Malam tadi dalam 11.30 Iffah ada mesej, mintak tolong bacakan al-Quran untuk dia sebab dia takleh tido. Tapi masa tu, saya da tido, sahur pagi tadi baru baca mesej dia. Kesian Iffah, katanya dapat tido, tapi mimpi eksiden.
Tadi bercakap dengan Iffah lagi.
Dia kata doktor baru lepas siat kulit yang terbakar kat muka dia. Baru siat satu. Rasa pedih. Doktor akan siat lagi dan lagi nanti. Adik Iffah kata mungkin kena buat plastic surgery, tapi yang tu tak confirm lagi. Masa bercakap dengan dia tadi, Iffah tengah tunggu doktor nak cuci lutut dia pulak.
Tangan kanan dengan kaki kiri Iffah luka terbakar tapi tak teruk sangat. Cuma, tangan kanan Iffah melecur sampai doktor cakap kena selalu gerak-gerakkan. Takut nanti sel tangan mati kalau tak gerak-gerak. Iffah cakap da banyak kali kena suntik kat tangan dia. Sakit. Iffah kata lagi empat hari baru doktor bagi keluar wad. Jadi raya ni Iffah beraya kat Seremban. Sebagai pesakit kat hospital.
Kita semua doakan Iffah kuat ye. Masa ni la dia sangat-sangat perlukan kata-kata semangat dari kawan-kawan semua. Walaupun mungkin hanya kenal di alam maya, ikatan yang terbina sesama kita semua la yang boleh membantu agar Iffah jadi lebih kuat untuk teruskan perjuangan dia melawan rasa sakit dan lemah.
Untuk yang nak bagi sumbangan dan kata-kata semangat buat Iffah, boleh ke SINI.
Hanya Allah yang mampu membalas jasa kamu semua...
Terima kasih sebab Like~ ^_^
TERIMA KASIH KERANA SEBARKAN~


23 317 Pautan Rasa:
siat kulit? yg membace pun terasa perit ni kan lagi tuan punye badan yg merasa. Moga iffah tabah dan kuat. insyallah kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan iffah.
sedih nya .. kita ygh tak rasa pon macam terasa ..moga iffah cepat sembuh ye .. nanti kak sunah tolong sampaikan salam saya ye .. saya doakan dia cepat sembuh :)
Ya Allah..peritnye..berat mata membaca, berat lagi bahu merasa..
semoga Iffah kuat melawan kesakitan itu.. sedihnye.. :((
yang baca dah rasa sakit...tuan punye badan lagi la..saya doakan dia cepat sembuh dan tabah menghadapi semua ni .. kirim salam kat dia ye kak :)
adui sakitnya kak kena siat kulit..kita baca ni pun rasa ngilu..semoga dia tabah.....
aduiii.sian kat iffah...
salam..ya Allah sedihnye baca cte keadaan iffah skrang.. iffah perlu tabah.insyaAllah ada hikmahnya. semoga iffah kuat menghadapi semua ni..Allah xkan memberi ujian pada umatnya yg x mampu menangani ujian itu.iffah msti bole punya.
err.. sakittt.. semoga iffah tabah hadapi dugaan ni. :)
nadh ada sms dengan dia. shian dia. dia kata sakit sgt.. T.T
smoga iffah slamat dan cepat sembuh..Ya Allah,kau kuatkanlah hati iffah dlm menempuhi ujian nih
Ya Allah, kesiannya iffah!
sedih sgt baca ni..
Allah.. ngilu bila saya baca bab siat2 tu.. satu ujian yang hebat buat diri iffah.. smoga iffah cepat sembuh..
sedih bercakap dengan dia tadi. tak dapat nak bayangkan. orang cuba buat lawak pon dia macam xgelak sangat, huhu
hmmm sedihnya... T_T semoga iffah cepat2 sembuh...
kesin btol kat iffah..erm..
meremang bulu roma dgq kena siat kulit ... sian iffah .. hope dia kuat ..
smpai kene siat kulit??
smoga cpt smbuh
salam....Ya Allah kenapa kena siat kulit tu...
Ya Allah sembuhkanlah Iffah n selamatknlah die dr semua kesakitan MU...Amin
Astaghfirullah, siat kulit.
aishhh, ngiluuuu .
aku meronta ronta rasa nak pergi sana
sian dgr iffah kena siat kulit.. sakit tu.. moga dia cepat sembuh..
hmm.
semoga iffah kuat dan sabar menghadapi ujian dari-NYA..
KSP sentiasa mendoakan kesihatan iffah..
:)
iffah kuat.. insyaAllah..^^,
kaq iffah!!!
Post a Comment