Gathering Makan-makan Dengan Fans Marshmallow Bukit Kerinchi

Gathering Makan-makan Dengan Fans Marshmallow Bukit Kerinchi

Gathering Makan-makan Dengan Fans Marshmallow Bukit Kerinchi | Ni cerita ciksun pergi KL sebelum raya haji hari tu. Dah lama plan dengan member group fans Marshmallow, bersungguh-sungguh memasing fikirkan menu apa untuk potluck kitorang, cerita makan-makan memang paling digemari dalam group telegram tu. Ciksun dari Johor, memula fikir tak perlu la nak masak apa-apa. Bawak la makanan yang dah siap or minuman ke yang mudah-mudah aje.

Tapi hampir ke hari kejadian, ciksun akhirnya buat keputusan untuk buat Umai Udang, memenuhi permintaan salah seorang rakan fans Marshmallow yang rindu nak makan menu tu. Ciksun dah la tak pernah buat umai, makan pun tak pernah sebab tak sukaaaa ada bawang banyakkk. Biasa kalo mamak or adik buat kat rumah, bau bawang dia tu menenggelamkan segala benda lain dalam piring. Membantutkan terus rasa nak cuba. Haha! Mamak selalunya buat umai guna ikan, ni memang sungguh-sungguh la first time ciksun buat Umai Udang.

Hasilnya?

Gathering Makan-makan Dengan Fans Marshmallow Bukit Kerinchi

Ini diaaa. Pukul 4 pagi ye start prepare. Dan ciksun salah estimate prep time, nak kupas 20 ekor udang, makan masa agak lama juga. Menyesal tak kupas sesiap sebelah malamnya sebelum tido. Tapi ciksun teruskan aje lah, memang lambat pun jadinya sampai suami tinggalkan ciksun dan masuk hiking dulu bagi Marshmallow makan ๐Ÿ˜‚ Padahal dah janji nak ambik dia lepas Subuh, nak buat macam mana, kita nak whatsapp update apa-apa pun tak sempat time tu. Apatah lagi nak belek group telegram tu. Tiba-tiba terjadi sesuatu pulak, haha...malas ku nak cerita sini, benda dah berlalu dah.

Alhamdulillah, ciksun sampai kat kaki Bukit Kerinchi dan dapat parking jauh sikit dari pintu masuk tangga Marshmallow. Hari Ahad, ramai betul orang masuk dan kereta pun penuh parking tepi jalan tu. Kawan dalam telegram share lah laluan untuk ke tempat Marshmallow selalu makan. Tapi bila sampai situ, takde sesiapa. Ciksun teruskan menapak ke pondok Mallow, ingat-ingat jalannya daripada live suami selalu. Akhirnya nampak diorang tengah riuh dekat pondok. Tapi pagi tu Mallow tak berapa nak makan sangat. Ciksun bawakkan pedal ayam dan udang rebus, tapi Mallow tak nak makan pun. Maybe Mallow excited sebab dapat jumpa daddy dia sejak daddy pergi Bali empat hari.

Gathering Makan-makan Dengan Fans Marshmallow Bukit Kerinchi

Lepas lepak dengan Mallow, kitorang ke tapak perkelahan dekat main entrance Taman Rimba Bukit Kerinchi. Dah siap book tapak dengan DBKL, apply permit dan bayar deposit RM100. Deposit ni akan dipulangkan bila kita pulangkan semula permit. Senang aje kan? Kiranya tapak tu tak payah bayar apa-apa pun, cuma kena book 14 hari sebelum event kita. 

Nak tengok tak diorang semua bawak makanan apa? Nahhhh!

Meriah kannn! Macam-macam menu ada, disusun cantik pulak tu. Orang lalu-lalang pun heran nengok, diorang ni menjual makanan ke? Siap ada yang berhenti tanya tau, jual ke? ๐Ÿ˜†

Alhamdulillah, sedap-sedap semua menu yang ada. Gigih memasing memasak, ada yang datang dari Seremban jugak. Sanggup datang jejauh sebab nak jumpa semua. Menyempat jugak ciksun bukak beg keychain Marshmallow, buat jualan kat situ ๐Ÿ˜‚

Gathering Makan-makan Dengan Fans Marshmallow Bukit Kerinchi

Bergambar, wajib la kan?

Belakang dari kiri, ciksun, Deebot, kak Ita, Dee
Depan dari kiri, Kyra, Jue, Zahra, Eiqa, Yan, Mr. Iman, anak bujang Yan & Mr. Iman

Mekasih korang!

Semoga ukhuwah ni berkekalan hingga ke jannah. Ameen! Ada rezeki, kita jumpa lagi ๐Ÿ’–

Post a Comment

6 Comments

  1. Pehhhhh.. korang bawa makanan dah macam buffet ramadhonnnn.

    ReplyDelete
  2. Meriah betul potlucknya. Menu menu pun tempting betul. First time buat umai pun nampak sedap.

    ReplyDelete
  3. meriahnya makanan! best kalau gini

    ReplyDelete
  4. Pergh.. Hiking dan makan makan.. Memang meriah sangat! hahaa.. Aku pun tak pernah try Umai.. Bila lagi nak masaknya kak.. Boleh lah aku merasa kak.. ahhahaa

    ReplyDelete
  5. Rameinya fans Marshmallow. Meriah makanan kitak org macam makan kat open house raya jak ๐Ÿคญ Ney gambar Marshmallow?

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com