Ticker

6/recent/ticker-posts

Pilih Tahap Kenderaan Dengan Maxim E-hailing Mengikut Keperluan

Pilih Tahap Kenderaan Dengan Maxim E-hailing Mengikut Keperluan | Keperluan perkhidmatan e-panggilan semakin meningkat dengan pesat di Malaysia dan perkhidmatan ini merupakan aspek penting untuk perjalanan setiap hari. Pengguna lebih suka menggunakan perkhidmatan e-panggilan sebagai rutin harian mereka, ini kerana ianya boleh mengelakkan pening kepala untuk mencari parkir kereta. Maxim sebagai salah satu perkhidmatan e-hailing pengangkutan yang diketahui serta menawarkan pelbagai jenis pilihan kenderaan untuk pengguna, mereka boleh memilih jenis  yang sesuai dengan situasi sampai di lokasi pilihan.

Di bawah merupakan kepelbagaian tarif kenderaan yang tersedia di kawasan Johor Bahru, serta beberapa bandar di Johor. Pemilihan kenderaan boleh dipilih bergantung kepada beberapa kondisi seperti kesesuaian situasi, bilangan penumpang, lokasi dan situasi semasa. Maxim E-hailing amat mementingkan keselesaan penumpang dan meletakan ini sebagai tanda utama. Dengan adanya pelbagai tarif ini, pengguna boleh membuat pemilihan jenis kenderaan yang sesuai dengan keadaan masing-masing.

Pilih Tahap Kenderaan Dengan Maxim E-hailing Mengikut Keperluan

Ekonomi
Kereta ekonomi merupakan jenis kenderaan tambang murah yang boleh dinaiki 4 penumpang dan sesuai untuk pengguna yang menempah untuk kumpulan kecil. Selalunya ia menjadi pilihan utama untuk para pelajar dan pekerja yang menggunakan Maxim setiap hari, kerana harga yang lebih berbaloi dan mudah untuk didapati. Kebanyakan rakan-pemandu juga menggunakan kereta ekonomi sebagai jenis kenderaan mereka, ianya sangat cekap, jimat minyak dan lestari.

Selesa
Tariff selesa merupakan jenis kenderaan yang lebih besar, selesa dan mempunyai ruang kaki yang besar. Ianya dirujukkan kepada kereta berjenama dengan kemampatan 4 penumpang serta mempunyai suasana yang luas. Bukan setakat itu, ia juga menjadi pilihan pengguna yang sukakan keadaan selesa.

MPV
Multi Purpose Vehicle (MPV) merupakan jenis kereta besar yang boleh memuatkan 6 penumpang, ruang untuk barang besar, kotak dan bagasi. Penumpang akan membuat tempahan kereta MPV kerana mereka ramai atau memerlukan ruang yang banyak untuk barang. Tarif ini lebih selesa untuk keluarga besar atau sekumpulan rakan yang ingin menaiki kenderaan bersama dan berkongsi kos tempahan.

Teksi
Teksi merupakan pilihan kenderaan yang ada dan boleh didapati di beberapa lokasi khas, kenderaannya juga selesa dengan harga yang berpatutan. Tarif ini sesuai untuk pengguna di kawasan pengangkutan awam seperti lapangan terbang, stesen bas atau stesen kereta api, ini kerana kebanyakan teksi akan menunggu penumpang di kawasan itu.

Pemilihan jenis tarif kenderaan bergantung kepada pengguna, Maxim E-hailing cuba sebaik mungkin untuk memenuhi keperluan semua bagi memastikan keselesaan terjamin. Kini pengguna dapat membezakan jenis tarif kenderaan yang ada, buat la pilihan dengan baik dan bergantung kepada situasi.

Info
Maxim merupakan aplikasi mudah alih antarabangsa yang berkhidmat kepada sebanyak 18 negara di seluruh dunia dan bakal menyambut ulang tahun ke 20 di dalam industri teksi pada tahun ini. Aplikasi ini mempunyai lebih daripada berjuta-juta pengguna. Maxim bukan sahaja tertumpu pada e-hailing, tetapi perkhidmatan telah mempelbagaikan kepada kurier bungkusan, menunda kenderaan, kargo dan penghantaran makanan yang sedia memenuhi keperluan harian semua. Aplikasi Maxim boleh dimuat turun melalui Google Play, App Store, Huawei App Gallery dan Galaxy Store. Nikmati perjalanan anda dengan Maxim E-hailing dengan perjalanan yang berpatutan dan mudah.

Post a Comment

0 Comments