BLOG ENCIK SUAMI

Friday, July 8, 2011

Eh, Ustazah! : Tuduhan Palsu II


Hari ni ustazah sambung kelas sirah hari tu, dari peristiwa al-Ifki. Ingat tak? Kalo tak ingat, rujuk balik Tuduhan Palsu I yeee~~~

Ustazah: Hari tu kita da bincangkan tentang peristiwa al-Ifki. Hari ni, ustazah nak ajak kamu semua berfikir pulak tentang pengajaran di sebalik peristiwa ni.

Risa: Ermmm... Saya nak bagi satu, ustazah!

Ustazah: Ye, Risa... Silakan.

Risa: Dari kisah tu, kita sebagai umat Islam ni sepatutnya menyelidik dalam-dalam dulu kesahihan satu-satu berita yang kita dengar dari orang lain, takleh lah nak terima bulat-bulat macam tu aje.

Ustazah: Yup, betul tu! Malah, kita dianjurkan supaya bila dengar je mana-mana khabar angin, mulakan dengan bersangka baik. Elakkan berprasangka buruk.


Wan: Selain tu ustazah, kita tak boleh sebarkan khabar angin yang belum pasti kesahihan dia.

Ustazah: Perbuatan yang kita rasa sangat remeh macam tu sebenarnya dipandang besar di sisi Allah!


Niena: Astaghfirullahal'azim! Takutnya pada kemurkaan Allah!

Ustazah: Sebab itulah kita kena sentiasa berhati-hati dengan godaan dan bisikan syaitan yang selalu menghasut manusia supaya berbuat perkara yang keji, termasuklah dalam menyebarkan berita palsu.


Niena: Urmmm...perbuatan Abdullah bin Ubai tu memang tak boleh dimaafkan, dia seolah-olah menjatuhkan maruah Aisyah dan Rasulullah s.a.w. Sebelum ni da banyak di kalangan sahabat yang dia fitnah, lagi seronok lah dia boleh fitnah rumahtangga Rasulullah!


Ustazah: Yup, kalau kamu fikirkan, sebenarnya inilah peluang Abdullah bin Ubai untuk menggoncangkan kaum muslimin masa tu. Bila da tersebar di kalangan pengikut Rasulullah sendiri, apa agaknya yang akan berlaku? Tentu lebih ditonjolkan siapa di kalangan mereka yang munafik!

Zul: Dan ada di kalangan kaum muslimin yang percaya dengan berita tu, terus menyebarkannya pulak. Sedangkan sepatutnya mereka membela Aisyah...


Ustazah: Betul tu. Tapi ini semua urusan Allah juga. Di sebalik peristiwa al-Ifki ni terserlah lah siapa sebenarnya yang betul-betul percaya pada Rasulullah dan para sahabat. Kalau direnungkan, kita akan nampak, Allah sedang menapis para pejuang agamaNya, hanya yang terpilih akan kekal di jalan yang benar.

Zul: Subhanallah... Rapi betul susunan Allah!

Ustazah: Yup, lepas ni berhati-hatilah dalam menyebarkan berita. Jangan kelak kita tergolong dalam golongan yang dibuka pekungnya oleh Allah di akhirat.


Risa: Naudzubillah...

Niena: Mintak dijauhkan... Huhuhu...

Ustazah: Insya'Allah... Alhamdulillah semua dah pandai amek pengajaran dari sirah Rasulullah...

Wan: Terima kasih ustazah, banyak betul teguran dalam kisah tu. Aisyah, Aisyah...kesian Aisyah...

Zul: Tak habis-habis dengan Aisyahnyeeee...

Ustazah: Hehehe... Ustazah doakan semua anak murid ustazah yang lelaki ni dapat isteri macam Aisyah nanti~ Yang perempuan dapat suami macam Rasulullah...

Risa: Wahhhhhhhhhh... Boleh keeeeeeee, ustazah????

Ustazah: Insya'Allah... Kamu semua kena la jadi macam diorang dulu, baru dapat yang macam diorang! Ameen...

Anak-anak murid ustazah semua meng'amin'kan kata-kata ustazah.


Begitu besar dosanya di sisi Allah bila kita menyebarkan berita yang kita tak pasti kebenarannya. Apatah lagi jika berita itu melibatkan maruah orang Islam yang lain. Kalau kita letakkan diri kita di tempat mereka, tentu saja kita sendiri boleh merasa. Letakkan kakimu dalam setiap kasut orang Muslim...perhatikan langkahmu bila berjalan...


26 comments:

Iffah Afeefah said...

