Ayam Gepuk Top Global Cyberjaya | Masa study week, anak buah ciksun tumpang tido kat rumah dalam beberapa hari. Dia hantar barang-barang sebab dah nak cuti sem, nak balik kampung lepas final exam nanti. Tumpang letak barang-barangnya dekat satu bilik kat rumah sewa ciksun. Hari last sebelum hantar dia ke MRT Putrajaya Sentral, ciksun bawak dia lunch dekat Ayam Gepuk Top Global, Neo Cyber, Cyberjaya.
Kalau dikira, ni kali ketiga ciksun makan ayam gepuk yang ni. Dua kali makan dekat office, order Grab Food. Kali ni pergi kedai dia pulak. Ciksun dengan anak buah oder Combo Set B - nasi putih, ayam, kubis, timun, tauhu, tempe, sekali dengan teh o ais atau sirap ais, RM15.00 aje kalau dine in. Sambal pulak level biasa je, yang paling kurang pedasnya. First time dulu, order kacang aje, wehh tak puas makan. Terpaksa cuit sambal kawan sebelah. Hahaha! Sejak tu, ciksun pilih lah sambal biasa, dia ada kacang lebih dan sambal sikit.
Ayam mesti nak bahagian dada. Kadang-kadang je tak kisah, amek je la bahagian peha. Sebab ayamnya digoreng garing, so takde la bau darah ayam tu kalo amek peha. So far, so good la. Setakat ni suka set ayam gepuk kat sini. Kalau dine in, boleh refill nasi dan sambal. Sambal sedap, tapi jujurnya tak pernah lagi la jumpa set ayam gepuk tak sedap 😅
Sampai ke Cyberjaya ada? Banyak betul
ReplyDeleteWak paling menyampah kalau dapat ayam bahagian dada. Kalau kepak r paha okay.
ReplyDeleteAyam gepuk top global belum pernah rasa lagi. Kadang fobia nak ambil sambal level pedas tu. Ambil sambal pedas biasa je play safe. Saya lebih suka bahagian kepak. Paha tu kadang tu lah kalau ada darah tak masak sangat tu rasa spoil pulak kan.
ReplyDeleteBerbaloi sungguh Combo Set Ayam Gepuk Top Global Neo Cyberjaya ni!
ReplyDeletePost a Comment
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com