Ticker

6/recent/ticker-posts

Nasi Dagang Ikan Tongkol @ Kafetaria Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

Nasi Dagang Ikan Tongkol @ Kafetaria Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Semalam ciksun ke KK Mahmoodiah untuk buat medical checkup sikit. Nape jauh buat kat sana? Sedangkan boleh pergi KK Taman Universiti aje? Sebab semalam kak Ajan pun ada medical checkup dekat HSA, jadi alang-alang ciksun pergi la buat kat KK Mahmoodiah. Ciksun kan takde kereta buat masa ni, mengharapkan ihsan housemate aje.

Ciksun ingat nak buat National Health Screening Initiative tu, dah siap buat appointment kat MySejahtera untuk slot pukul 11 pagi. Sebab sepanjangan hidup, ciksun memang tak pernah check sama ada ciksun ada NCD atau tak. Dengan berapa malam ni badan bagi tanda-tanda pelik, ciksun jadi risau pulak. Tu yang pergi jugak buat appointment walaupun takde kereta. Kalau ada kenderaan sendiri, senang sikit kan kita nak pilih pergi KK mana.

Tapi bila kita tunjuk kat misi yang jaga pintu masuk, kita nak buat NHSI tu, dia tanya pulak kita nak buat apa. Aik? Dia tanya kita ada sakit apa-apa ke, nak buat untuk ape NHSI tu? Lahhh pularkkkk. Kita ni da la first time nak buat, mana la tau kan. Ingatkan dulu kerajaan buat NHSI tu memang untuk kita screen NCD sebab ramai yang tak pernah screen NCD walaupun dah berumur lebih 35 tahun. Then ciksun cakap la untuk diri sendiri je, tak buat untuk sape-sape pun. Pemeriksaan kendiri kan perlu juga?

Misi yang bagi number untuk registration pun tanya ciksun nak buat untuk ape. Ade sakit ape-ape tak? Ciksun cakap la ciksun takde sakit apa-apa. So, tak payah buat screening ke? Misi cakap bukan tak payah, tapi patient sangat ramai, takut lambat. Ohhh, walaupun dah buat appointment dan datang awal 30 minit pun? Yeee, katanya. Hurmmm. Sebab tu la dia tanya ada sakit apa-apa tak. Kalau ada sakit, dia boleh terus direct kan ke bilik doktor. So, nanti doktor akan bagitahu la sama ada nak check darah apa semua. Ok, ciksun bagitau la berapa malam ni rasa jari-jemari kaki berdenyut-denyut dan bergerak sendiri sampai ciksun tak boleh nak tidur. Macam ada angin gitu urat dia.

Kiranya sekarang ni KK lebih mementingkan kes-kes kecemasan atau yang memang ada sakit aje. Kalau nak buat NHSI, susah sikit lah. Ciksun da jumpa doktor semalam, bila bagitau niat asal ciksun pun, dia suggest pergi buat dekat KK terdekat dengan tempat kediaman sebab nanti nak check darah, tunggu result darah dalam dua tiga hari, kena datang balik katanya. Takut jauh. Oooo. Tak pe lah, nanti ciksun buat kat klinik swasta je lah, tunggu ade rezeki lebih sikit. Lebih mudah dan direct to the point kita nak check apa.

Lepas dah setel jumpa doktor, dia bagi ubat sapu tahan sakit je untuk kaki ciksun tu. Walaupun tak sakit. Huhu. Ciksun sebenarnya risau tanda-tanda awal strok ke, hyperthyroid ke, naudzubillah. Tapi hari ni macam dah ok and dah berkurang gerakan dia. Mungkin juga kaki penat, tak tahu lah kan. Harapnya tak ada apa yang serius. Dah setel kat situ, ciksun pergi kafetaria HSA, kak Ajan suggest ciksun makan dulu sementara dia jumpa doktor. Ciksun memang puasa dari malam tu tak makan apa-apa sebab expect nak buat NHSI tu. Last-last takde pun. Kelaparan lah dibuatnya sebab appointment kul 11 pagi.

Jalan kaki aje dari KK Mahmoodiah pergi kafetaria HSA. Tak jauh pun, turun bukit ikut jalan belakang, dah sampai. Belum ramai sangat orang waktu tu sebab belum masuk betul-betul waktu lunch. Blur ciksun nak makan apa, banyak pilihan makanan kat sini. Nasi berlauk, Nasi Ayam, Nasi Kerabu, Kuih-muih. Last-last ciksun beli Nasi Dagang Ikan Tongkol sebungkus RM6.00 dengan air Detox satu gelas RM2.50.

Nasi Dagang Ikan Tongkol @ Kafetaria Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

Sedap juga Nasi Dagang nya, Kari Ikan Tongkol tu boleh lah. Tapi air Detox dia manis betul lerrr. Takde pulak ciksun ambik gambarnya. Alaaa, air kosong yang ada asamboi, lemon semua tu. Isi perut sekejap kat sana, then tunggu kak Ajan siap ambik ubat. Sekejap je lepas ciksun setel makan. Tiberr kak Ajan dah muncul depan kafe bersama satu plastik air Kopi O Ais Kosong. Haha!

Sempattt dia tapau bawak balik.

Ok lah, tu aje cerita semalam. Bye!

Post a Comment

6 Comments

  1. lama nya x makan nasi dagang.. time bulan puasa hari tu pun dpt nasi kerabu jer

    ReplyDelete
  2. Kalau ke Tengganu memang cari nasi dagang ikang aya ni

    ReplyDelete
  3. Since isu HO/MO kontrak ramai kawan-kawan saya berhenti dari KKM. Kurang dah staff dekat hospital, servis pun tk memuaskan huhu

    ReplyDelete
  4. Meriah makanan kat HSA berbanding HSI tu..

    ReplyDelete
  5. Pergi KK tok asal tahan nak menunggu jak. Mun sidak hospital / KK dapat polah kedak JPJ track nombor giliran queue dekat apps, nyaman sikit sik la buang masa menunggu giliran jak. Sambil tunggu boleh pergi tempat lain dolok / balit ofis polah kerja dolok. Dah dekat2 nombor giliran baru pergi agik ke KK. Sik da la penuh parking / tempat duduk dgn org menunggu jak.

    ReplyDelete
  6. dah lama tak pergi HSA, dah malas.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com