para pengunjung jugak boleh tengok pilihan menu yang diketengahkan daripada Westin’s Signature Eat Well Program – sebahagian daripada jenama Six Pillars of Wellbeing.

Bufet ni menggabungkan citarasa Mediterranean dan Malaysia, sebab tu namanya dua benua gituuu. Mostly yang Mediterranean tu dari Timur Tengah, ada Roti Arab, Falafel, Kibbeh, Tabbouleh, Hummus, Baba Ganoush, Fattoush Salad, Dolmas, Grilled Halloumi dan Ful Medames. Dekat bahagian main course pulak, korang boleh cuba Chicken Shish Tawook, Lamb Moussaka, Kharoof Mahshi, Chicken Shwarma, Grilled Garlic Butter Squid, Chicken Kabsah, dan Kambing Bakar perapan Harissa. Sedap sungguhhh Lamb Moussaka tu, paling recommended kalo korang berbuka puasa kat sini nanti! Roti Arab pun lembuttt, makan dengan Kibbeh dan segala condiments tu, sedap sedap sedapppp!

Buffet Ramadhan 2023 di The Westin Desaru Coast Resort

Buffet Ramadhan 2023 di The Westin Desaru Coast Resort

Buffet Ramadhan 2023 di The Westin Desaru Coast Resort

Buffet Ramadhan 2023 di The Westin Desaru Coast Resort

Buffet Ramadhan 2023 di The Westin Desaru Coast Resort

Buffet Ramadhan 2023 di The Westin Desaru Coast Resort

Buffet Ramadhan 2023 di The Westin Desaru Coast Resort

Buffet Ramadhan 2023 di The Westin Desaru Coast Resort

Buffet Ramadhan 2023 di The Westin Desaru Coast Resort

Antara menu-menu tempatan Malaysia pulak adalah Udang Galah Lemak Cili Padi, Lemang, Ketupat, Satay Ayam dan Daging, Daging Rendang Minang, Daging Masak Merah, Ayam Masak Pongteh, Laksa Johor, Assam Laksa, Ikan Bakar Sambal dan Sup Daging Berempah. Menu-menu masakan Cina dan India (disediakan khas oleh Chef Rajendra Singh dari India) pun ada, korang kena cuba Nestum Prawn, Wok Fried Blackpepper Beef, aneka Dimsum, Tangedi Chicken Kebab, Nasi Briyani Dum Kambing Hyderabad, Murtabak Daging & Kambing, dan banyak lagi! Menu-menu masakan India dia memang sedap-sedap kat sini, korang kena cuba Nasi Briyani dengan Murtabak Daging tu ye, adoiii teringat-ingat ciksun sampai sekarang ni rasa dia.

Buffet Ramadhan 2023 di The Westin Desaru Coast Resort

Lagi menarik, bahagian pencuci mulut dia ada Baklavas, Muhallabiyeh, Balah El Sham, Umm Ali, Basbousa disamping Kuih-Muih Melayu, Dodol, Bubur Kacang Jagung, aneka kek, Buah-buahan dan juga Turkish Ice Cream! Alahai, ciksun serius tak perasan ada Turkish Ice Cream masa gi preview hari tu. Mati-mati ciksun ingat tu hiasan je sebab ada bulan bintang, rupanya aiskrim betul! Hahaha! Kalau korang datang nanti, make sure korang cuba tau! Kalau korang nak tengok lagi banyak gambar, boleh belek kat FB page Blog Sunah Sakura ya!

Berapa harga bufet ni?

Citarasa Dua Benua Buffet Dinner

๐Ÿ“ Seasonal Tastes, The Westin Desaru Coast Resort
๐Ÿ—“️ 27 Mac - 12 April 2023
๐Ÿ•ก 6.30pm - 10.00pm
๐Ÿ•Œ Surau ✅

๐Ÿ•Š️ Harga Early Bird (beli dari 1 - 26 Mac 2023)
RM98+ per Dewasa
RM49+ per Kekanak (4 - 12 tahun)

๐Ÿ’ธ Harga Biasa
RM128+ per Dewasa
RM64+ per Kekanak (4 - 12 tahun)

✨ Beli 10 PERCUMA 1 untuk kedua-dua harga.

Untuk tempahan dan pertanyaan:
๐Ÿ“ž 07-838 3333
๐Ÿ“ฑ 012-789 2092
๐Ÿ“ง fb.westindesaru@westin.com

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com