Tula

blogger pon kene ati2

lg2 bile bende y kite nak share tu tak pasti betul ke tak

pRiNCe said...

usatazah doakan tuk saya sekali boleh ??

Awak Ni Kiut Lah..Suka Tengok Awak..
Jalan Paling Bahaya Di Dunia

JIJI YU said...

fatabayyanu tu yang penting..tak kire la sape yang menyampaikan berita..tambah2 ini adalah zaman fitnah

niena shopping2u said...

dlm menyampaikan berita perlu berhati2.. thanks diatas drama pendek yg best, ringkas.. mudah fhm ni :D

sgt menarik skali kisah tu

aimie amalina said...

=) betol..kat sini la kene gune ~ kekadg diam tu lbh baik kan =)

bersama kak Es said...

akhir zaman ini fitnah sangat dasyhat dan berleluasa.. berhati2 lah kita.
Selidik betul2 dan jangan hanya dengar dari satu pihak sahaja ...

sergeant keroro said...

betul tu, semoga terlindung dari sebarang fitnah :)

p/s : doakan saya jugak :p

syarifahsidrus said...

dunia sekarang ni tak lepas pada pelbagai fitnah akhir zaman kan

ariana's said...

Moga kita semua dijauh dari bahaya fitnah..sbb tu lah dikatakan fitnah itu lebih dahsyat dari mata pedang..

putERi-kAtEk said...

terima kasih ustazah!!

Hanis MY said...

betul tu..fitnah boleh membawa kemusnahan... nauzubillah...

NadiRah said...

cube soh dy lukis gmbr cik pulau atas batu lak...hohohoho

mas saari said...

berhati-hatilah dalam menyampaikan sebarang maklumat agar kita tidak mengfitnah orang lain..

Baby nEng3~ said...

nice entri akak :)
dtg follow sini..

tamlegend said...

huhu...fitnah...bahaya2...sakitnya kalo jadi mangsa fitnah...

suhaili sarif said...

ustazah,akak da sampai keramat.hehe

masyaALLAH...banyaknya moral of the story dr peristiwa al-ifki..
hebat btul anak2 murid ustazah gali moral cte ni.hehe
tp paling akk buka mata,bila Allah nk tapis pejuang2 agama..betul jugakkan tu kan..kesetiaan btul2 diuji..
mcm 2 juga dlm kehidupan seharian kita kan ustazah?
dlm berkawan,bekerja dlm 1 organisasi msg2 xboleh senang2 percaya pd hasutan org len tnpa siasat..hihi

p/s: ustazah, kalau ada anak murid baru nak masuk kelas ustazah dan blaja sama2 dengan wan,niena,zul boleh? :p

Подтверждаю said...

as salam..
alhamdulillah..berbaloi menunggu 7 minit untuk full loading.

ya..kita perlu berhati-hati dengan tutur kata.benar jadi mengumpat, tak benar, jadinya fitnah.

moga2 blogger tak bazirkan masa depan laptop dengan sesuatu yang mendatangakan kerugian.sedih tengok menjatuhkan satu sama lain.
haih..

iklan :

Boleh Memandu Menggunakan Otak! Tak Percaya? Terjah!!


by : http://fadzli-rt.blogspot.com

zuwaidah said...

ustazah, kak zu tak attend kelas ke tadi..huwaaaaaaaaaaaaa

FasiHaH SupiaN said...

tanda2 hampir kiamat apabila terlampau banyak fitan..ya ALlahh hindarilah kami drpd fitnah2 ini...

~..Lesung Batu..~ said...

thanx ustazah..=) moga dijauhi dr sebarang fitnah..

niena shopping2u said...

klo suami izinkan nnti akak akan teruskan, erm.. lgipun xleh nk berhenti sesuka hati sbb akak ada hutang ngan kerajaan, segala alaun, yuran universiti smua tu, smua dpt free so kna berkhidmat lam tmpoh yg ditentukan lah, ^.^

NuSaNa NoSa 91 said...

ustazah.. walau apa pon, jgn teruja sgt nk sebarkan sesuatu berita tu kn?? kena selidik dan kaji dulu dlm2.. klu x, jadilah cam kes wardina tu.. kesian dia.. huhu~ =.=

NadiRah said...

erk..nad salah komen td..tu ptotnya kat entry cik pulau..tu lah jd kalau dh byk sgt buka tab... -.-

gedek! said...

berita palsu ada dimana mana, sekarang ni...

cik pulau said...

tuduhan palsu terlalu banyak skang ni..ehmm

ir prof dr alia rosli said...

fatabayyanu???

ape tue?

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.