Ticker

6/recent/ticker-posts

Mencuba Hazzana Mee Udang di Kampung Jepak, Bintulu

Mencuba Hazzana Mee Udang di Kampung Jepak, Bintulu | Ciksun ke sini dalam minggu kedua lepas raya dengan mamak, bapak dan dak Ecah. Memula kitorang nak gi Mee Udang dekat Kuala Segan, tapi tak tahu lokasi sebenar dekat mana. Dah sampai Kuala Segan, tercari-cari kedainya. Tengok kat google n FB, macam bukak waktu malam je. Tak tahu la betul ke tak. Jadinya, dak Ecah bawak ke Kampung Jepak aje, tak jauh dari Kuala Segan.

Mencuba Hazzana Mee Udang di Kampung Jepak, Bintulu

Hazzana Mee Udang namanya kalo dalam google. Buka setiap hari, pukul 9 pagi sampai 8 malam. Ada banyak juga pilihan menu dia, tapi kitorang dah biasa mesti cari Mee Goreng Udang. Harga pulak ikut portion udang yang kita pilih, dari saiz kecik hingga saiz premium. Mulanya ciksun nak order saiz besar, tapi takde stok. Jadi kitorang semua pilih saiz biasa. Diorang bagi 4 ekor udang galah saiz sederhana atas mee goreng.


Mencuba Hazzana Mee Udang di Kampung Jepak, Bintulu

Mencuba Hazzana Mee Udang di Kampung Jepak, Bintulu

Sedap juga bagi ciksun, juicy udang nya dan fresh. Mee gorengnya pedas sikit, portion mee tu banyak boleh kongsi dua orang. Mujur order 3 pinggan aje. Dak Ecah share je dengan ciksun dan mamak. Bapak makan sepinggan sorang-sorang dia pun ada sikit lagi tinggal mee nya. Ciksun dengan mamak yang share dengan Ecah pun tak habis makan, tinggal dalam sesenduk macam tu. Takleh masuk dah.

Mencuba Hazzana Mee Udang di Kampung Jepak, Bintulu

Mencuba Hazzana Mee Udang di Kampung Jepak, Bintulu

Mencuba Hazzana Mee Udang di Kampung Jepak, Bintulu

Sini kalo nak parking bole park depan dengan belakang restoran. Konsep restoran open air, kalo gi tengahari panas terik, panas jugak lah. Overall, selesa aje, yang penting makan minum sedappp ๐Ÿ˜‹

Ok bye!

Post a Comment

5 Comments

  1. jauhnya nak pergi. Meh la bungkuskan sikit...hehehe... Mula mula nampak tajuknya Hazama.. ohh.. dah buka kedai makan Hazama penyanyi ni.. rupanya Hazzana

    ReplyDelete
  2. Kmk pernah makan di sitok juak, cuma kmk lebih suka mee udang di Kuala Segan ya. Tapi bukan dah tutup ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sik sure kamek kak..ari ya perasan juak, nok Mee Udang Kuala Segan ya permanently closed..tapi sigek gik Mee Udang Kuala Segan Landing Burger, ya last post bulan Februari tahun tok..sik pasti bisnes yang sama ka sik..

      Delete
  3. rupa udang tu amat mengoda ya. haha

    ReplyDelete
  4. Aduhai....menggoda betul mee udang tu....seksi udangnya bagai menggamit suruh terjah dia kan...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com