WW: Bakso Bejo Korea Busan Branch

WW: Bakso Bejo Korea Busan Branch

Haa, ciksun makan malam kat sini dengan Farabelle masa jumpa dia kali kedua.
Bakso Bejo Korea Busan Branch.
Dari lab ke sana dalam 30 - 40 minit waktu peak orang balik kerja.
Tak jauh dari BIFF Square.

Bakso Bejo Korea Busan Branch

Bakso Bejo Korea Busan Branch

Restoran Indonesia.
Menu utama dia bakso.
Ciksun order Nasi Ayam Penyet.
Fara order Nasi Ayam Bakar.
Kami tambah lagi satu Bakso Biasa.
Nak rasa lah kan.

Bakso Bejo Korea Busan Branch

Bakso Bejo Korea Busan Branch

Bakso Bejo Korea Busan Branch

Alhamdulillah sedap Nasi Ayam Penyet nya.
Fara cakap Nasi Ayam Bakar pun sedap.
Bakso dia ok lah, ciksun bukan peminat bakso sangat.
Dalam bakso ada dua jenis mee diorang letak.

Bakso Bejo Korea Busan Branch

Mostly customers dia orang Indonesia yang kerja as ship loader dekat Busan Port.
Menariknya, Indonesia dan Korea ada kerjasama tenaga buruh macam ni.
Diorang kalo nak datang kerja kat Korea kena training dulu dan ambik exam secara legal.
Malaysia tak ada ya, jadi Malaysian yang datang buat kerja kilang kat Korea memang tak legal.
Menyebabkan banyak berlaku kes overstay dan ramai warga Malaysia dihantar balik oleh imigresen.
Setiap hari, ada je dengar kes ni, kesian juga dekat pelancong yang betul-betul nak melancong.
Tak lepas masuk ke Korea atas sebab-sebab tertentu.

Bakso Bejo Korea Busan Branch

Diorang ada jual barang import dari Indonesia jugak.
Kek Lapis Legit dengan Kopi Tora Bika pun ada dijual kat sini.
Ada surau disediakan kat dalam restoran.
11.30 AM - 9.00 PM
Selasa TUTUP.

Naver:
박소베조코리아
Bakso Bejo Korea
부산 중구 광복로 40-1


P/S: Hari ni ciksun dan suami ke Pyeongchang, ciksun ada conference kat sana. Doakan ya!

Post a Comment

4 Comments

  1. Sedap dan sama tak masakan Indonesia kat sana Cik Sun...ooo suami ada kat sana..seronok la Cik Sun..selamat ber conference ye Cik Sun

    ReplyDelete
  2. bakso sedap.... lain rasanya dengan mee sup.. yumm yumm, kalau dekat boleh pergi...

    ReplyDelete
  3. wahh ada restoran indo kat sana bestla dpt makan bakso dgn ayam penyet situ., hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com