BLOG ENCIK SUAMI

Monday, March 14, 2011

Pantang Betul Dia!


Ingat tak ibu mengandung kat entri NI? Sekarang kan dia da jadi ibu berpantang, jadi segala pemakanan dia kena jaga. Uhuk uhuk...memang berpantang betul! Tadi saya pi tanya Pak Cik Mat, ape makanan yang sesuai dimasak untuk ibu berpantang. Dia pun bagi la contoh makanan tu kat SINI (sebelum tu dia tersalah bagi link tu kat orang lain wehhhh....sape yang terasa tu, sila senyum sendiri ye~ hahahaha~) Lepas tu, saya pun cari la kat internet pulak...dan saya jumpa yang ni...

Jenis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.

Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.

Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jenis ayam dan burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Sumber kat SINI ye~


Susah wooo nak jaga makan ibu berpantang ni. Nak, nak kalo dia demam rindu kat anak yang jauh di mata...huhuhu. Semalam pun masakkan dia benda NI. Ikut suka hati saya je...T_T. Yang penting minyak sume takde...tapi kan, nape kene berpantang ni??? Saya tanya dia, dia pun tak tahu nape. Dengar cakap mak je katanya. Hahaha~ Adoiiii...tadi pi cari jugak nape kene berpantang lepas bersalin, jumpa maklumat tu kat SINI.

Ni baru jaga orang lain weh, nanti kalo diri sendiri berpantang cane la ek...ha, boleh la kamu-kamu amek tips kat atas ni ye...sekian.



20 comments:

aDisH.sHidA said...

ikan haruan yg paling sesuai..akak paling suka kalau sapa2 dok dlm pantang..akak penah jaga mak cik n kak ipar dlm pantang...panaskan tungku..masak sup haruan..wah sedap

~CiK TiNieY~ said...

ehem2...awalnya sunah cari info ttg makanan pantang utk ibu mengandung....hihi

dulu2,akak pernah jugak jd nurse utk mak..tlg urutkan die...urut simple2...tungku..then barutkan perut mak dengan halia yg telah ditumbuk halus...;)

Sunah Mohammad said...

@aDisH.sHidA

o...mana nak cari ikan haruan ni...-_-"

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sis ngeri nak mkn sup haruan..takut hanyir.msk lomak cili api ok la..tp klu dlm pantang , si mkn kapsul haruan je la.nice info sunah sayam.berguna bg sis yg sgt kuat pantang ni..org kampung la katakan!

Sunah Mohammad said...

@~CiK TiNieY~

kak tini!! adoi....-_-"

tak pernah jadi nurse ni sebab adik2 sume jarak dekat2..da takde adik kecik da...hohoho~

Sunah Mohammad said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)

hehehe..orang kampung duk kat doha!! housemate saya tu pun banyak benor kapsul dia makan..

z a k w a n said...

bila ibu ibu berbicara. hehehe

Cikgu CTE said...

dah tak larat mengalami bulan berpantang...sangat-sangat meletihkan....

lebih baik bersalin banyak tapi saya tak sanggup nak berpantang lagi walaupun banyak kelebihannya...

Sunah Mohammad said...

@z a k w a n

hahaha~ akak bukan, okie?

Fakhrul1409 said...

aih sunah...xsbr nk jd ibu ker? hehehe..

Citarasa Rinduan said...

masa kak pernah keguguran kak ayu makan pil ikan haruan jenama apa eik?....em.....adoi..lupa pulak..
yang pasti memang cepat lukanya sembuh

Sunah Mohammad said...

@Cikgu CTE

ye ke kak? huhu...housemate saya ni da la pantang, demam pulak..kesian dia..

Sunah Mohammad said...

@Fakhrul1409

erk! bukanlerr~~ ni nak kongsi bagi ang belajar sekali..haha~

Sunah Mohammad said...

@Citarasa Rinduan

o..akak pernah keguguran eh...huhu..

Fakhrul1409 said...

yeah! sunah nk kawen ngn _______! hehehee

logorithm said...

Wah! Rupa-rupanya banyak entri petua dalam blog Cik Sunah. Kena terjah entri-entri lama nih!

qasehraihan said...

makan semua yg bkenaan haruan..bagus ni..

eh nape buat entry ni??hehe..dh bau nasi minyak ke

Sunah Mohammad said...

@Fakhrul1409

haaa???

Sunah Mohammad said...

@logorithm

mana de banyak uncle..sikit jek..huhu..

Sunah Mohammad said...

@qasehraihan

yup, semua pasal haruan jek..

saya buat sebab housemate saya...dan akak jugak, perlukannya..:)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.