BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, March 16, 2011

Dengki Mendengki Amalan Tak Mulia



Mesti kamu-kamu semua familiar dengan surah ni kan? Tapi familiar tak dengan tafsir dan maknanya? Mungkin tak ramai yang tahu, jadi jom ler nak kongsi apa tafsirnya yang saya dapat kat SINI.

Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh:

Termasuk makna Tuhan yang menguasai Subuh adalah Tuhan yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah. Setiap muslim dianjurkan berusaha agar hari-harinya dimulai semenjak waktu subuh dan bahkan sebelum subuh dia dah buat solat malam (qiamullail) untuk membuka hari tu supaya dapat berkat dan pertolongan Allah.

dari kejahatan makhluk-Nya:

Berlindung dari kejahatan dan gangguan semua makhluk, meliputi manusia, jin, binatang-binatang, api neraka dan lain-lain, bahkan termasuk di dalamnya adalah berlindung dari kejahatan diri kita sendiri.

dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita:

Berlindung dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita yang di dalamnya terdapat keburukan-keburukan dan gangguan-gangguan. Banyak sangat keburukan dan bahaya yang keluar pada malam hari, contohnya binatang-binatang yang mengganggu, orang-orang jahat, pencuri, kemaksiatan dan lain-lain.

dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul:

Berlindung dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul sambil membaca mantera-mantera dengan tujuan untuk sihir. Allah menyebut wanita-wanita tukang sihir sebab kebanyakan yang buat sihir ni para wanita, namun hukumnya turut dimaksudkan kepada lelaki. Sihir memang wujud, tapi janganlah kita takut. Kat sinilah perlunya selalu berlindung dan memohon pertolongan Allah, sebab semuanya tidak mungkin terjadi kecuali dengan izin Allah.

dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki:

Iaitu orang yang membenci manusia atas nikmat yang diberikan Allah kepada mereka dan berharap agar nikmat tersebut hilang dari mereka bila dia dah mendengki. Hasad atau dengki ni sifat yang sangat tercela dan perangai yang sangat buruk serta akhlak yang sangat tidak terpuji. Pendengki pasti rugi dan menyesal serta amalannya terhapus. Termasuk hasad pula adalah 'Ain, iaitu pandangan mata yang timbul dari sifat hasad yang dapat merosakkan apa yang dipandangnya dengan izin Allah.

Yang last tu la paling penting, dengki-mendengki dalam dunia blog, mesti da tak asing da kan? Jadi...elok sangat diamalkan surah ni...

Semoga Allah melindungi kita dari sifat hasad, bahaya hasad dan 'Ain. Ameen...


LAMBAT PUBLISH SEBAB TERPIKAT DENGAN ENTRI CAMBEST



21 comments:

fashah84 said...

salam...

kalo ade perasaan hasad dengki@PHD ni ape bidang pon xkan maju..

kiera'sakura said...

ske entry nie!!!!! smoga kte sume terhindar dari sifat terkutuk tue.. amin...

rosmina samin said...

hye :) suka sgt2 dengan entri ni ^^ thanks Sunah

Isteri Yang Comel said...

orang sekarang sangat tinggin dengan PHD nyer sunah.. nice entry dik...

solo molo said...

Amin...

deeya said...

haip ! bukan yang last tu jer penting .. yang awal sampai akhir tu pun penting . blog nie sekadar alam maya jer sayang . ta perlu goyah dengan bangon jatuh .. tapi kehidupan kita adalah yang realiti dan ini lagi perlu dijaga :)

Sunah Mohammad said...

@fashah84

wa'alaikumussalam..

baru tau istilah PHD...:D

Sunah Mohammad said...

@kiera'sakura

thanks sayang...ameen...

Sunah Mohammad said...

@rosmina samin

hye ros~ :)

Sunah Mohammad said...

@Isteri Yang Comel

manusia akhir zaman...thanks akak...

Sunah Mohammad said...

@solo molo

ameen...

Sunah Mohammad said...

@deeya

subhanallah....sangat suka komen deeya...:)

logorithm said...

Patut la sorang mamat nih panggil Cik Sunah 'ustazah'. Hehe...

Anonymous said...

Ms H
suka blog kamu:)

Sunah Mohammad said...

@logorithm

macam kenal je sape...:D

... said...

wa'alaikummussalam..

subhanAllah..
sungguh beruntung dapat membaca entri ni. saya belajar lagi satu peringatan yang melalui pembaca disini..walaupun kadang-kadang leka.
syukran..

moga kita umat Islam dijauhkan dari hasad dengki.ikatkan hati kita pada-Nya insya'Allah tipu daya maklhluk laknatullah berjaya kita tepis.

ameen..

=)

Sunah Mohammad said...

@Anonymous

terima kasih anon~

Miss Ran said...

rajen cik sunah crik entry bes hehe

aDisH.sHidA said...

manusia tak lari dari PHD sunah..x boleh tgok org senang ada je yg x puas hati nya...bukan senang kita nak puaskan hati orang...kadangkala kita terpaksa..sebab nak jaga hati orang hati sendiri terluka....

Sunah Mohammad said...

@Miss Ran

susah woo nak carik entry cambest...

Sunah Mohammad said...

@aDisH.sHidA

erm..betul tu kak..

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.